~CuCuK AnGiN~

~Taukeh~

Kuasa Lelaki.. (Mata, Rokok, Cuit)

Siang tadi aku ada program bersama koku PRS pergi ke Rumah Seri Kenangan Cheng Melaka untuk menjalankan program beramah mesra bersama warga emas kat sana. So memang banyak giler pengalaman aku dapat, Start daripada Nak gerak dari hostel sampai lah menjalankan program ngan sampai ke hostel balik. (Aku xduk hostel, cume singgah jap nak naik bas UTeM je)


Ok.memula penat nak mengangkat barang.Tangan aku nasib baik ada muscle skit, jadi dapat angkat 2kotak air mineral serentak.Tapi pastu tangan aku dah xrasa pape dah.Ok lagi..So pastu dengan pengalaman camne nak arrange perjalanan bas semua, AJK2 naik pening kepala bila schedule xberapa betul. Perjalanan bas macam tergendala. Emm..Abaikan..

************************************************

Biase ar bila buat program, memang selalu jadi macam ni. Tapi bukan tu yang aku nak ceritakan dalam entry aku ni. Memang macam2 ada, tapi mungkin cerita di rumah kenangan tu aku buat kat entry lain. Tapi entry kali ni aku nak cter pasal Lelaki.. Ok, aku dapat idea ni pun sebab tadi waktu balik dalam bas tu, bebudak pompuan sume dah kuar.. So pakcik bas pun start ar cter. Dia mula cerita pasal perempuan..Pastu start masuk bab lelaki.Aku mula tarik perhatian.ni antara dialog dia yang aku ingat ar.Korang cuba amati skit..

"Kita ni lelaki tau.Tu yang bahya sekali.Sebab lelaki ni orang panggil Jantan.Jadi kalau jantan ni bahye!.."

"Bahye camne tu pakcik?" (Xpaham lak aku)

"Korang kalau tgk pompuan tu, asyik duk pikir sedap je.Yela korang tgk, benda tu sedap (korang paham-paham je la)..Waktu main tu memang ar sedap.Sape yang xnak benda sedap..Orang laki xpelah, pas sedap tu xrasa pape dah.Yang duk menangis tu orang pompuan"

"Yela pakcik.bila perut dah kembung mula ar nak menangis.."

"Haa..Tu yang jadi kes buang bayi tu sume. Korang janganlah.Pakcik cakap ni pun bukan nak kata pakcik ni baik, X.. Cuma pakcik ni dah banyak tengok.Time muda-muda memang sedap.Xpikir apa.Nak seronok je.."

"Ermm.."

"Tapi yang merana nanti bila kita dah tua nanti.Macam-macam balasan akan datang tau x..Time tu lah kita akan dapat banyak masalah. "

"Hati pun x tenteram" (Aku menyampuk)

"Hah..pandai pun ko jawab.. Memang muda-muda kita rasa best.Duk kacau macam-macam pompuan.Main sana sini.Pastu lepas tangan camtu. Time tua tu nak pikir.Time tua tu ar korang dapat sakit..Sakit tu kalau leh baik xpe, ni xbaik-baik. Xhabis ngan tu, duit korang banyak tapi bermasalah gak.Duit banyak tp dah habis.Duk berubat sini, berubat sane.tapi sakit jugak. Ko tgk sape yang duk buang bayi tu, comfirm hidup dia xaman.Xcaye ko tengoklah."

"Betul tu pakcik.Kalau nak main, amik yang halal je"

"Haa..Yang tu betul Kalau yang halal xpe..Xsusah..Kalau dah betul nak sangat, korang kawin.Skang kawin pun xde masalah.Tapi kalau bab yang xhalal tu janganlah..Memang orang skang kata sikit je.Xpela.. bahu kita ni..Duk bisik kat telinga kiri kanan syaitan je..Dia duk cakap main je lah.Sekali je pun, main lah..Tu yang buat korang terlalai tu.Lagi satu, korang kalau nak tau orang laki ni sebenarnye senang je kalau nak dapat pompuan.Xsusah.Benda tu senang je."

