~CuCuK AnGiN~
~Taukeh~
Kalau aku biaq lama sikit blog aku ni, mau ada photographer datang nak amik gambar blog antik atau blog yang ditinggalkan..Xpun pun, dorang amik gambar nak buat abstract ngan amik contoh blog paling banyak sesawang.Time tu jugak leh la nampak labah-labah dah penuh berkampung reramai.. Xcukup ngan tu, campur lak ngan habuk-habuk package dengan debu yang berterbangan di sekeliling memenuhi ruang..
Lagi lame skit kalau aku biaqkan, dah comfirm ada penghuni lain macam benda-benda halus yang duk melepak kat sini sambil nyanyi lagu Metallica. X pasai-pasai la nanti aku nak kene panggil tok-moh tolong halau benda halus dari blog aku.Yela, orang kata kalau rumah kene tinggal lebih 40hari xde org duk, mula ar ade benda nak datang menyinggah..Kalau singgah jangan jumpa aku ar, aku xmau..
Panjang lak mukaddimah. Ntah apa kene ngan aku bebaru ni, mood dah melayang terbang macam main layang-layang kat tepi pantai nun.Kalau layang-layang leh gak aku control pakai tali nylon ke,tali tangsi ke tapi bila mood yang melayang memang "tak dapek den nak nolong doh.." (Loghat noghori).
Bukan per, ader la jugak aku bukak blog aku ni.Memang xde sape yang menjenguk, tengok ada berape online (kaler oren kiri blog aku ni) tengok-tengok pun ade nilai '1' sorang je hatta aku. Pastu dengan semangat nak memajukan semula blog ni, aku tekan new post..Baru je menaip beberapa perkataan, aku dah swing terus ke facebook..Tap tap tup...
Gerak ke Gengblogger lak, tengok entry baru-baru bebudak ni.Aku pun jalankan aktiviti blogwalking..Tapi last-last blog aku sendiri aku tutup pastu gi men game..Kesimpulannya, X update..
Mak aku pepagi dah buat susu untuk aku. Dah puas jugak lah aku cakap kat dia, jangan buat lagi susu untuk aku. Memang dari kecik lagi dia tau aku ni memang jenis x suke minum susu, sebab aku tau setiap kali aku teguk susu tu, aku dapat rasakan sedikit perubahan berlaku pada diri aku.Terasa diri aku makin xsihat, kepala mula dah pening-pening..
Aku tau, korang mesti nak cakap susu tu baik untuk kesihatan.Tu aku xnafikan, tapi bukan semua orang sesuai untuk minum susu. Contohnye orang yang seperti aku ni, diri aku jadi xsihat bila minum susu. Serius, aku xtipu...Mata bersinar-sinar..
Setelah berpenat aku mencari fakta susu yang ada kene mengena ngan badan aku akhirnya aku jumpa satu fakta yang sesuai nak jadikan sebab aku sebenarnye xboleh minum susu..
Doc : Awak darah jenis apa..?
Aku : Darah saya A- doc.
Doc : Aik..Betul awak A-?
Aku : Betul doc..Saya pernah check sebelum ni..
Doc : Pelik jugak jarang orang lelaki dapat minus (-).. Selalunya orang perempuan je..
Aku : Yeke..Kalau lelaki dapat minus ada apa-apa effect ke doc?
Doc : Xde apa-apa effect pun cume mungkin ada effect pada anak je lah nanti..
Aku : Owh camtu..
Xdelah pulak terfikir dalam kepala aku nak tanye apa effect pada anak aku nanti sebab bukan sifat aku nak amik tahu sangat.So aku pun abaikan je..
Berbalik pada kes gambar atas tu, sebenarnye kat situ dah nyatakan Food Not Allowed - All other Cheeses and Milk.. Terang-terang lagi bersuluh dia dah nyatakan aku xsesuai minum susu. Patut ar setiap kali aku minum susu aku dapat rasa xselesa dalam badan.
Dah puas dah aku terangkan kat dia pasal masalah susu ni pada aku, tapi macam biase dia masuk telinga kiri pastu keluar telinga kanan.Tak pernah pun terfikir nak simpan fakta tu dala pale otak atau hati,
Tu pasal lah jugak, kadang-kadang aku pun buat macam tu jugak.Nak cakap apa pun cakap ar, aku pun masuk telinga kiri kuar telinga kanan.Sebab bagi aku, kadang xsume apa yang parent cakap itu betul, kita ada otak kita fikir sendiri.Sebab masa depan sendiri,so sendiri yang kene fikirkan.
Dia membebel..
"Mama dah buat susu ni pergi minum"
"Laa sape suruh buat.Orang dah kata xleh minum susu nanti badan xsihat.Bila setiap kali balik rumah je demam.Sebab susu ni ar."
"Kat rumah ni xde yogurt ko nak minum..jadi minum ar susu"
"Xyah lah buat susu tu..kalau orang dah sakit nanti camne.."
"Xde sakit pun lah.."
"Orang duk sane sihat je, sebab minum susu soya hari-hari.Kat sini je terus demam."
Mak aku dah mula bengang bila aku jawab camtu.Dia pun mula ar menengking.
"Mulai esok aku xkan buat lagi susu untuk ko!!"
"Laa kalau orang nak nanti orang mintak ar"
"Arghh!! Xde.. ko nak mula kurang ajar ngan aku!!"
Pastu aku pun senyap blah masuk bilik. Betul orang kata orang perempuan suka membebel dan merajuk.Ni salah satu contoh untuk korang..
Tu sebab bagi aku, kita sendiri ada akal, kita fikir sendiri..Kadang parent xsemestinya semuanya betul.Orang dulu cakap, orag tua ni banyak pengalaman. Dorang makan garam dulu dari kita..Tapi jangan lupa, banyak sangat garam pun leh kene darah tinggi.
So korang dah besar, nilaikanlah sendiri.Lebih baik aku berdiam je..
Labels: Diary
lorh..
kau bace kat part not allowed..
cube bce kat blah tgh tu pulak..
still ade cheese and milk.. boleh weyH!
aku darah A, and aku suka gila susu..
baik kau minum, nnt kiut mcm naj..
toink toin..nak mintak izin tuan blog,nk copy jadual pemakan darah a 2 boleh x? cos me darah A jgk..hee
NAJ : yang allowed tu Goat milk la...
kitty : Boleh je copy..Xkisah pun..boleh amik fakta tu di sini http://www.drlam.com/blood_type_diet/
bawak sabaq na...nanti mama awk k la tu ^_^ susu sedap!sile jadi vege ye incik!
Susu kambing pun layan ape? hahahah
waaa...info yg bagus...bagi saya susu mmg sedap...:)
ha'ah,darah A- mmg bahaya n jarang sangat2 yang (-) negatif.kalau xclap,mmg bole effect pd anak2 6t kalau isteri darah (+) positif.huhu..