Sedap plak roti + telur yang baru aku goreng jap tadi.Tetibe plak perut ni menjadi semakin lapa menjadi-jadi.kalau aku biar je perut aku ni, nanti xpasai-pasai dia duk nyanyi dalam tu krukk krakk krukk kraakk,.. Malam ni member aku nak masak, tapi mengikut pengalaman aku, kalau dikaji skill dan pengetahuan dia terhadap perkembangan isu semasa dapur, OK..kul 11 baru leh dapat makan.
Selalu perut aku jarang lapar camni, dia leh jadi lapar kalau aku lunch terlalu awal. Macam pagi tadi, yang aku gi duk mentekedarah kul 10 lebih tu apsal. Memang ar dinner aku pun kene diawal skit ar.Xpe. Roti ngan beralaskan telur ni boleh mencover perut ku dari beunyik-bunyik.
***********************************************
Haa, tu dia intro. Xdak kene mengena pun ngan apa aku nak cter ni. Saje nak amik feel xpun org kata mood nak naip ni ha..Dah 2 hari kot aku xupdate. Salah satu fakktor aku xupdate blog aku ni sebab...
*Xde pape yang menarik berlaku pada diriku ini
*Aku ketandusan idea
*Agak bz skit duk nyibuk buat lab report.
*Aku nye assignment duk tertangguh lagi.
Siang tadi, pas abis je tutorial MicroP, lepak jap gi PPP (Pusat Persatuan Pelajar).. Tengok la karnival kerjaya tu.Macam-macam la jugak yang ada kat sana. Tapi, sorry ar..Aku xamik port benda-benda camni.Kalau dah tahun 4 tu mungkin ar. Ni duk terhegeh-hegeh lagi ngan tahun 2. Dah xterpk lagi nak grad bila.Esok-esok baru pk...
Tersentak kejap..!
Member gua angkat phone.
"Bro, tadi lab report kita kene reject ar.En cakap discussion kita tak sama dengan result yang kita dapat. So macam kita copy paste"
"Hah..Apsal plak.ko kat mana ni"
"Aku kat FKE lagi."
"Skang kitorang kat PPP.Ko datang skang"
Dia letak phone..
"Apsal bro?" (Aku bertanya sopan)
"Lab report kita kene reject.Suspect meniru"
"Wehh..Penat kot aku buat semalam sume dia punye calculation"
"Xpe ar tggu dia dtg nanti tanye camne"
Malang untuk hari ni.pepenat buat keje semalam sampai tido lambat, last-last kene reject. kalau aku tau, semalam baik aku tido je.Tapi nanti xdapat apa-apa pulak.Xpe benda leh settle..Member aku pun datang, perbincangan bermula. Bincang-bincang jap ngan campur maki hamun berkisar ngan tekanan blended, ok settle. Malam ni siapkan lagi. Tapi, aku ngan member aku xbalik rumah terus. Plan nak stay kat PBPI..Nak stayback pastu study la skit..
Disebabkan otak dah makin bebal, markah pun dah taraf-taraf nak drop subjek je, kena ar tunjukkan sikit usaha untuk maju kan diri.So bukak buku Control System, aku tetibe terasa nak tanye member aku something..
"Bro, aku dah takde idea pulak camne nak update blog.Baru-baru ni macam xde benda pape jadi kat aku"
"Erm..Ko cter ar pasal kehidupan"
"Memang ar blog aku pasal kehidupan"
"X..maksud aku pasal kehidupan kat luar sane"
"Owh..ko ada cter best ke"
"Ada jugak..Ko nak dengar satu cter?"
"Boleh jugak"
**************************************************
Dia pun start cter..
"Cter dia camni.Ada sorang pompuan tu, duk kat umah sewa. Dia duk skali ngan awek aku."
"Owh ok..Awek ko yg cter ni kat ko ker?"
"Aah..pompuan ni dia macam kene kongkong la ngan bapak dia"
"Nape lak.."
"Umah sewa tu bapak dia yang carikan..bapak dia sesuka hati je nak dtg bila-bila masa.."
"Owh. privasi pun.."
"Dia keje cikgu..Pastu pompuan ni pun kawin, dia duk Kelantan. tapi suami dia duk jauh luar dari negeri."
Owh owh..aku layankan..khusyuk mendengar
"Tiap-tiap hujung minggu baru dapat jumpa suami dia."
"Tapi yang xbestnya mak bapak pompuan tu.. Bapak dia xbagi anak dia tu jumpa ngan keluarga mertua dia. Sampaikan satu hari bapak dia mintak pompuan tu bayar sume duit yg bapak dia dah bagi dulu.Duit makan dia, besarkan dia, pastu duit besarkan dia."
"Cube ko bayangkan kalau ko sendiri kat tempat dia"
Aku cube bayangkan..Macam susah je.. Dia sambung lagi citer..
"Kalau aku memang xdapat ar nak bayangkan. pastu pompuan tu mengandung. Dia skang terlalu tekanan pada apa yang bapak dia buat kat dia"
"Pastu mak dia xsupport pun, mak dia lagi cucuk blakang bapak dia ada ar"
Erm..Aku terfikir sejenak.Rasa cam nak menyampuk..Last2 aku sampuk gak..
"Sedih gak cter ko ni..So aku rasa..Bagus cter ko..Cume aku xtau camne nak olah masuk dalam blog aku"
"Emm..Tulah cter kehidupan bro.."
"Ok2.."
"Jom start Study.."
"Xde awek lalu ar sini..xsemangat nak study"
"Cis"
************************************************
Camtu je member aku cterkan..Aku malas ar nak tokok tambah cter, nanti korang kata aku ni penglipur lara la pulak kan.. Ntah camne la bleh member aku kuar cter camtu untuk aku..Dah macam drama melayu setiap Sabtu Malam la pulak..
Selamat untuk korang..
hehehe..tacing + lawak la cite ko weh..xpe2..bgs2....
sabaq na...