~CuCuK AnGiN~

~Taukeh~

Kecewa aku masuk U..

Hari ni boleh aku katakan hari malang sedunia la untuk diri aku..Dari pagi sampai lah bawak ke petang banyak lah benda yang aku nak buat xmenjadi. Duk sibuk ke hulur ke hilir.Haprak pun xdapat.Kalau dapat habuk sikit pun jadilah. Ni x, buang masa,tenaga, kudrat, minyak petrol, clutch plate kete aku ngan kehausan tayar. So sibuk bawak kete mengukur jalan.Korang blur ke? Ok Neo, berhenti mengarut..Yang lain tu sambung esok-esok.

Ok citer dia camni, fokus beb..

****************************************************
8.00am..

Dengan ilmu penuh di dada, formula penuh di kalkulator, (Shuhh..Jangan bagitahu sesape lak) Berbekalkan sedikit ketenangan jiwa, pagi ni ada Quiz EMS. Ok sampai tepat jam 8.00 pagi aku dah duk terpacak dalam kelas. Berdebar-debar cube ingat Tutorial 3 yang aku buat semalam. Kertas soklan diedarkan dan mula menjawab... Dengan guna skill peniruan orang sebelah, campur lak ngan pengalaman aku menjawab tutorial selama satu malam pada hari sebelum ni (semalam ar) aku try ar jawab soklan tu. Ok dapat jawab dengan jayanye.. Terasa macam hidup ni kurang cabaran. Haa... Citer xberakhir macam tu je beb. Klimaks dia jap lagi.. Kelas bersambung wat tutorial 4 pastu habis kul 10.00am. Breakfast time..

11.00am..

Sambung balik kelas (ElectroMechanical System) EMS.Buat lab pulak.Bab ni seronok, macam bermain dengan component motor nagn generator semua.So xmencabar sangat lak. Jadi terasa pagi ni seronok..

Tengah aku duk sibuk buat lab report (tetibe rajin nak hantar time tu jugak) terdengar pulak suara dorang berbincang dengan lecturer pasal Quiz tadi. Ok aku dah mula rasa xbest.. Tangan cepat je menyalin jawapan dari group lain.nak hidup beb. (Salin je jawapan, asalkan betul suda..)

Siap je lab report aku, aku nak gi anta kat Lecturer kat bilik dia..

"Salam Cik, ni lab report tadi"
"Ok letak atas meja tu"

Member aku mencelah

"Cik nak tgk jawapan quiz tadi"
"Owh nii skema jawapan dia"

Aku pun menjengah jap...

Shitt...jawapan aku salahh... (Aku cakap dalam hati)..
Aku bila dah tau jawapan Quiz aku tadi salah mula ar aku bersedih. buat muka toye je nak balik rumah.Aku penat-penat study, tapi apa yang aku dapat.Pangkah jugak!.. Aku dah mula terasa macam xlayak je aku masuk Universiti ni..Apa bende Mahasiswa? Layak ke gelaran tu untuk aku. Hampeh betul..

2.10pm..

Sampai rumah duk makan jap..Perut dah krutt krottt lapa.. Baru je isi sesudu dua nasik, member aku bace mesej kat iphone dia.

"Wehh, dorang cakap, kalau nak tarik Latihan Industri gi sem last sekali xboleh.PA kita sendiri cakap"
"Aik, ko biar betul.Xkan aku nak extend setahun.Giler ko!"
"Mana aku tau..Dah lah budak direct entry xleh amik subjeck dalam sem khas"

Arghh..!!... aphal plak ngan TNC ke NC yang tertinggi kat U ni..Dorang sesuka hati pulak nak rombak-rombak peraturan.Mati la aku camni.Xde makna aku jadi budak direct entry camni.Last-last nak kene extend gak setahun.

2.35pm

Titt..Tintt.. Aku masuk kete and then start terus Engine kete.. (Pasang niat nak gi bayar yuran).. Bukan pe, walaupun aku xcukup duit nak bayar yuran.. Tapi nak kene bayar gak.Kalau xbayar kang xleh plak aku nak daftar subjek sem depan. So baik aku bayarkan je, ayah xbg duit lagi.So pasni aku makan megi je la beb..Tu pun kalau bekalan megi aku mencukupi. sape-sape nak support duit untuk aku dipersilakan.

Sampai je aku kat HEPA bahagian bendahari..

"Cik saya nak bayar yuran"
"Haa..boleh je kat sini"
" Aik nape cash not allowed"
"Kat sini kene bayar guna kad la dik"
"Hah..kalau camtu penat ar saya kuarkan duit tadi."
"Owh xleh cash. Xde duit langsung ke dalam bank?"
"Ada sikit je"
"Kalau camtu bayar sikit dulu la"
"Ok ar..boleh jugak"


Dia pun duk terkial-kial la jugak jolok kad aku kad mesin tu. Jolok-jolok xdapat gak. Try lagi sekali pun xdapat gak.Apsal la nie..Penat dah duk menunggu ni.

"Dik, mesin ni masalah plak.Adik dtg esok lah ye"
"Owh ok.." (Cis celaka..)

Duit yang aku dah cash out ni xpasal-pasal nak kene bank in balik.Sengal buat keje 2x.

3.05pm..

