~CuCuK AnGiN~

~Taukeh~

Kurang bekalan oksigen!!!


Lame gak aku xupdate sebab aku mengalami masalah kekurangan bekalan oksigen yang cukup untuk memenuhi ruang peparu supaya jantung dapat membekalkan oksigen yang cukup kepada darah dan mengalir ke seluruh badan..Apabila bekalan oksigen makin berkurangan, aku semakin lesu dan xleh menumpu perhatian pada sesi menaip..Ini kerana disebabkan pengumpulan mukus ataupun hingus berwarna H***U melekat di rongga hidung...(Banyak punye alasan)...

Aku tau aku dah mula cuti selama 3 minggu ni.Seminggu dah habis..Tapi tak banyak benda yang aku dah buat selama aku bercuti ni.Kalau ada benda yang nak buat tu haa melayan bola sampai kul 5.30am.. Pastu lelap xingat dunia, tau-tau matahari dah terpacak atas pale aku..Pastu bukak laptop nyanyi lagu Demi Matahari- SNADA..

Woi Diam ar!!...


Erk sape sound aku...Abaikan...Nyanyi lagu Chris Daughtry -Over you, Life After you..Jam dah tunjuk kul 11.45malam..Kalau melalak je hidup ni xkan pernah habis..Tapi dapat jugak aku hiburkan diri..

Trutt Trutt...

"Hello.."

"Pie ko ada kat mana?"

"Aku ada kat umah ar..Bosan wehh..Apa plan.."

"Dtg umah epul skang.." suruh Epin dengan nada serius..


Kenape pulak dia suruh aku datang umah Epul memalam camni..Aku dah jadi kaget tengah-tengah malam suruh aku keluar..Kalau ikutkan hati memang malam ni nak landing kuak kupu-kupu atas tilam je, tapi sebab ada undangan tetibe camni, terpaksa gak bangun.. Ni kalau x kes ajak melepak mesti ada kes lain ni...Jom jadi kutu rayau memalam..

Xhabis lagi perbualan telefon tadi..

"Nape lak kene datang umah Epul?"

"Haish.... Sebab aku ada la kat sini..."

"Lorr cakap la awal-awal...Ok aku datang sekarang..."


Memang xmenyempat-nyempat..Terus je tanggal kain pelikat campak atas tilam. Opss..Jangan fikir bukan-bukan ye adik-adik, kakak-kakak sume..Aku masih pakai boxer dalam ni..Xde ar half naked.. Pas pakai seluar jeans yang dah 2 hari aku gantung ni, terasa dah mula nak ketat.. Adehh.. Aku makin gemuk, ade sape2 leh bagi tips supaya aku leh kurus tang peha ni...Mencik..

Ni kalau aku xbendung awal, habis semua seluar jeans aku leh buang dalam tong, pastu kene gi beli seluar jeans yang besar plak..Kene kurangkan makan... Conclusion..

Masuk je dalam kete, start terus enjin..

***************************************************************

Vromm...Vromm...

Xsampai 5 minit terus sampai kat umah Epul..Dah nampak kelibat Epin kat situ walaupun keadaan gelap ngan samar-samar cahaya bulan melimpah ke bumi..Apsal ayat-ayat aku ni macam dalam novel, macam ayat menjiwang..Dalam hati ada bungakah..Xpun, bunga yang aku tanam dalam taman hatiku ni dah mula bercambah. Merapu dah ni..

"Oit Epin memalam buta ajak aku kuar.."

"Yela..Ko tu memerap je dalam umah..Ni aku ajak jadi kutu..."

"Keh keh..."


Lama jugak perbualan kami dekat situ..Walaupun tanpa kerusi, tapi perbualan yang agak rancak melupakan kaki untuk berasa penat setelah lama berdiri..Hanya bersandar belakang bonet kereta ku tu dah memadai kot..Ceh..

"Sekarang ni memasing semua pun dah sibuk.."

"Yela betul tu Pie...Kita ni sebenarnye dah kene mula nak fikir pada kerjaya pulak...Xboleh dah macam dulu, hari-hari nak melepak.."

"Betul gak..Kerjaya....Tapi aku..."


Apa yang Epul cakap tu betul..Macam dorang semua dah mula fokus pada kerjaya, dah mula nak mengumpul duit untuk masa depan sekurang-kurangnya dah boleh memikirkan ke arah untuk upgrade status diri daripada bujang kepada berkahwin..

*******************************************************************

Xpayah fikir pasal kerjaya..Arghh..buang semua tu ketepi.. Aku tau, bile semua pun dah memikirkan pasal kerjaya, aku ni yang bercuti ni terpaksa ar memerap kat rumah sorang-sorang...Melayan bola pun sorang-sorang..Xrasa macam sadis sgt ke tu..

