~CuCuK AnGiN~

~Taukeh~

Rasukan Malam Asrama.. Part 1

Petang yang hening membuatkan 5 sekawan yang dari tadi duk ke hulu ke hilir memikirkan cara nak buat 'prank' kat bebudak junior. Bila masuk sekolah menengah berasrama ni, nak pulak bila malam hujung minggu yang hanya diisi slot untuk ke dewan makan dan majlis ilmu di surau yang agak bosan. Sedang asyik memikirkan aktiviti tgh malam ni, Mail memulakan perbualan.

"Aku tau beb..Malam ni kita bagi gempak junior punye dorm. Wa ada satu plan baik punye..Korang sume nak dengar tak.."

Serius nada suara Mail..

Khai,Man yang dari tadi tengah terbaring tiba-tiba tersentap ngan kata-kata Mail lantas terus bangun dan mengadap Mail yang bermuka serius.Keadaan bilik petang tu senyap sunyi kedengaran hanya bunyi angin dan kipas siling yang kian uzur dipenuhi habuk hitam.


"Ko ada idea pe yang best sangat tu..Aku nak join gak.."

tanye Din dengan muka ingin tahu..

"Camni..Aku sebenarnye tengok bebudak junior skang dah naik lemak ar..Kerek semacam je.X macam kita kene ngan senior kita dulu..Skang pembalasannye ar..Amacam?"

Terang Mail pada Man dan Khai..

Nampak bayangan dendam ada dalam diri Mail pada junior-junior yang baru sahaja 2minggu lebih mendaftar masuk. Khai dan Man kelihatan setuju dengan pernyataan dari Mail membuatkan semngat mereka makin membuak-buak. Dari tadi kelibat Din dan Ash xkelihatan.Mungkin masih di koperasi membeli barang-barang keperluan.

"Din ngan Ash camne..Ko xnak ajak skali ke?"

Tanye Khai pada Mail.

"Mesti ar kene ajak.Kalau x, xjadi ar plan aku ni. Nanti lepas maghrib ajak dorang kumpul skali, aku terangkan pasal plan aku ni..Ok beb?" ujar Mail pada rakan karib nye Man dan Khai.

"Ok set.."

Mereka pun beredar dari katil untuk menyiapkan diri ke surau sebelum azan Maghrib berkumandang.Mereka selaku pelajar senior memang diwajibkan hadir ke surau lebih awal dan mengetuai bacaan Al-Quran dan Azan pabila masuknya waktu maghrib.

********************************************************

Kedengaran bunyik cengkerik menghiasi sinaran cahaya bulan purnama penuh berhembus angin yang agak kuat memeriahkan suasana malam yang agak sunyi dipersekitaran sekolah. Burung gagak yang berterbangan siang tadi pun dah kembali ke sarang menemani si kecil yang belum menetas didalam cengkerang telur yang keras..


Lailahaillallah...Lailahaillallah...Lailahaillallah...

Khusyuk pelajar-pelajar berzikir diperkarangan surau..

Arghhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!

Serentak semua pelajar lelaki yang sibuk berzikir sesudah menyelesaikan solat maghrib di surau tadi tersentap dengan pekikkan dari asrama puteri bersebelahan dengan surau pelajar. Lantas Pak Ustaz yang mengetuai bacaan zikir tadi bergegas ke asrama perempuan. Di arah Man dan Khai mengikuti Pak Ustaz sekiranya diperlukan bantuan.

Kelihatan ramai pelajar perempuan sedang mengerumuni seorang pelajar yang nampak kusut terduduk diatas lantai sambil rambut yang panjang terjuntai keluar..

"Ya Allah..Man ko pegang tangan budak tu..Khai ko lak pegang kaki dia..Dia dah kene rasuk ni.."

Arah Pak Ustaz kepada Man dan Khai untuk memastikan gadis tersebut tidak meracau-racau akibat rasukan. Pelajar perempuan yang lain dari tadi tergamam dan kaku di tempat masing akibat terlalu takut dan buntu untuk melalukan apa-apa tindakan.

"Ustaz..Kuat sgt jin yang rasuk dia ni..!!" Kata khai pada Pak Ustaz..

"Kamu tahan dulu..Ustaz nak baca ayat sikit.." kata Pak Ustaz..

******************************************************

Kejadian di Aspuri 2 hari lepas sedikit pun tak menggentarkan perasaan Mail dan dia tetap dengan tujuannye untuk melaksanakan 'prank' kepada pelajar junior.

"Mail, ko x ingat ke kelmarin ada budak pompuan kene rasuk kat Aspuri sane tu..Ke ko dah lupe..Asrama kita ni keras tau..Giler ko nak buat bende tu.."

Dengan nada serius padu dari Din ke arah Mail yang dari tadi beriya mengusulkan cadangan untuk membuat 'prank' kepada pelajar-pelajar junior. Kedengaran nada tidak setuju dari Din mengharapkan sokong dari kawan-kawan yang lain.

"Sabar ar Din..Ko jangan jadi penakut.Kita ni lelaki..Sejak bile ko jadi pondan ni hah??!" Sentak Mail.

"Din, Din..."

Geleng kepala Ash melihat rakan karibnye yang xdisangkai berani rupenya penakut. Sambil duduk di sebelah Din, Ash cuba berbicara sesuatu untuk menenangkan Din.

"Rilek ar Din, takkan pasal benda kecik tu ko nak takut.Kita dulu pun pernah gak buat benda-benda camni.Betul x Mail.."

Tanye Ash pada Mail meminta sokongan dari Mail..

"Haa..Ash tu lagi pandai dari ko Din.Dulu kita buat mana ada ape-apa yang jadi. Ko jangan jadi penakot ar..Kalau takut baik buang je telor ko tu..!!"

Tersentap dengan cabaran dari Mail dan Ash ,Din dah mula panas telinga. Man dan Khai dari tadi hanya mendengar perbulan rakan mereka yang lain mula xduduk diam.

"Kalau korang semua anak jantan, join aku.Sapa anak jantan!!?"

Cabaran dari Mail kepada semua rakan-rakannye..

"Aku!"

Ash setuju join Mail..

"Kami pun nak join.."

Man dan Khai dari tadi senyap bersuara tanda setuju..

"Ko Din nak join ke xnak!?"

Sergah Mail kepada Din..

Lama jugak masa yang diambil oleh Din sebelum beri jawapan kepada Mail..Kalau dimasak megi ketika tu mau jugak terhidang sepinggan megi kari Letup atas Meja..Setelah beberapa ketika Dia mula bersuara..

"Ok..Aku join korang..Tapi kalau ada ape-apa jadi aku xnak tanggung.."

"Heheh.."

Gelak sinis Mail..Mereka berlima sudah bersetuju untuk menjalankan aktiviti yang dirancang Mail sempena mengajar junior yang baru beberapa minggu masuk sekolah mereka.

Aku plan kita buat bende nie waktu.....

***************************

P/S : Bersambung...

Selamat untuk korang..

2 Response for the "Rasukan Malam Asrama.. Part 1"

  1. Rara says:

    eyh ok la ni... boleh buat novel.sila sambung part 2 ye incik.

     
  2. sambung3x....
    hik3.

     
Related Posts with Thumbnails