~CuCuK AnGiN~

~Taukeh~

Technician Production

Teringat kisah lama..

Sebelum aku menjejakkan kaki aku ke Menara Gading, kat situlah tempat aku bekerja sebagai seorang Technician Production. Walaupun melalui banyak rintangan dan dugaan bekerja di tempat orang, tapi ada sesuatu yang mampu beri aku semangat untuk teruskan bekerja.

Sebeb dia...
Dia la orang yang selalu memberi aku semangat dalam hadapi apa jua masalah atau rintangan. Walaupun kadang2 aku x same shift dengan dia, apa pun masih tak menghalang aku untuk berjumpa dia..Borak-borak..

Dulu pernah gak, aku berfikir nak benti keje..Ahh..Sape boleh tahan kalau hari-hari pressure kilang aku nak tanggung. Semua beban dekat bahu aku. Dah macam kilang ni aku sorang je yang uruskan. Semua urusan dalam production jadi tanggungjawab aku. Apa-apa pun, aku cool balik..
Sebab dia..
----------------------------------------------

Well, macam yang korang nampak, dia pakai tali leher biru. Tu bermakna, dia mempunyai pangkat. Dulu operator biase sahaja, sekarang dah jadi line leader, congratz to her. Dulu aku ni technician lain sikit, bila keje pakai cap kaler hijau. Bayangkan lah beb..Dah macam katak je..kepala aku hijau.. Dalam kilang yang punye besar, aku sorang je cap hijau, malu sehh.. tapi dah keje, kene la jugak pakai.Xkan xnak pakai cap dalam cleanroom..Naye kene saman.

Dulu aku banyak berurusan dengan mesin macam bawah ni.

Ok.Mesin kat atas ni kitorang panggil Assembly Machine. mesin ni yang menggabungkan beberapa komponen untuk menjadikan produk iaitu Pivot. Pivot ni sebenarnya barang yang dalam hard disk tu. kita panggil pemicu. tanpa bende ni, xjalan ar hard disk dalam PC korang tu.

Ni pulak adalah Inspection Machine. dalam bahasa melayunya Mesin Pemeriksaan. Dorang buat mesin punye lah panjang ni, semata-mata adalah untuk memeriksa produk sahaja. punyelah susah. banyaklah jugak proses-proses dia.kalau korang sendiri masuk dalam tu, mungkin kagum jugak ar tengok sume mesin bergerak automatik..

Ni pulak sebenarnye tangki kepada Washing Machine. bukan mesin basuh kat rumah tu. tapi machine untuk mencuci komponen. Agak gedabak jugak ar mesin tu, sorry beb.Aku takde gambar untuk mesin tu. Pernah gak mesin ni buat hal kat aku, habis banjir cleanroom. Sebab -sebab yang xdapat dielakkan. macam biase, aku kene menjawab kat org atas....Kekeke...

------------------------------------------------
Tugas aku setiap kali datang keje, aku bace memo daripada orang atasan. Then, arrange setiap Line. Untuk pengetahuan korang, dalam kilang tu ada 9 line assembly, 10 line inspection, dan ratusan Operator. Sume bawah tanggungjawab aku bila aku di shift malam..(Terasa macam pangkat besar) bila shift malam technician adalah yang tertinggi dalam cleanroom.So bangge ar..

Apa pun, tu sume cter lama.,Dah 8bulan aku berhenti kerja sebab mengejar cita-cita aku untuk sambung degree.. Still kenangan yang indah. Xmungkin aku dapat lupakan kenangan bekerja kat sane.

Owh pasal 'Dia'... Dia masih di sane..Skang dah jadi leader..Erm, untuk lebih lanjut maybe next time..Salam.

Selamat untuk korang..

3 Response for the "Technician Production"

  1. lawatan ke kilang..=D

     
  2. Unknown says:

    biar betik...... Wah giler la.. gambar pakai uniform tu macam psycho bunuh bunh orang jek.. mesin2 tu macam nak cipta antu Frankenstein.. Gempak.. gempak..

    eMotivasi|eTips|ePanduan

     
  3. kekeke..life kat kilang camtu la..

     
Related Posts with Thumbnails