~CuCuK AnGiN~

~Taukeh~

Bukak mata ar beb!

Hari ni banyak benda yang membuat untuk aku buka minda aku semula...

Bile terfikirkan balik pada life aku sekarang, korang xrase ke sebenarnye aku dah terlewat.. Terlewat pada semua benda.. Di waktu usia aku sekarang ni, 23tahun.. Tapi apa percapaian yang aku ada sekarang.Cume ada segulung diploma, sekeping sijil SPM, setahun pengalaman kerja sebagai technician..

Ok tu semua sebenarnye dalam bentuk maya ataupun just paper qualification je.. Tapi lihat balik diri aku sekarang, apa yang aku dah capai sebenarnye.. Xde pape sebenarnye... Cuma hutang yang ada keliling pinggang..

Duit..

Tgk diri aku..Aku cuma seorang pelajar yang mengharapkan duit ibu bapa lagi untuk tampung keperluan hidup aku nak makan, nak pakai nak gi belajar.. Nak beli buku lagi, sibuk plak ngan sem khas camni..Bukan sekejap belajar, mau nak habis 2 tahun lebih lagi degree ni..


Bile aku akan berjaya mendapat segulung ijazah begini?

Kenape ye bapak aku tetapkan sekurang2 nya aku mesti ada degree dalam hidup ni...

************************************************************************

Kalau aku nak compare ngan orang lain sebaye aku, rupanye ada yang dah bekerja selaku seorang doctor.. Ada yang dah jadi Pilot, Engineer...Diorang dah boleh gain duit banyak.. Tapi aku ada gain apa-apa..Tarak kan..

Harta, tgk dorang boleh je modified kete..Harta berlambak kot..Campur lak ngan memember aku yang dah boleh fokus pada kerjaya dorang, xkurang lak dengan yang dah ada bisnes.. Bisnes memula memang ar xnampak hasil nye, tapi aku leh bayangkan dalam 2-3 tahun akan datang dorang sume tu akan berjaya..

Jom bukak mata..

Jom tgk aku ni, bila 2-3 tahun akan datang. Time tu aku baru nak habis degree (tu pun kalau aku x extend banyak2). Umo pun dah 25-26.. Dah agak lewat.. Time tu terhegeh2 nak cari keje. Duit dalam poket comfirm ar zero.. Duk bergantung lagi kat mak bapak nak makan nasik.. Time tu bapak aku dah pencen.. nak xnak aku baru nak carik keje..

"Bro ko watper je skang"
"Aku baru sambung degree la beb"
"La yeke..Bukan ko dah keje ke hari tu"
"Memang ar..Aku keje setahun je.."
"Bape lama lagi ko nak habis belajar"
"Lama lagi..Plan aku 2 tahun lebih lagi habis ar"
"Lamanye.. Umo dah bape dah time tu.."
"Habis nak buat camne..Nak gak ada degree... Ko lak buat apa skang"
"Aku keje dah..Owh ye, aku dah nak nikah dah..Nanti dtg ar umah eh"
"Wow..awal ko kawin ekk..Aku ni duk terkontang kanting lagi nak belajar"
"Haha..aku nak upgrade hidup aku..Xpe..ko teruskan pembelajaran ekk"
"Ceh..." (Aku selalu terlewat dalam hidup ni..)

Sape ada kunci kejayaan..

Time tu member2 sume dah kawin..Dah ada anak. Dah ada kerjaya.. Dah ada bisnes yang maju.. Aku lak baru nak menapak ke dunia sebenar selaku fresh graduated pada 2-3tahun akan datang..Baru nak mula hidup..

Korang tak rasa aku dah terlambat ke?

**************************************************************************

Serius dalam jauh sudut hati aku,

Bila aku tgk orang-orang kita berjaya dalam hidup..Dorang dah bleh merantau ke luar negara even dorang muda lagi.. Lebih muda lagi dari aku, dalam otak aku memikirkan dorang sebenarnye dah berjaya..Sebab dorang berjaya bawak diri dorang ke tempat yang sebenarnye aku sendiri xkan capai.. Melihat tempat orang.. (aku sebenarnye cemburu sebab aku xmampu)

Otak aku bermain2..

Otak aku yang lembap atau sebab aku malas usaha?

Selalu aku persoalkan diri aku balik, kenape aku xmampu capai seperti dorang yang berjaya tu..Kenapa haluan perjalanan dorang tu berbeza sangat.. Apa beza aku dengan dia kan.. Aku ada tangan..Aku ada kaki..Aku ada otak..

Dorang pun sama jugak kan..

Perbezaan aku dengan dorang, mungkin sebab usaha aku xcukup lagi.. Background famili kadang memainkan peranan.. Hidup aku diatur dengan mengikut haluan yang ditentukan kerajaan seperti ordinary people.. Nasib dan rezeki yang ditentukan Allah tak same..

*************************************************************************
Ok Neo, tolak yang negative..

Even aku terlewat mencapai kejayaan, tapi xmustahil kejayaan tu aku xboleh capai.. Jom guna prinsip "Biar lambat asal selamat".. Dah memang takdir aku untuk amik diploma dulu, sambung keje setahun, sambung balik degree.. Memang aku dah banyak rugi tahun kat situ, but nothing to rush beb.. Nak kejarkan apa ye..

1) Nak balas jasa mak bapak aku
2) Kerjaya aku
3) Nak kumpul harta skit
4) Cukup duit gi minang anak dara orang (ibadah ni)
5) Bagi mak bapak aku senang
6) Nak bukak mata orang2 yang hina famili aku... (Ni penting..)

Ingatkan aku tujuan aku ye..

Selamat untuk korang..

6 Response for the "Bukak mata ar beb!"

  1. wahh2 bagus2... fikir lagi dalam2 yea bro..

    nice entry~



    Entry best : Mengingati Allah itu hati menjadi tenang

     
  2. Anonymous says:

    sabar..berjaya itu bukan mudah. usaha tu yg penting dan penting lagi jgn putus asa. belajar dapat result gempak pastu terus apply jadi lecturer, sambung master pulak. mesti ok nye..

     
  3. Wah..luahan hati yang begitu mantop dan penuh motivasi..hehe

    Biasa la tu bro..rezeki masing2. Tapi kita kena la jgak usaha sedaya upaya kita nak capai hajat kita.

    Jadikan kejayaan orang lain pendorong kepada kita untuk berjaya gak..jgn jeles membabi buta aje..hehe

    Anyway, semoga berjaya...ucapan ni ditujukan khas untuk diri sendiri dan rakan2..hehehe

     
  4. nice...motivasi sangat terbaik untuk diri sendiri..Takpe,just go with the flow.Insyaallah,awak akan berjaya jugak cam diorang.

     
  5. insyallah.all the best!i like this ones!=)

     
  6. belajar la selagi terdaya... kita hidup ni memang tak berhenti dari belajar... biar la mereka dengan rezeki mereka...

    Insyallah ada rezeki untuk kita nanti... Jangan give up...

    Renung2kan dan selamat beramal.. huhu...

    Selamat!

     
Related Posts with Thumbnails