Ader satu masa dulu betul-betul kt dalam kelas kat Sekolah Menengah Teknik tempat aku melanjutkan pelajaran untuk SPM..Terngiang-ngiang lak kat telinga aku cikgu duk membebel kat depan kelas...
"Jadi kepada semua murid-murid, hari Sabtu minggu ni akan diadakan satu kursus Kawalan Minda yang dianjurkan pihak sekolah..Jadi kepada sape-sape yang berminat sila bagi nama pada cikgu ye..Tempat adalah terhad."
Tadi cikgu duk sibuk mengajar depan tu..Amende yang dia merepek pun aku kurang pasti..Apa dia ngajar tadi pun aku dengar xdengar je..Aku ni asyik duk mengushar awek meja sebelah sane tu, x terfokus aku apa cikgu bebel kat depan.Terase macam ada bidadari terawangan di hujung sane..Ah terkesima jap...Upss..Lamunan terhenti..
Cantiknye cikgu...
Eh!..Tadi dia macam ada bagi satu pengumuman..Apa ye..
"Ariff, cikgu bagi pengumuman mende tadi..Aku xdengar"
"Mane ko nak dengar..Air liur sampai meleleh duk ngushar awek nun.." Sambil jari tunjuk kat awek meja hujung tu..
"Eh ko ni..Mane de air liur kuar.. Bukan awek yg tu ar..Sebelah dia.."
"Ceh mane-mane je la.." Gaye malas nk layan aku..
"Ape cikgu cakap tadi.."
"Dia cakap Sabtu ni ada kawalan Minda..ko nak gi, gi ar bagi nama kat dia..Aku xnak.." Ariff geleng pale tande xnak gi..
"Wehh jom ar..Macam best je doh..Ader kawalan minda pulak.."
"Ko gi je ar..Aku ader plan lain ar Sabtu ni.."
"Ok2..kene bayar x beb..."
"Aku xtau ar..Aku rase baik ko tanye cikgu sendiri.."
Aku pun meluru ke meja cikgu yang agak jauh dari meja aku..kene ar jugak buat 12 langkah kedepan baru sampai..Cikgu pun tgh sibuk duk ngemas-ngemas buku yang baru kitorang kumpul tadi..
"Cikgu Saya nak tanye sikit boleh.." Ayat yang paling sopan pernah aku guna sambil buat muke comel..
Gambar Hiasan je..Aku laki..Bukan pompuan..
"Ye boleh..kamu nak tanye apa.."
"Camni..Tadi pasal kawalan minda tu..Kalau nak join kene bayar ke cikgu.."
"Eh xpayah...Ni sume pihak skolah yang support..Kamu kalau berminat bagi nama pastu kamu pergi je kursus tu..Bagus tau.." Senyuman yg manis...nampak ayunye..
"Nanti dia buat pe je cikgu.."
"Saya pun xpasti..kamu pergi je la.."
"Ok Cikgu amik nama saya ekk.."
"Ok..Nama kamu apa.."
"Muhammad Safie.." sambil tunjuk name tag aku..
Dia pun catit kat dalam borang untuk nama aku..Nampak sangat dia berbangga sebab aku berminat nak join aktiviti sekolah..Sebab muka aku ni kalau nak join apa-apa aktiviti yang sekolah anjurkan, memang payah ar..Batang hidung aku ni memang korang xkan nampak..sebab aku orang pertama yang akan hilangkan diri walaupun aktiviti itu wajib..
"TERIMA KASIH CIKGU..."
Laungan murid-murid mengharapkan cikgu cepat keluar kelas..(Oh tidak..ni aku yang tambah)
*************************************************************
Hari sabtu pun tiba..
Semua murid-murid dikumpulkan ke dalam satu dewan..Xde ar besar mane pun dewan tu..Lagipun yang join untuk aktiviti ni xla ramai sangat..Cukup muatlah nak masukkan dewan yang kecik ni...Laki-laki duk asing belah kiri, yang perempuan lak duk belah kanan..
"Alamak..Dia pi asing-asing lak..Xstylo la ini macam.."
Tapi xpe..Teruskan..
Dewan kecik camni ar..
Ader seorang penceramah diimport khas dari luar yang akan menjalankan aktiviti kawalan minda ni..Dia ni kira macam otai jugak ar..Siap ada kelengkapan dia sendiri.. Memula macam biase, dia bukak slide dia..Pastu mulakan presentation..
"Assalamualaikum..Kamu semua ni sebenarnya antara yang bertuah sebab mengikuti program ini.."
"Sebenarnye kalau diikutkan program ni amat mahal di luar kerana....Blah Blah Blah.."
Pakcik ni dah start bebel dah..Aku rasa menyesal la pulak join aktiviti camni..Dah terlintas dah dalam otak aku nak fly je dari bende bukan2 ni, tapi pintu kuar sume cikgu dah duk terpacak..Macam tau-tau je aku nak blah..Haiya..(batal niat)
"Ok skang kita akan memulakan aktiviti practical.."
Hah..Part ni aku dah mula interested..Sebab apa yang dia bebel kat depan tu, dia akan jadikan kenyataan...Memula kitorang sume kene jarakkan skit kerusi...Duduk rilek atas kerusi..Bersandar, kasi tenangkan fikiran..Tapak kaki kasi jejak ke lantai..Pastu pejamkan mata..
Nak bagi kesen effect yang menarik, dia pasang lak lagu cam nak hypnosis orang..Menarikk..
