~CuCuK AnGiN~

~Taukeh~

Rasukan Malam Asrama.. Part 3

Keadaan bilik yang gelap gulita menampakkan hanya sekujur tubuh berdiri tegak bersarung putih kemas ikatan kepala dan kakinya. Dari jauh dah boleh membuatkan sesiapa pun yang melalui kawasan tersebut diserang serangan jantung tahap 3. Sang Kelawar yang berkeliaran di ruangan udara sekolah lantas kembali ke sarangnya dan tidak mahu melibatkan barang sedikit ke atas kejadian ini.

Mail dan rakan yang lain bersiap sedia dari luar dorm pelajar junior dan hanya memerhati Ash yang lengkap bersarung putih berdiri tegak di hadapan katil pelajar junior.

"Inilah saat yang dinantikan selama ini.."


Mail berkata dalam hati.. Membuak-buak dendamnye untuk mengenakan pelajar junior yang dianggap sombong kepada abang-abang senior.

Ash telah bersedia dan mula untuk menjalankan tugas yang telah diberikan.Ash mula membuat bunyi seram sambil melompat kecil mendekati pelajar junior tersebut..Semakin lama, dia semakin hampir dan mula merapatkan muka ke arah pelajar junior yang sedang nyenyak.

"Wuuuu......Wuuuuuuu!.. Huuuuuuuu!!!"


Ash mula berasa sedikit seram kerana setiap bunyi yang dikeluarkan olehnya seperti ada sahutan dari sebelah kanan telinga..Disebabkan Ash dibalut penuh sehingga kepala, lalu beliau tidak nampak apa yang berlaku diluar..Hanya menampakkan samar-samar bayangan sahaja..Tetapi untuk tidak menghampakan rakan-rakan lain yang menunggu luar dorm beliau meneruskan tugas.

"Heeehhh... Heii.....Bangun!!!"



Makin lama makin kuat suara Ash memanggil pelajar Junior tersebut, sejurus selepas panggilan kedua, pelajar tersebut mula menggerakkan badan dan membuka matanya.Alangkah terkejutnya...

"Haah!! Makkkkkkkkkk.!!!!!!!...Waaaa!!!!Xnak....Maaa Tolong maaak.... takut....Waaaaa!!!!"


"Heiiii!!! Aku datang nak nyawaaa!!!!!"


Ash mula menjerit sambil melompat ke arah pelajar tersebut..

"Makkk...Xnak...Xnak...Aku takut...Aku xmau..!!!...Waaa..!"


Teresak-esak pelajar junior tersebut menangis menahan ketakutan yang teramat sangat. Tangan dan kaki mengigil sehingga menampakkan seluar yang basah akibat terkencing ketakutan.Ash menambah lagi..

"Aku nak kau!!! Aku nak bunuh kau!!!!"


"Herkkkk!!!"


Sejurus selepas jeritan dari Ash, pelajar tersebut pengsan selepas jatuh dari katilnya. Mail dan rakan yang lain bergelak sakan dari luar Dorm melihat kejadian yang berlaku ke atas pelajar Junior tersebut. Disebabkan plan mereka berhasil,Mail dan rakan lain mula masuk ke dalam dorm dan mengangkat Ash.

****************************************

Dengan pantas mereka mengangkat Ash untuk balik semula ke pot asal mereka, kerana mereka khuatir Pak Guard atau Warden asrama mendengar jeritan pelajar junior tadi..Sebelum meraka ditangkap, lebih baik mereka cepat melarikan diri..


Disebabkan tangga depan berdekatan dengan bilik Warden, mereka mengambil keputusan mengikut tangga belakang yang agak jauh dari bilik mereka.Sambil bergelak ketawa, mereka mengangkat Ash yang dari tadi senyap membisu..Mungkin disebabkan xtahan gelak atau kepenatan akibat kejadian tadi.

"Lu memang terbaek la Ash..."


Kata Man kepada rakannye Ash..

"Wa memang suke apa lu buat..siap terkencing budak tu..Memang penakut takde telor..Haha..!!


Gelak sakan Man dan Khai mengikuti Mail...