Berbalik pada kes aku selsema tadi, agak susah gak ar nak hidup bila kurang bekalan oksigen..Sekejap-sekejap mula ar bunyik trompet dari hidung aku sebab cube berusaha mengeluarkan sisa mukus dari dalam hidung. Seperti sistem perpaipan yang mengalami masalah tersumbat atau pun sistem perparitan tidak lancar.

Huuuhhh... (Tarik nafas) dalam-dalam..Pastu...



Pretttt...Preeeettttttttttttttttttttt.... Banyak jugak ar kuar hingus aku lapik guna tisu 2 helai cap Carrefour.. Kebetulan abang aku lak tengah berselera mengadap sepinggan nasik berlaukkan sambal ayam..

"Bro, ko nak skit hingus ni? Panas lagi ni..Baru kuar..." Sambil tunjuk tisu berhingus..

"Woii cilake..Aku tgh makan ni..."

"Isk ni baru lagi ni...Sedap gaul ngan nasik.."

"Arghh!! Syial...Xjadi makan.."

"Kehkeh.." Aku gelak jahat..


Biase ar aku..Kalau bab camni memang kepale penuh ngan perangai setan..Jahat nak mampuih..Kalau setan ader kat sebelah aku ni, comfirm dia letak tangan kat bahu aku pastu dia cakap..Bagus bro..ko leh join alliance aku..Nah sain surat kontrak. Sambil tunjuk jari thumb up... Bagus...Wakaka..Cilaka nye setan..

Selsema ni bile dah menjangkiti diri aku, memang susah ar dia nak blah..Sebab badan aku ni memang liat sikit nak sembuh..Kalau pape penyakit datang pun.Mesti lame nak menyinggah. Kalau singgah kejap xpe ar, ni mau makan seminggu dua..Puaslah aku duk mencari bekalan oksigen asyikk duk sokk sett je kat hidung...Pastu asyikk je main trompet...

***********************************************************

Memang xleh tahan masalah hidung tersumbat ni...So aku pun mintak pendapat rakan-rakan cara nak hilangkan masalah selsema ni...Dapat idea yang bagus dari Cik EV suh aku pakai Breath Right.. So dengan semangat yang tinggal saki baki tu, aku gagahkan jugak badan gerak ke farmasi cari bende Breath away..nak kasi lekat kat hidung..Oksigen nye pasal, xkisah ar..



Memula ingatkan murah ar, selambe jer gi amik sekotak pastu pi bayar..Rupenye mau ar dekat spuluh hinggit lebih..Tapi dah teramik, so bayar je ar..Tetiap malam aku pun try ar pi taruk benda alah tu kat hidung ni..Mengikut arahan kat kertas tu, xleh pi tampal atas sgt, bawah sgt pun xleh..Tapi dia suh pi tampal kat batang hidung..

Aku pun pi ar try usik batang hidung. Macam xde je..Payah ar hidung melayu ni, tapi nak buat camne, hidung ni je ade...Walaupun hidung ku x mancung, pipi lak tersorong-sorong, kira syukur ar ada hidung camni.So tampal je ar selambe.. Memang rasa pelik ar bila ada bende tertempek kat batang hidung.

Kadang tu terfikir gak camne dia leh fungsi, bila aku kaji-kaji..Mungkin sebab ada kayu atau stick yang agak keras di tengah2 sticker tu..Bende tu yang aku rasa dia akan membantu untuk membuka rongga hidung..Ternyata sape yang cipta ni...Kreatif..

******************************************************************

Kalaulah aku ni seorang yang kreatif dan mampu mencipta sesuatu barang yang baru untuk kegunaan orang ramai..Tentu aku leh jadi orang kaya dah pasni..Tapi mana nak dapat kreatif tu..Ader jual kat pasaraya x?Kalau ader belikan aku satu..

Selsema..Cepatlah blah....Aku xtahan dah ni...

Selamat untuk korang..

4 Response for the "Kurang bekalan oksigen!!!"

  1. Rara says:

    ubat rajinkan makan eh..oh breathe right jangan over use.abah ckap t hidung makin mengembang. T_T taktau tol ke tak

     
  2. semoga cept sembuh..


    kalau sudi komen la entry saya..
    lebih baik tunjukkan diri dr sorokla

     
  3. Asfan Ash says:

    buduh hingus gaul dengan nasik bapak jijiknye hahhaha. sumpah geli. naseb bek aku baru menketedarah megi sblom bace ni

     
  4. pnjangnye entryyy T_______T

    btw, smoge cpt smbuh!

     
Related Posts with Thumbnails