~CuCuK AnGiN~

~Taukeh~

Break the sound of sepi..

Jeling mata belah kiri....

Jeling mata belah kanan....

Deruan kipas siling tetap mengharungi malam yang sunyi hari ni tanpa menghiraukan segala apa yang guwa cuba lakukan dari tadi. Letak punggung atas kerusi berlapikkan span empuk yang mampu menahan kapasiti berat badan guwa, kukuh keempat-emat batang kayu kerusi..Sinambungan senaman jari dari kanan ke kiri, balik semula ke kanan.

Krukk krukkk..

Penuh semangat bunyi letupan jari-jari menandakan gas-gas celahan sendi mula beralih arah seperti memberi signal kepada guwa bahawa set jari sudah bersedia untuk bertugas. Kembali semula mata guwa fokus ke arah keyboard laptop justeru sesekali memandang ke arah monitor bersaiz 17" yang mampu memberi kepuasan terhadap penggemar-pengemar filem tempatan mahupun luar negara. Tetapi semua itu tidak sama sekali mampu untuk membuatkan guwa kembali...


Arghhh...

Apa guwa nak buat nie..

P/s : skill menaip guwa hilang..Mane pegi sehhh...

Related Posts with Thumbnails