~CuCuK AnGiN~
~Taukeh~
Dah mula ar start belajar bila semester baru dah berjalan ke minggu 2..Tapi otak aku ni macam rasa malas lagi je nak menimba ilmu-ilmu ni.Orang kata setiap sem kene ar majukan diri, kalau sem lepas xcukup study, sem ni kene lebihkan study. Tapi xla macam aku ni asyik duk melanguk je otak ke tempat lain.Bila lecturer mengajar mula ar nak menguap selalu.
Bila fikirkan balik, rasa membazir lak aku pergi kelas kalau camni.Dengan takde apa ilmu aku dapat, kalau dapat pun angin menguap tadi.Angin menguap xleh buat apa pun, kalau leh jual kat kedai, mau kaya raya aku.
Nak sekilo angin menguap? Baru kumpul tadi..Meh ar beli.. Murah-murah je saya tolak.. Ces..
****************************************************
Pintu kelas terbuka dengan perlahan bila Encik Mazree mula melangkah masuk menuju ke meja pensyarah sambil meletakkan beberapa fail dan buku rujukan. Kelihatan langkah yang agak sempoi sambil melemparkan senyuman kearah pelajar-pelajar yang dari tadi bising dan mula mendiamkan diri melihat kelibat En.Mazree.
Beliau terus ke arah suis projektor sambil cuba untuk menghidupkan projektor tetapi setelah beberapa cubaan akhirnya gagal.Mungkin peralatan tersebut dah tiba masa untuk dibaiki..Sambil berdiri dan menyandarkan punggungnye ke arah meja, En. Mazree pun memulakan kelas.
"Assalamualaikum ye semua..Saya nak minta maaf kerana terpaksa batalkan kuliah minggu lepas atas beberapa perkara yang tak dapat dielakkan.."
Permulaan bualan pertama yang diucapkan oleh En. Mazree
"Saya disini akan mengajar kamu subject Instrument tapi selalunya kalau kelas pertama kita akan berkenal-kenalan dulu.Sebab ini penting, kamu kene kenal saya, dan saya pun kenal kamu.Baru proses pembelajaran akan menjadi lancar.."
Terang oleh En. Mazree tentang sesi ice breaking. Sorang-sorang beliau bertanyakan nama,asal, bilangan adik-beradik dan cita-cita. Kadang tu aku terfikir jugak, ada sebab kenapa En.Mazree tiba-tiba nak tau semua ni tentang pelajarnya. Walhal bagi aku benda yang agak peribadi yang macam ni kadang xberape penting pun untuk seseorang pensyarah untuk tahu. Datang ajar, pastu blah..Kan settle.. Mungkin proses bermesra dengan pelajar agaknye..
*************************************************
Ada beberapa benda yang aku agak tertarik dengan nasihat-nasihat yang diberi oleh En.Mazree. Padahal pada permulaannye memang beliau cume nak tahu hal-hal peribadi pelajarnya, tapi disebalik tu beliau juga ada selitkan unsur-unsur nasihat yang bagi aku sebenarnya boleh buka minda pelajar.
"Kamu semua tahu x benda yang paling penting dalam hidup untuk berjaya?"
Memula aku pelik jugak soalan dia ni..Nak je aku jawab duit. Tapi korang semua pun tau kan, 'Money is not everything,but Everything needs money.' So sebenarnye duit tu kira penting jugak ar, tapi duit bukan segala-galanya..Lagi, bagi aku benda yang penting adalah kebahagiaan..Tapi tu bukan unsur utama untuk berjaya. Setakat bahagia, tapi sampai bila boleh bertahan kan..
"Benda yang penting sebenarnye adalah titik perubahan dalam hidup"
Wow..agak impresive jugak dengan jawapan dia..Betul jugak sebab kalau kita hidup tanpa ada satu titik perubahan untuk berjaya atau sebarang perubahan kepada kebaikan, sampai bila pun kita akan di takuk yang lama.Duk jadi cam katak gak ar, masih kat bawah tempurung.
Jadi aku nak cari titik perubahan dalam hidup aku..
**********************************************************
Selepas habis pengenalan diri, masuk pulak bab cita-cita yang sebenarnye dari tadi En.Mazree dah tulis kat depan senarai cita-cita yang ada pada bebudak kelas aku.So kalau ikutkan cita-cita aku ni xtetap.Aku pun sebenarnya xtau aku nak jadi apa atau aku ni sebenarnya mampu jadi apa..
"Cita-cita awak?"
"Erm..Cita-cita saya nak jadi Engineer..Pastu saya nak jadi Businessman..Pastu saya nak jadi KAYA!!"
Dengan semangat yang waja aku jawab camtu..Memang ketiga-tiga jawapan aku bagi dengan sehela nafas.Bagi aku xguna jugak kalau aku jadi Engineer tapi hanya makan gaji, jadi aku perlukan Bisnes..Aku nak jadi Ahli perniagaan pastu nak jadi kaya. Tapi mampukah aku untuk capai semua tu satu hari nanti...
Aku perlukan titik perubahan dalam hidup..
Sementara aku mencari-cari lagi titik perubahan dalam hidup aku, aku sebenarnya perlukan motivasi..Sebab sebenarnya aku sendiri xyakin pada diri aku samada aku ni mampu untuk capai sesuatu kejayaan..Jadi aku pun pi ushar-ushar facebook dan dapat satu ucapan dari Zack Zukhairi..
Jadi sebelum aku nak mencapai sesuatu kejayaan yang gemilang, aku mesti gagal dulu. So sem ni aku ingat kasik failed dulu pastu sem depan baru sedar..Ahakz..Ok x?
Tapi ada jugak kebenaran disebalik ayat tu, bila dah gagal selalunya manusia akan sedar dan takkan mengulangi kesalahan yang sama.Selain tu dapat jugak memajukan diri sendiri.
Untuk diri aku sekarang..Mana yang lebih penting, titik perubahan atau kegagalan terlebih dahulu.
Selamat untuk korang..
Labels: Diary
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
haha..nk gagal sem ni??sem depan repeat la...mesti berjaya..kehkeh..
haish...tak leh la gagal dlm sem ni...kalau gagal dlm sem ni, mana tau tiba2 sem depan gagal gak...haaa..ko nak ckp apa bro...
bagi saya la mungkin ko gagal dlm bisnes wat pertama kali kalau ko betul2 nak wat bisnes la mcm ko ckp tu..tak semua org mula2 wat bisnes akan berjaya...