Truungg...Tuuunn.....Hummm....
Pak Cik tu start bersuara...
"Kamu semua pejamkan mata kamu..."
"Kosongkan fikiran kamu...tarik nafas dalam-dalam...Sebutkan dalam hati kamu, kamu sedang tenangkan diri..Kamu xkan bangun selagi saya tidak mengira 1,2,3 dan bila kamu sedarkan diri kamu sebutlah dalam hati - 'aku akan segar dan sihat seperti sediakala'.."
Cara pakcik ni buat kat aku ni membuatkan aku rasa agak seram skit..Walaupun mata aku pejam, tapi dia berjaya bawak aku kedunia lain.Agak stylo cara dia control minda orang..
"Bayangkan sekarang kamu keluar dari tubuh kamu...Kamu sekarang nampak tubuh kamu diatas kerusi.."
"Kamu semua nampak saya di depan ini..kamu nampak cikgu-cikgu kamu..Sekarang kamu terbang keluar dari dewan ini.."
"Kamu nampak sekolah kamu..Terbang tinggi lagi...Sekarang kamu semakin tinggi, kamu nampak bumbung sekolah kamu.."
"Sekarang cuba kamu terbang jauh dari sini..Terbang lah ke luar negara.."
Terbang...Thanks Google..
Serius aku cakap beb..Cara yang dia ajar tu, memang serius bawak aku pergi ke negara lain..Terasa macam aku keluar dari tubuh aku pastu gi merayap-rayap gi tempat lain...So bende tu xhabis lagi, sebab pakcik tu kene bawak aku masuk balik tubuh aku..Kalau tak , tak tahu ar.Xbalik la aku nampak gayenye...
So sambung balik..
Truungg...Tuuunn.....Hummm....
Bunyi muzik tu lagi..
"Sekarang kamu cuba balik semula ke dewan ini..Kamu nampak saya...Kamu nampak kawan-kawan kamu..kamu nampak cikgu-cikgu kamu"
"Sekarang berdirilah kamu depan tubuh kamu...Kamu nampak tubuh kamu sedang duduk..
"Kecilkan badan kamu sekecil-kecilnya dan mulalah masuk ke dalam tubuh kamu sendiri..."
Aku pun try ar masuk dalam badan aku sendiri..Ni salah satu cara nak selidik organ tubuh badan sendiri..Aku selongkar dalaman...Nampak sume..Macam scanning..
"Sekarang kamu pergi bahagian jantung, paru-paru..Kamu nampak semua organ kamu..Jika ada antara kamu berasa sakit, cubalah kamu ubati sakit kamu.."
Sebenarnye cara yang dia ajar ni cara nak ubati penyakit..Xkisah ar penyakit sendiri atau orang lain..Dia cakap sebenarnye guna kan kawalan minda pun boleh mengubati penyakit..Jadi teknik ni sape-sape pun leh try..
"Sekarang kamu keluar dari tubuh kamu dan kembali ke bentuk asal..."
"Masuklah semula ke tubuh kamu dan duduk seperti sedia kala.."
"Dengan kiraan 1,2,3 saya mahu kamu buka mata dan sebutlah dalam hati kamu, aku akan sihat dan segar seperti sedia kala..
"1...2.....3..Bangun"
Pastu aku pun terus bangun dari lelap tadi..Segar seperti sediakala..jangan lupe sebut ni beb.Tu dia ajar..Aku xtau nape..Orang kata jangan melawan sifoo..
*****************************************************************
Sebenarnye, dia ajar aku bende ni boleh jadi kalau kita buat selalu..Ianya baik untuk kesihatan..Kalau nak mengembara atau nak mengubati penyakit sesape pun boleh buat guna cara ni..Sebenarnya otak manusia ni macam-macam leh buat..
Tu dia cakap ar kan..
Cume satu je, dia kata teknik ni xkan menjadi kepada smoker..Sebab smoker kurang oksigen dalam badan..Teknik ni perlu penguasaan pernafasan..Aku pun xpasti knape dia cakap camtu..
Tapi daripada cerita dia, banyak sebenarnye pengalaman yang agak memeranjatkan jugak bila dia berjaya menggunakan teknik kawalan minda ni..Sebenarnye macam-macam leh buat..Cume bende ni perlukan latihan, kesabaran dan kepercayaan..
Ader skali tu dia berjaya selamatkan orang dari Accident, tapi xpayah cter ar..Aku nengok entri ni dah panjang berjela dah..Kang korang tido lak..
Kalau korang percaya bende ni korang leh try buat..Kalau xcaye sile abaikan..Apa-apa jadi aku xtanggung ar..
Tadi baru try...Nice, hilang sume peluh kat badan..Cool lak..
Selamat untuk korang..
camane eh nak buat..teringin gak nak g itali.(tetibe je)
aku pun dh separa sedar baca entri ni..hehe
tp klu selalu amal boleh baik ke sakit2 tu? minda ni mmg di luar janakaan la bro
hahahaha
aku sangat tak berminat dgn program nih
serius
walaupun lepas baca entry ko
hahaha
EV : Try la buat eh EV..
Hasrol : Btul bro..Aku pun xpasti..Tapi otak kita kan ajaib skit sebenarnye..
Hans : Sila abaikan entry aku ye..kan dah bagitau dalam entry..
gwa syak penceramah tu mentalist ar...
gyahahahhaha~