Aku start engine lagi sekali, gerak gi bank. Beratur nye boleh tahan la panjang. Ramai lak orang Malaysia hari ni nak masukkan duit. Ada pulak sorang pakcik depan aku ni. Duk terkial-kial nak masukkan duit. Aku xkisah sangat, pakcik tu kan dah tua.So xberapa pandai.

"Dik camne nak masukkan duit ni pakcik xreti" (Dia tanye sorang akak depan aku gak)
"Owh pakcik salah tekan tadi.Meh saya tolong" (baiknye lah..anak sape la nie)

Tut tit tot...Alamak.Akak ni pun 2 x 5 gak laa..Tekan asyik salah je.Ingatkan pandai sangat tadi..Dia boleh layan tekan "TIDAK" kat mesin tu..Dah tentu ar mesin tu xtelan duit. Tekan "YA" bukan susah sangat.Kang aku yang telan dia kang. Xpasal-pasal ada sorang Auntie Cina dah tua, dia gak yang tolong. Aku duk blakang buat muka seposen tahan bengang. (Benci aku duk beratur-beratur ni"kurang bersabar")

3.30pm

Aku gerak gi kedai accessories computer. Nak beli earplug + mic dalam dia. Lama dah duk mencarik ni.Laptop Aku ni mic jauh sgt.Kalau duk nak borak kat Skype tu, mau aku telan mic ni.So sampai kat kedai tu aku terus cari barang yang aku nak.Duk carik-carik xjumpa. Try tanye amoi cashier tu.

"Amoi, ada jual tu earplug ngan mic skali ka"
"Ehh ada lah.Try tgk sane.Mesti ada"
"Xdelah..Saya dah cari mmg xde"
"Jap saye tgk"
"Memang xde la"

Cis puas dia carik pun xjumpa gak.Aku kan dah kata tadi memang xde.Aku yang customer dia pun leh tau.Pastu dah alang-alang sampai sini, try gak aku mintak cabel extension male female untuk earplug kat umah aku tu.

"Cabel extension ader x..yang saya pegang ni betul ke?"
"Eh bukan.Yang ni untuk mono sahaja.Kalau u pakai leh dengar sebelah je"
"Yang mana satu yang betul punye"
"Sekejap ar.Saya carik" (Puas dia carik xjumpe gak)

"Sori la encik.Dah habis"
"Ok lah"(Senyum sinis je aku)

Apsal lah aku rasa hari ni macam sial sikit kat aku.Aku dah mula rasa bengang duk kat sini.Apa aku buat sume xmenjadi ni..

4.10pm..

Aku xsolat zohor lagi.Punye mengelabah pegi selesaikan tanggungjawab aku.Pas solat aku dah hilang mood nak buat apa pun. Baring je atas tilam pastu aku duk memikirkan masa depan aku..

************************************************
*Nak buat short sem xleh.
*Nak tarik LI gi last sem pun xleh.
*Nak bayar yuran pun xleh.
*Kalau aku bayar yuran kang xcukup duit makan nanti.
*Nak beli ear plug pun takde.
*Nak beli cable extension pun xde.
*Pusing-pusing minyak kete pun tinggal suku.Mati aku pasni.

Apsal dengan hari ni..

Aku rasakan sebenarnya diri aku ni macam xlayak untuk masuk ke alam University.Aku sebenarnya bukan nya seorang yang pandai. SPM pun duk atas pagar tu.Tu pasal aku amik Diploma dulu.Dulu Diploma agak Fun.GMi yang menyeronokkan dan penuh dengan kejahatan. Hehe.. Tapi bila masuk Universiti ni, life dah berbeza.Aku jumpa ramai orang yang dah mula pentingkan diri.Kadang nak buat apa-apa or gerak pun dah mula gerak sorang.Tekanan dah berbeza.Banyak benda nak kene manage sendiri. Aku xrasa diri aku mampu untuk semua tu.

Rasalah bangga untuk bergelar Mahasiswa.. Tapi aku xlayak untuk tu beb..

Selamat untuk korang..

9 Response for the "Kecewa aku masuk U.."

  1. macam pasrah jek neo..rilek la...
    tp mmg environmnt u ni lain..

     
  2. Anonymous says:

    saba la neo..
    cabaran idup..
    tak sume bnd tu lucky je..
    may ur day is tomorrow or tne next day..
    tomorrow never die OK??

     
  3. sabo yob saaboo ;D

     
  4. Anonymous says:

    bro..ni dugaan dari TUhan..ko kene tabah..ade hikmah nanti...bad thing come 1st..good thing come later...kite berdoa..kawan2 n house mate(rahim) kan ade.. :) sabar ek...jatuh dalam 1 lubang..pas ni xkan jatuh dalam lubang to dah...mistake turn t0 exp..the more mistake u do the more u learn..

     
  5. Mrs H says:

    asal xle wt short sem weh utk student direct entry. mati r aku cmni. aku nk wt short sem sb ade 1 subjek aku kene bar.

     
  6. Thanks all..

     
  7. Rara says:

    sabar eh..Oh nasib baik tak xcash out duit.gune kad rupenye.arigato!

     
  8. . . . says:

    lek neo!!! kdg2 elle pown rasa macam 2... layak ke masuk U!!! tapi bl somthin baik terjadi rs mcm layak... bl dtg balik bala, mula rasa mcm x layak balik!!! huhuhuhuhu... cabaran as U student!!!

     
  9. wakaka...punya main fokus mak ngoh baca..terhibur la jugak kisah bicara ati neo nih :)

     
Related Posts with Thumbnails