~CuCuK AnGiN~

~Taukeh~

Kecik-kecik dulu...

Ingat dulu masa kecik...

Nakalnye...Anak sape la nie..
Tu aku la tu..Ngan muka bangganye...Baru balik dari skolah ugame..Petang la kot..mak bapak aku xde kat umah..Apa lagi..Aku jadi semakin nakal la..Lari2 depan umah pangsapuri tu..panjat pokok..Tggi giler panjat..Lepak atas pokok..Ushar2 awek..Ehh... tak tak...Dulu kecik2 xde ushar2 awek ni.. Mak aku balik umah je, bising tgk aku xsampai umah lagi. Duk merayau, panjat pokok..Dah nak senja baru nak balik..

Nak dekat maghrib gi ngaji kat tingkat 3.. kadang2 aku ponteng..Ngan alasan malas..Teruknye.. Malam nak gi tuisyen plak..tu xleh elak ar..Cikgu datang naik kete proton saga kate coklat gelap tu..Berhimpit2 naik kete..gi umah cikgu nak belajar..Rajin la pulok..Cis..

Biar betul, bile pk balik..Dulu kecik2 pack betul jadual aku..Pagi sampai malam belajar je..mentang2 aku dah nak membesar, banyak la input nak bg masuk dlm kepala aku ni..


Kalau bukak buku je aku jadi amcam ni ar..Comfirm2 aku lelap je..Pastu, buku tu plak yang bace aku..orang kate ni proses mendownload ilmu ar ni..Kahkahkah..banyak la..

Dah nak jadikan cter, aku ni darjah 3 dah xpegi skolah ugame..Dengan alasan yang munasabah, aku xmo masuk skolah tu..Nak gi skolah ugame len..Pastu mak aku pun xbagi, sebab jauh..Then dengan pujukan mesra, aku pun berjaya memberhentikan diri aku gi skolah ugame..Tapi ngaji wajib pegi hari2..Ahh tu small matter..

Boleh kata aku jahat, bile nak gi skolah agame je, dressing dah smart ngan songkok, sampin..baju melayu..pastu aku elok je jalan kaki macam nak gi skolah, tup tup..Aku merewang pat len..haa amik..X gi mana pun..Gi sebelah blok je..mak aku mcm biase, mmg xsyak wasangka la kan..Sebab muka aku ni suci je menipu.. Tapi nak jadikan klimaks cter ni, ada la pulok jiran aku terserempak nampak aku kantoi ponteng..

teng teng teng..

Dia dtg umah terus report kat mak aku..haa..Amik aku sebijik..Kantoi..

------------------------------------------------------------------------------------------------

Tutup bab skolah...Cter sambung lagi..

Xcukup jahat lagi..Ada lagi bende jahat aku buat..Duk lepak2 kat umah time cuti skolah ni..Xtau la pas tgh hari nak buat apa..nak gi main, kawan2 sume duk tidoq kat umah..lagipun tgh hari lagi.. Apa nak buat..

Aku pun gi la bukak peti ais rumah aku..Amik 2 biji telur ayam..Then terus gi beranda rumah..haa..Dua das balingan telur aku campakkan kat kete auntie cine block sebelah tu..dushh...


Haa..Amik..telur jatuh dari langit..melekat terus kat cermin depan kete dia..Punyela mengamuk auntie tu..Xpasal2 dia kene basuh kete dia..Terkekek kekek aku gelak..(hehehe)
citer x akhir camtu je..nakal tetap nakal..kejahatan diteruskan..Esoknye still buat lagi.. Dushh.. balingan kedua mengenai sasaran..hahaha... mengamuk lagi org tua tu...(hehehe)

Tapi benda jahat ni xlama..Untuk balingan aku yang ketiga pada hari yang seterusnya, telah dapat dikesan oleh autie tu..haa apa lagi..Aku telah diserang ngan panggilan telepon dan kunjungan rasmi ke rumah.. Apa lagi..Membebel terus ar mak aku..