Malam yang senyap sunyi tadi hanya terdengar gelak mereka berempat.Cume Ash yang dari tadi diam sahaja dalam sarung kain putih tersebut.Disebabkan ingin cepat untuk mengelakkan mereka kantoi, mereka pun mempercepatkan langkah. Angin malam yang makin sejuk terbuai dihadapan mereka.Haruman mendahului hidung mereka berempat..

*******************************************************

Dalam sibuk mengangkat Ash, haruman tersebut menggangu langkah Khai dan beliau terus menyuarakan pertanyaan..

"Wehh..Bau apa wangi nie.."


Bukkkkk...Ash terjatuh..

Entah kenape sewaktu mereka menuruni tangga mereka berempat menjumpai ada satu lagi kumpulan yang membuat aktiviti yang sama seperti mereka.Cuma kelima-lima ahli dari kumpulan tersebut xpernah mereka nampak berada disekolah ni.Malah kumpulan tersebut seperti asing bagi mereka.

Seperti terpukau, mereka terlanggar kumpulan tersebut dan Ash yang diangkat tadi terjatuh ke lantai. Mereka saling berpandangan tetapi tidak mampu untuk bersuara apa-apa, mereka hanya mampu untuk mengangkat semula Ash yang jatuh tadi dan meneruskan semula langkah mereka.

Mail yang dari tadi terpinga-pinga mula bersuara sesudah sampai ke dorm mereka.Dengan perlahan mereka meletakkan Ash di atas katil.

"Weh..Tadi tu sape..Kita jumpe group mane ar? Dia leh plak buat plan same cam kita..?"


"Aku pun xtau ar..X terpikir lak aku nak tanye budak tadi tu dorang dari kelas mane.."


Geleng kepala Man dan Khai menandakan tidak tahu.

Dalam keadaan terpinga-pinga, mereka cuba untuk membuka sarung kain Ash yang dari tadi senyap. Setelah buka ikatan dari kepala Ash alangkah terkejut mereka sebab dalam sarung tersebut tidak ada apa-apa.Ash pun tak kelihatan langsung ada didalam sarung itu.Mereka dah mula takut..

"Man...Mane Ash doh..Kan kita yang sarung dia tadi..Ni apsal kosong plak!!?"


Mail yang garang tadi mula takut..


"Aku xtau mail..Tadi memang kita ada balut dia..Aku takut wehh..Mana Ash..!!"


Man dah mula ketakutan..

"Aku rasa sebab kumpulan tadi...Mungkin kita tertukar Ash ngan dorang punye..Kan dorang pun bawak mayat gak tadi..Tapi mane dorang bodoh..!!!!Aku rase dorang amik Ash!!"


Khai dah mula tegas dan ingin mencari Ash rakan karib mereka.Puas mereka berempat pusing dorm sekolah mahupun kawasan kelas namun kelibat kumpulan tadi langsung tak kelihatan. Mereka mula berputus asa dan fajar mula menyinsing pagi.Namun kelibat Ash tetap tidak kelihatan..

***************************************************

Pagi datang menjelma..Kecoh suasana sekolah dengan pertanyaan tentang kejadian mengerikan semalam.Lebih kecoh lagi bila pihak polis campur tangan di atas kehilangan Ash secara tibe-tibe.Pelbagai pihak telah dipanggil untuk mencari kehilangan Ash. RELA ditugaskan masuk ke hutan mencari Ash..

Mail dan rakan-rakan lain nampak lesu dan menyesal di atas perbuatan mereka sehinggakan mengakibatkan kehilangan Ash... Sehingga sekarang kehilangan Ash menjadi tanda tanya. Mail dan rakan lain berpecah dan menghilangkan diri kerana ingin melupakan kejadian yang pernah terjadi kepada mereka..

Sehingga sekarang perkara ini masih misteri..

Sekian..

P/S: Cerita ni aku olah dari cerita member aku..Cume watak adalah rekaan semata-mata..Kehkeh..

Selamat untuk korang..

4 Response for the "Rasukan Malam Asrama.. Part 3"

  1. haha siannye si ash tu.. cite nih mmg femes time kt hostel dulu.. besh besh.. sila buat cite lain pulak..

     
  2. Rara says:

    ash hilang kah?tak jumpe2 eh?

     
  3. Wahh!! Terbaek la bro...layan je aku ngan citer ko ni..hehe

     
  4. Thanks all sebab bace..aku terharu jap..

     
Related Posts with Thumbnails