~CuCuK AnGiN~

~Taukeh~

Hepi betul famili tu..

Malam yang tetibe je aku dilanda masalah emosi..Cube gak baring-baring, manalah tau boleh jugak aku nak lelapkan mata ke.Tapi xdapat jugak.bebudak rumah aku semua dah kuar.. Baru aku terasa sunyi duk rumah sorang-sorang. Xpelah..hidup dorang.Dorang ada bende yang lebih penting untuk diuruskan. Tapi kenape aku sorang je yang xde aktiviti ni? Aih pelik jugak aku ni...

Disebabkan aku nak elakkan diri aku ni menjadi gila atau separuh bangang, aku rasa baik aku try tgk dunia luar.So amik kunci kete, tin tiinn... Start engine kete terus je blah..Dapat gak aku naik kete dan kuar..Sekurang-kurangnya xla aku masih terperap dalam bilik tu..Tapi aku nak kemana sorang-sorang malam-malam camni?

Perut agak lapa, tapi disebabkan mood aku yang xmenentu sekarang ni, so aku xterasa nak mengisi apa-apa dalam perut aku..masih memikirkan hala tuju tempat aku nak pegi..Mana tempat terbaik aku nak hangout..

******************************

Teringat aku siang tadi macam mana bertarung dengan sistem perpaipan rumah aku sendiri.. Citer dia start macam ni, pagi-pagi aku dah bangun nak gi lab sebab semalam xsempat nak siapkan..Lepas sejam berjaya gak siapkan semuanya. Pastu xterus balik ke rumah, singgah jap ke mydin (pasang niat nak borong habis habisan).. Perghh..Amik kene sampai RM 300.. Kongsi 4 org punye duit ar..kalau duit aku sorang mati kering la aku kan..Teringat semalm mak aku call, cakap dalam telefon panjangggg meleret tajuk dia (Minum susu)... macam biasa dia suruh aku gi beli jugak susu. Dia paksa jugak aku minum walaupun dia tau aku xsuke.So untuk menyedapkan hati aku, aku ikut jugak lah hasrat mak aku tu.So kat mydin aku sambar lah sepeket susu Omega. baru beli, xbuat lagi.Sekurang-kurangnya aku dah beli.Lega hati ni..


Ok, cter pasal shopping tadi, borong habis barang-barang dapur. Sampai xcukup tangan nak angkat. Bila balik rumah, dah mula ar berselerak sume barang. Aduhh mess la pale aku tengok sume barang yang bersepah sepah.. So tadi dah beli ayam 20 ketul, budjet nak buat lauk untuk seminggu ni. Makan 4 org beb, laki2 sume kan mmg kuat mentekedarah ar maksud aku makan ar .Aku siap-siap basuh sume ayam.. Nak dijadikan citer aku menarik, Sinki aku sumbat la pulak.Puas ar aku pam..Xde pape respon pun. Aku dah malas dah ni, tapi xkan nak biarkan je. So, daripada Mechatronic engineering, aku bertukar kejap course aku kepada plumbing. Yeah... masa untuk kotorkan tangan.. Amik dawai, jolok-jolok kat lubang sinki tu..Xtembus. try cucuk dari blakang, lubang blakang rumah tu.. pas jolok dawai, aku bagi pressure air skit..haa amik.. Besar 2 jongkong emas kuar dari lubang. Perghh..Punyelah jijik aku cakap kat korang.. tapi sebab bende tu ar aku habis RM22 sebab tadi gi beli asid drain ngan dawai kat kedai hardware tu..Cis..Basah..

********************************

Ok petang tadi punye cter habis..Aku dah penat..Siap-siap mandi, selesaikan tanggungjawab aku solat sume..Then baru ngadap laptop..Dah kul 8..tuttt tutt... Eh ada mesej.. Layan-layan mesej, then "jom gi bowling".. Waa nak ikutt.... (mmg excited ar nak men bowling..Walaupun aku xreti men - dusta belaka aku).. Tapi aku xde geng..alamak..kan bebudak rumah aku sume dah kuar..Aiseyy..Xdapat ar nak join main bowling...Xpe maybe next time.. So sambung cter yg asal tadi, lama sangat lak aku melencong.

Ok..Aku lepas naik kete je still pk nak kemana..last-last aku melencong ke taman MBMB.. tetibe aku fikirkan tempat ni paling sesuai aku nak restkan otak aku. Dengan permandangan taman dia masyukk, terasa aman damai skit. So sampai je sane ngan kete aku, aku park terus. Ramai plak couple-couple yang ada kat sini.. biasela kan..Orang tengah bercinta, semuanya indah. Duk berdua-duaan. Dengan permandangan taman serta TV screen besar terpacak kat tgh2 MBMB tu, dah bleh jadik tempat romantik gak ar untuk couple-couple ni duk melepak sambil cerita-cerita kisah cinta dorang.. Erm biarkan lah dorang mengelamun ngan cinta mereka..