Jahatnye aku...
-------------------------------------------------------------------------------------------------

Pastu aku xmo nakal2 lagi...Aku banyak duk kat umah..Kalau kuar pun gi main gasing ke, layang-layang ke..Sebelum maghrib kene balik.X balik siap ar kene bebel.. Duk umah aku conteng-conteng..memang xde bakat ar nak melukis2 ni..kalau setakat tgk gambar dan buat tiruan melukis boleh la jugak.. So ada lah jugak aku lukis2 macam ni dulu2..lukis laluan berhalangan..Sendiri lukis sendiri main..(hiburkan hati sendiri)..macam cabaran Uchan dan Nachan..Cter Jepun dulu2..


Aku suke gak lukis permandangan..Tapi kalau bab2 kaler ni mmg buta kaler ar aku..xde bakat sedikit pun pada bidang seni ni.. Suke aku tgk, mcm mana org melukis gambar cantik..macam mana dorang boleh ada bakat sebegitu.. kalau setakat lukis2 macam bawah ni, budak kecik pun leh kot..haha..Memang x berbakat ar aku..Kalau bab2 nakal ni serah kat aku ar..

-------------------------------------------------------------------------------------------------
Cter pasal komik plak..

Dulu memang xleh berenggang la ngan komik2 ni..Serius beb..komik ni memang beri kesan ar pada life aku. Tiap2 bulan comfirm ar tggu kat kedai buku tu..kalau beli buku ilmiah xpe la jugak..Aku duk tggu buku Mutiara naga..ingat pasal komik tu? Punye la banyak koleksi..


ni antara komik mutiara naga yang bukan aku punye..Aku punye dah ranap dah..Mana ada susun smart2 camne..Aku sedok je gambar ni kat google..Haa..Ni satu lagi masalah aku.>Xreti nak jaga harta sendiri..Sorila beb.Kalau ahrta aku ni, aku men pakai je.Dah ranap kang cari lain..Bukan susah...

lagi satu bukan komik ni je yang aku bace, campur lagi satu komik.komik penyiasat remaja..ni kisah penyiasatan la ni..pasal Perjalanan hidup Hajime Kindaichi ngan Miyuki Nanase menyelesaikan kes pembunuhan di kalang mereka yang penuh dengan cabaran dan penipuan. Cewah..


Kalau penyiasat remaja ni aku ter influence sebab abg aku. Dia yang mula2 meresap otak aku untuk mebace komik2 macam ni..tapi ada kebaikan jugak, banyak ar kes2 pembunuhan yang berjaya bukak mata aku ni selaku budak kecik hingusan lagi..
-------------------------------------------------------------------------------------------------

Apapun aku still bersyukur..Bile aku dah semakin dewasa ni, aku dah sedar..Sume tu pengalaman aku waktu kecik.Sekurang2nya aku still jadi seseorang..Bukan lah org yang sgt2 jahat yang menyusahkan org lain..mungkin aku bukan orang baik, tapi aku still berusaha ke arah tu kan..Sekurang2 nye aku masih berusaha untuk majukan diri aku..

Doa kan aku..

Selamat untuk korang..

4 Response for the "Kecik-kecik dulu..."

  1. Hoh..nakalnye kamo masew kechk dolu..ahaks

     
  2. Rara says:

    ha boleh pun post komen!!huhu..wah panjat pokok ye..nakal2..mesti cute !

     
  3. mimi says:

    Salam
    datang sini...
    saya baru lg dalam dunia blogging..
    harap dapat kongsi sesama kita ape2 aje ttg blogging....thanks..

     
  4. nice ! suke bace cter psl zaman budak2 . sbb tyme tu ar nakal .

    latingurl91.blogspot.com
    miamigomiamor.blogspot.com
    alifkadim.blogspot.com

     
Related Posts with Thumbnails