~CuCuK AnGiN~

~Taukeh~

Perompak Masuk Rumah!!

Disebabkan minggu pertama kuliah ni macam ada beberapa perubahan.Jadi banyak jugak ar kelas yang cancel.Kebetulan pulak aku free Khamis ngan Jumaat.So aku pun buat keputusan drastik nak balik ke Klang.

Ntah knape hati aku kuat kate aku kene jugak balik rumah sementara ada cuti 4 hari nie.Dapat jugak stay ngan famili..Kalau aku lepak kat Melaka pun xde mende kan, so kul 8 malam aku gerak balik umah..

Sampai je rumah, dah agak lewat jugak sebab lebih kurang pukul 12 lebih pagi.Lepas park kereta, tengok bapak aku masih xtido.Tengah melayan rancangan television yang aku pun xtau rancangan apa.Mak aku lak dah nyenyak tido.So aku pun bersiap-siap nak tido disebabkan hari pun dah semakin lewat..Ni kalau ada burung hantu pun, dia dah bosan tgk aku agaknye.Anjing-anjing kat luar tu pun ngantuk..


Jam 1.30pg.. Dengar tetibe je ada bunyik salakkan anjing secara drastik.Tapi aku buat macam xtau je ar sebab waktu ni mata aku pun dah start nak ngantuk.Kalau letak batang mancis kat mata pun mau patah..

Walaupun laptop still terpasang, kadang-kadang aku bangun jugak tengok facebook balas-balas komen pastu terlelap..Alaa biase ar anjing duk nyalak memalam, dia sejuk la tu kot..Xpun nampak benda-benda tengah beterbangan ke..So aku ignore je ar..Then aku terlelap..

ZZZzzzzz......

*******************************************

Dughh!! Dughh!! Dughh!!!

Tetibe ada bunyik tapak kaki dari atas bumbung rumah.Aku dah mula terkejut macam beruk, terus je aku terjaga lompat bangun dari katil mencari tombol pintu bilik. Waktu ni berlaku sangat-sangat pantas sebab aku xdapat fikir apa-apa pun, yang aku tau aku nak keluar cepat dari bilik ni.Dapat je aku capai pintu bilik, terus je aku bukak..Tetibe...!!

Arrghhhhhhh!!!!!


Aku menjerit sekuat hati.Aku rasa kalau ada hantu depan mata aku pun dia terkejut gak dengar aku jerit camtu.Aku ingatkan sape, sebab tetibe je aku bukak pintu bilik mak aku dah terpacak depan bilik.Tu yang buat aku terkejut. Dengan aku, ngan mak aku skali terkejut.Memasing dah gigil dah sebab aku terpekik tetibe.Bapak aku keluar je dari bilik dah bawak parang.

"Mana?!! Mana org tu??!!"



Bapak aku mencari kalau-kalau ada perompak masuk rumah sambil tangan dia tengah pegang sebilah parang..Mak aku dah mengigil-gigl jugak aku tengok, time ni bila aku nampak bapak aku nak carik perompak tu aku pun terus ar dari takut tukar jadik marah.

"Ma duk kat sini dulu..Biar org tgk kat depan...Kalau dapat sape penyangak ni, mampus aku kejekan"


Lepas tu terus je aku pi ushar-ushar depan rumah tengok kalau-kalau penyangak tu ada lagi kat luar rumah, kehulu kehilir aku pusing..Lepas depan rumah, terus gi blakang rumah mencari penyangak yang panjat rumah aku..Same gak macam bapak aku still mencari.. Mata tak henti-henti ushar bumbung kalau-kalau ada pergerakan..

"Pegi tepon polis cepat.." Arahan dari bapak aku tepat ke arah aku..


"Hello, apa yang saya boleh bantu?" Awek polis angkat tepon..


"Hello ye sekejap..Nah ayah tepon.."


Aku pass telefon ke bapak aku sebab dia lebih tenang nak berbicara dengan pihak polis..