So aku cari port baik nak lepak.Dah ar sorang-sorang melepak..Pelik jugak aku ni jarang orang buat cam aku gi sorang-sorang.Xpe, aku set port betul2 hujung air pancur tu..duk lepak situ. serius tgh2 MBMB ngan screen besar. Ada pulak terpampang cerita orang putih, tajuk dia aku kurang pasti.Tapi cter lebih kurang macam super girl ar..Jane yang mempunyai kuasa..Lebih kurang ar..Aku tgkkan je..kalau ada remote control nak je aku tukar channel dia, tapi tu hak kerajaan.Xkan aku nak memandai lak.Xpasal-pasal ke'dalam' lak aku..

Sambil-sambil layan tv, aku tengok ragam orang sekeliling. Tempat ni macam tempat bersosial lak. Ramai orang berjalan2 sekeliling taman. mata aku sering melilau tengok ragam dorang..Aku terpandang ada satu keluarga dengan anak kecil perempuan. Rasanya anak dia tu baru belajar berjalan.Asyik nak berjalan je.Penat mak dia kejar, dah dukung dia xnak..Dia nak jalan lagi..last-last mak bapak dia dah give up. Duk terus atas lantai MBMB..Anak pompuan dia yang kecik tu duk berjalan-jalan lagi.Riang betul Cute je muke dia ngan 2 ikatan rambut kiri ngan kanan. Agak-agak anak dia dah jalan jauh, mak dia bangun terus kejar anak dia.. Si bapak, duk rilek je.Ekekek...Nampak camne maknye sayang betul kat anak dia..Lepas dukung, diciumnya anaknya..


Xpuas lagi mata aku.Terpandang lagi aku pada keluarga yang lain.kali ni ada 2 orang anak lelaki. Kecik-kecik je anaknye. Still baru pandai berjalan. jalan sikit jatuh. mak dia tolong bangunkan. Pastu try lagi jalan.Jatuh lagi.. Still maknye tolong bangunkan. Walaumacam mana pun mak budak kecil tu tetap tolong anak dia. Macam mana jatuh pun. macam mana jauh pun. mak akan sentiasa cuba dtg dekat dan membantu anak dia.So, aku terfikir, kasih sayang mak tu. Sayangkan anaknya, walau apa jadi pun tetap nak tolong anak dia bangun. Apa pun jadi anak dia yang diutamakan..


Tibe-tibe ada sorang budak menangis betul2 tengah taman tu..Aik mana pulak mak budak ni.. Aku just perhati je.. Mak dia datang dari jauh, slow2 je jalan tepat kat anak dia..Kali ni budak tu agak dah besar skit. mak dia terus dukung anaknye, pujuk jgn bagi nangis. Sekejap je anak dia terus senyap.Pastu dah boleh lari-lari dah macam biase.Gelak-gelak ngan anak dia. Xpuas-puas mak bapak dia melayan anak-anak dorang, anak dia lari-lari pun dorang kejar jugak.Rajin betul menjaga anak-anak yang semakin membesar.

*******************************
Bila pikir pikirkan balik, dulu macam mana mak aku jaga aku..Sebegitu rapi jugak ke. Sebab sampai skang pun, bila call je mesti nak suruh aku minum susu la apa la...Aku x bantah.just mengiyakan je..Xguna pun aku bantah cakap mak aku, apa pun dia tetap mak aku. Dia lah sorang mak yang aku ada.Asalkan dia dah hepi aku dah gembira dah.Cuma aku xsuke, mak aku bila selalu pikir bukan-bukan. Tu akan membuatkan dia penat. Apa pun aku nak keluarga aku hepi. Dorang dah banyak susah sebab aku.Aku pulak xmampu nak bagikan apa-apa untuk mereka.

Boleh ke aku berjaya untuk balas jasa-jasa parent aku..hanya Allah yang mampu balas.. Aku hanya mampu mendoakan kesejahteraan mereka je..So sayanglah parent korang ok..

Selamat untuk korang..

3 Response for the "Hepi betul famili tu.."

  1. Anonymous says:

    minumla susu untuk kesihatan yer!!

     
  2. Rara says:

    wah dari atas sampai bawah.ade moral of the story rupenye.Bagus2!

     
  3. bilis says:

    3rd

     
Related Posts with Thumbnails