"Hah" (Aku terkejut kejap..Cuba fokus lagi)

"Korang nak tau camne..3 bende je. Mata, Rokok, Cuit..."

"Aik camne tu pakcik" (Aku dah mula tertarik ngan citer dia)

"Yela..Korang kalau guna mata.Time cakap tu ko pandang mata dia.Duk pandang je..Kejap je.Xlama..Korang dapat ar tu nanti.Tu pasal aku ni, kalau duk borak-borak ngan pompuan aku xnak pandang muka dorang.Bahye beb.Hati kita belum tentu lagi.Aku ni kalau tgk bebudak pompuan ni, aku rasa macam nak gigit pun ada..Tapi aku tahan, xleh.Fikirkan akibat akan datang..Mata kita ni, jangan main.Dari mata ni ar korang leh tak terjaga benda-benda lain.Waktu tu mula ar sesat..."

"Erk..Rokok lak camne?"

"Rokok cam biase ar..Korang hembus sikit kat muka dia bace selawat..haa camtu"

"Kahkahkah..Siap kene bace selawat lak"(Tergelak aku)

"Iye betul bende ni..Kalau niat korang tgk awek tu lawa, comel je..Pastu nak buat bini boleh je jadi.Memang xde hal.Tapi kalau niat korang nak main2kan, pun boleh jadi jugak.Tapi sendiri ingat ar balasan nanti..Ooo..Sakit woo..try duk main-mainkan anak dara orang ni.Bayangkan bila korang ada anak pompuan lak nanti, pastu anak pompuan ko lak kene macam yang ko buat kat pompuan tu..Nak camtu?"

"Ehh..Xnak ar pakcik..Woo mintak jauh woo..."

"Haa tu yang kene duk pikir.Kalau cuit pun same.Cuit sikit je. Memula memang ar sikit-sikit.Bila dah banyak kali nanti korang pun taukan apa nak jadi. 3 benda ni je, Mata, Rokok, cuit..haa tu je aku nak sampaikan Assalamualaikum warraahmatullah hiwabarakatuh.." (Panjang salam dia macam baru pas habis berucap)

*Time tu bas dah nak sampai dah ke hostel

"Hahahaha...Panjang nye ending pakcik..tu yang buat mahal tu..Kahkahkah" (Gelak besar kami semua)

"Yela dah kita dah sampai hostel korang ni..Aku ni kalau nak cter memang panjang.Tapi tu yang nak korang pikir, jangan nak duk main sedap je, sedap kejap je.Xlama..Baik pikir yang masa depan tu.Tu nak tanggung tu.."

"Emm..Betul tu pakcik"

**********************************************

Ok citer berakhir macam tu jer. Walaupun perbualan tu kejap je, tapi benda tu berjaya bukak minda aku.Aku dulunya jahat..Bila pakcik ni cakap camtu, aku dah mula takut dengan apa yang pernah aku buat dulu...

Agak-agaknye boleh ke dosa aku yang dulu diampunkan.. (Aku takut..)

Selamat untuk korang..

6 Response for the "Kuasa Lelaki.. (Mata, Rokok, Cuit)"

  1. insyaallah akan diampunkan dosa olehNya

     
  2. jan says:

    no 1...ehem ehem

    btol ckp pakcik tu...mak sy pun slalu ckp... :)

     
  3. pakcik yg sempoi..

     
  4. Jgn ler main sebelum bernikah...klu dah main tp blom kawin, byk masalah akan dtg..

     
  5. ckp nk kawen mmg la sng kan.. tpi nk carik duit buat kawen tu yg ssh. sume skg hntaran ppuan nk tggi2. so yg tbaik kawal nafsu.

     
  6. MIZZNISS says:

    hehe...terjawab jugak tag ni...thanx mora... ni tag dari mizz.. neo, mizz amik link neo tepek kat blog mizz k.. saje..nk tgok bape rmi jwb tag... hoho.....

     
Related Posts with Thumbnails