~CuCuK AnGiN~

~Taukeh~

2 hari bersama Pneumatic..

Dah 3 hari aku kat Universiti mengharungi semester khas yang akan berjalan selama 10 minggu kot.. Sori ar..Aku memang xprihatin ngan tarikh2 ni.. Jadi memang aku susah nak ingat apa-apa tarikh even tarikh tu amat penting..Senang cakap, memang kalau fakta tu toksah bagi kat aku ar, aku xingat punye...


Member2 aku sume xamik sem khas ni, jadi terkontang kanting ar aku sorang2 duk dalam umah sewa bercakap ngan dinding.. Kul 3 pagi aku sampai dari Klang ke Melaka.. Gerak pun dari klang kul 1 pagi, memang sampai pun lewat ar..Ni sume gara-gara nak tgk game Man Utd la ni..At least dia menang walaupun xberjaya mengekalkan kejuaraan...


Sudahlah..

**********************************************************************

Hari Pertama..

Pepagi aku dah bangun, bersiap2 sume..Pakai lab coat berjalur oren FKE punye ni..Then gerak ke University sorang2..Memang janggal ar rasa, bila pergi sorang2 ni.

Ikut kan jadual, hari pertama ni ada taklimat keselamatan.. Comfirm bosan..

*Selepas beberapa jam


Kan aku dah kata memang bosan..Tgh hari je dah habis taklimat.. Hari yang membosankan bila aku dah xtau nak buat apa kat umah sewa.. nak main game, game xde.. Yang ada pun internet... blogwalking, sampai nak muntah kebosanan..

Makan sorang2...Aku sunyi...

Bila malam, member aku ada datang menjenguk sambil nak pinjam streamyx..Xkisah ar..yang penting dorang nak jugak datang menziarah aku di kala aku kesunyian.. Thanks beb..

***************************************************************************

Hari kedua..

Refer balik jadual.. Hari ni ada bengkel Pneumatic.. Sememangnye pneumatic ni memang dalam tangan dah..(Bukan nak berlagak) Benda ni aku dah buat dulu..So kalau buat lagi sekali, mesti dah tau caranya kan..

Jadi hari ni main bende2 basic je.. Kenal ngan cylinder..kenal ngan valve...Kenal ngan angin... Ada 7 task, cepat2 aku siapkan dengan harapan petang ni aku xnak dah datang..Aku nak datang sesi pagi je..Senang skit, petang aku leh rehat... So mission aku berjaya bila aku berjaya siapkan 7 task kesemuanya tanpa perlu datang semula sesi petang..
Litar basic pneumatic..

Bile petang aku habiskan masa aku melepak..Berinternet...Pastu tido..Hidup yang xsihat... Bangun-bangun je perut dah lapa...Bila hidup sorang, xde lagi dah lauk siap dihidang macam aku kat umah aku..kat sini sume kene buat sendiri.. jadi aku beli roti..Makan roti je lah..

Malam..

Aku xberapa sunyi..Bila ada member aku datang dengan bawak lauk sekali..Wow..macam heaven bila ada orang dtg bagi lauk..Duk makan sekali, campur borak2 sampai tak hingat dunia... Tau2 dah dekat kul 10 malam..

Thanks beb sebab luangkan masa bersama aku campur lak lauk yang sedap...

***********************************************************************

Hari ketiga..

Hari ketiga lak mengikut jadual kene sambung Electro-Pneumatic pulak.. Pun agak simple bagi aku.. Agak seronok sebab aku suke bermain dengan wayar2. Bila cucuk2 sapat output..kan menarik..

Macam biase ader 7 task, aku siapkan dengan cepat supaya aku banyak masa untuk melepak..
Bile siap kesemua 7 task, aku just melepak menyiapkan apa2 keje yang xsiap.. Ader test yang nak dijalankan... Alhamdulillah sebab open book, so senang je nak jawab...

Tgh hari aku berjaya menghabiskan program bengkel untuk hari ni, so banyak masa terluang untuk petang ni..

Apa nak buat petang ni ye... Erm.. Tido!.

Selamat untuk korang...

3 Response for the "2 hari bersama Pneumatic.."

  1. Anonymous says:

    dulu ada belajar gak pneumatic ni kat IKBN..
    huhuhhhu..

     
  2. NAJ HEBAT says:

    sabar2.. juling mata aku tgk drawing litar tu..


    haih!

     
  3. Rara says:

    aiyak...incik asyik tido saja..nanti itu pipi manyak tembam o

     
Related Posts with Thumbnails