"Hello..Saya nak minta bantuan..Ada orang nak menceroboh rumah saya..Tadi ada dengar dia panjat bumbung.."


Sedang bapak aku tengah sibuk berbicara dengan pihak polis, aku masih still ushar-ushar dari dalam rumah.Tengok kalau-kalau ada ancaman dari penyagak kat luar tu..Rasanye dia dah lintang pukang lari, tapi bila ushar dari tingkap belakang rumah, ada sepasang selipar tertinggal kat situ.Aku suspect memang tu milik penyangak tu ar..

*******************************************

3.30am.. Dua orang polis bermotorsikal, seorang berbangsa Melayu dan seorang berbangsa India datang menjenguk rumah.Bapak aku pun kuar beri keterangan lanjut kepada pihak polis atas apa yang jadi. Dia pun kuar torch light ushar-ushar persekitaran rumah. Lepas tu kitorang pun masuk rumah balik.Encik-encik polis tadi terus menjalankan tugas sambil check kawasan belakang rumah..

Lepas habis check kawasan, pihak polis datang ke depan rumah balik.Berjumpa kejap sambil berborak ngan bapak aku.X lama lepas tu encik-encik polis pun blah.

Habis je sume tu, satu famili berkumpul kat ruang tamu buat postmortem balik. Rupe-rupenya sebelum aku sedar dari tidur lagi mak bapak aku dah terjaga dulu. Cerita dia sebenarnya camni, mak aku terdengar ada orang mengumpil pintu belakang. Dia pun pergi ar kejut bapak aku bangun. Bapak aku pun pi ushar-ushar dulu dari tingkap tapi xnampak apa-apa..


Then, bapak aku terus je pasang lampu belakang.Sebab lampu terpasang tu ar, penyangak tu lari lintang pukang kat atas bumbung. Suspect rasanya ada dua orang, sorang atas bumbung, sorang lagi ke pintu belakang.Tu menurut cerita dari mak bapak aku la..Lepas je penyangak tu lari lintang pukang, tu yang buat aku terjaga dari tidur Dan berlaku lah aktiviti jerit menjerit..

*******************************************

Sebenarnye skang dah pukul 5.30am.. Tapi aku xdapat lagi melelapkan mata memikirkan kejadian yang berlaku tadi.Serius kejadian ni pertama kali berlaku dalam hidup aku. Rasanya kalau betul-betul penyangak tu masuk dalam bilik aku tadi, berlaku jugak ar pertumpahan darah.Samada aku atau dia yang mati.

Sebab tadi pun aku dapat rasa reaksi aku bila marah, memang waktu tu dah xfikir apa dah..Adrenalin dah penuh seluruh badan...Rasa nak pergi carik je penyangak tu kasi belasah cukup-cukup sampai mak dia sendiri pun susah nak kenal dia kalau aku belasah..

Aku rasa camtu ar aku nak buat..Apa pun syukur Alhamdulillah keluarga aku masih selamat dan dilindungi Allah..

Jiran sebelah aku ni pun dah bangun pagi nak basuh baju..Aku rasa baik aku lelap, rasanya dah selamat sekarang...

Selamat untuk korang..

7 Response for the "Perompak Masuk Rumah!!"

  1. nsib baik semua selamat...

     
  2. nasib baik tk de pape jadik.

     
  3. tu ar..nasib baik xde pape..tapi malam ni nak berjaga..Siap ngan parang same pisau rambo...

     
  4. klang kawasan panas..... ermmmmm... hari tu rumah saya kene pecah..baru2 ni jiran plak kene

     
  5. lucu dengar aksi jerit-menjerit tu... :D

    takpe2..lagi pun takde apa2 yg berlaku dah..sume selamat kan..

     
  6. ko balik rumah ye?
    hati hati lah
    banyak penyangak skrg ni T_T

     
  7. ish bhya kn skrg..byk btol penyangak..tkt plak ak..nsib baik ko ngn family x pa pe..alhamdulillah..

     
Related Posts with Thumbnails