~CuCuK AnGiN~

~Taukeh~

Selami Hati Korang..

Cinta tu rumit sangat ke kawan2..

Dalam dunia ni korang sume boleh nampak kan, ramai orang yang bercinta..Cinta pada Tuhan, Nabi, Agama, Negara, pastu yang paling sinonim sekali cinta pada sesama manusia la kan.. Aku tolak tepi jap cerita pasal Cinta pada duit, pada kebendaan tu sume..Sebab tu sume banyak fokus kat materialistik tu..

Sape je dalam dunia ni xpernah bercinta..Mungkin ada la jugak yang xpernah bercinta kan, sebab baru je mulakan hidup kot..Pastu, xkurang lak yang bercinta pastu putus puluh2 kali.Kawin xpun..Syok sangat bercinta agaknya, macam tukar-tukar baju..Agak-agak hari ni bila bercinta ngan org ni xbest, esok tukar lain..Boleh ke camtu?

************************************************************************

Ok..Skang aku nak fokus bagi pihak lelaki ar..Sebab aku ni lelaki kan..Pada pandangan perempuan aku kurang pasti sangat ar, aku kene mendalami lebih sikit ar kalau side tu.. Xpe2.. Orang laki ni tgk pada jenis jugak ar, bila time bercinta tu yang jenis setia tu memang dah xcarik lain dah. Dapat yang sorang ni dia dah xtukar-tukar dah.Memang setia habis.. Yang lain, dia buat xpandang je..

Tapi hati tu beb..


Hati tu mudah berubah..nama pun manusia kan..Kalau hati tu xkuat, datang godaan lain korang mesti cepat tumpas.Kalau awek korang tu ada je kat depan mata korang, tu lain ar.Korang dah dijaga 24jam..Apa je korang buat, sume awek lu tau..Tapi yang jenis awek jauh tu, ada kebebasan dah tentu korang mesti carik spare part kan..So apa fungsi spare part tu sebenarnya?

Nama pun spare part kan..Slalunya spare part ni kita akan guna bila perlu je.So bila xdiperlukan boleh buang camtu je..Betul x..Sebab spare part bukan asas. Macam kete aku jugak ar, kalau tayar pancit sebelah, aku ganti spare tayar..Pastu pas gi bengkel, kasi tampal itu tayar, aku tukar balik yang asal.Kan..So dia punye sinambungan lebih kurang camtu jugak la..

Tapi..

Aku pelik, ada jugak perempuan yang sanggup jadi kan dirinya spare part.. Walaupun dia tau, diri dia tu hanya no 2 dalam hati si jejaka, tapi kenapa tetap nak teruskan hubungan camtu. Mungkin aku rasa si gadis tu ada harapan untuk menjadi No 1 dalam hati jejaka.. Tapi fikirkan balik, boleh ke spare part jadi asas.. Mungkin boleh, tapi ingat..Xtahan lama rasanya..

Pertama mungkin sebab si gadis amat mengharap dia akan jadi No.1.. Ok selain tu aku rasa, gadis tu mesti dah cair beb..Kene ngayat skit, cair ar ngan laki tu..Cair ngan ayat-ayat..Boleh ke ayat2 tu isi perut korang yang lapar?? Tu bukan aku cakap..Tu aku copy ayat kat TV.. Ada lagi satu dialog..

*Dua orang gadis sedang berbual..

Gadis A: Wah..Bukan main aku tengok ko skang..Dah bertukar pakwe ke..
Gadis B: Hehe..Xla..Aku skang ada 2..
Gadis A: Tamaknye ko ni..Amik satu cukuplah..
Gadis B: Bukan tamak..Aku xsanggup ar lepaskan..Yang sorang ni first love aku.. Aku xsanggup lepaskan dia..Yang sorang ni lak dia handsome, pastu badan dia tough..Cume dia xde keje la..
Gadis A: Ko ingat dengan handsome ngan badan tough tu leh buat ko kenyang ke? Ke ko nak ngap2 badan sasa dia tu..Dia xkeje mesti xde duit..
Gadis B: Tu yang aku duk fikir ni..Xsanggup ar..

Ok dialog sampai situ je..nanti kalau aku sambung dialog ni, jadi skrip drama pulak..

Kat situ korang nampak kan, perempuan ada gak yang memilih pada rupa luaran..Cuma fikirlah balik..Selami hati korang, apa matlamat sebenarnya korang bercinta..Mesti ada matlamat kan..Xkan bercinta hanya untuk bercouple beberapa bulan kemudian putus..Atau pun bercinta ni hanya untuk masa seronok je..Bila susah, putus...Selami ar beb..

************************************************************************
Hati perempuan...

Korang pun tau kan, hati perempuan ni lembut.. Diorang cepat terguris..Setahu aku, bila perempuan dah mula suka kan seseorang, dia akan setia..Tu kalau jenis bukan player la. Perempuan kan kaum yang lemah, memang dah lumrah alam begitu.


Aku suka tengok bila perempuan hepi, senyum je selalu.. Bila dorang senyum, bermakna dorang sedang gembira..Tapi xmustahil, kadang-kadang sebab hati tu, dorang mampu mengalirkan air mata..Melalui air mata tu, dorang mungkin dapat releasekan apa yang dorang pendam.. Walaupun ada pendapat, mengatakan air mata perempuan sebenarnya senjata..

Emm..Aku setuju..Senjata yang bagus..Aku xboleh sebenarnya tgk air mata perempuan.. Serius aku lemah pada benda tu..Walaupun aku dah cuba train hati aku ni bg kuat skit, tapi kalau bab air mata ni, sorry beb..Aku surrender.. (Dalam hati ada taman xpun member aku kata hati kaca..Siot..)

Aku pernah tgk perempuan menangis, dan sememangnya aku xkan boleh buat apa-apa..Selalunya aku akan terpaku bila ada keadaan macam tu.. Lemah kan aku..

Pernah sekali,

Lepas habis cuti mid sem..Aku dah nak gerak balik ke Universiti, baru je aku nak gerak kete aku, aku nampak mak aku mengalirkan air mata..Aku tau dia sedih nak pisah ngan anak dia ni.. Sepanjang perjalanan tu aku xberapa nak Ok..Aku selalu terfikirkan wajah mak aku begitu.. Serius aku lak rasa nak nangis dlm kete...

Lemah ar aku bende-bende gini..(Neo kasi tough skit hati ko..)

****************************************************************************

Hati lelaki...

Hati lelaki ni cepat berubah.. Walaupun dah ada awek, tapi still ushar awek lain...Selagi status tu xbergelar suami pada isterinya, selagi tu ar perangai macam tu. Aku citer bende ni yang selalunya terjadi.. Tapi ada jugak laki yang jenis setia..Tu aku xnafikan. Kebanyakkannye lah kan..

Kenape rasenya lelaki selalu macam ni, 1 daripada sebabnya dorang cepat bosan pada yang satu je..Tu sebab ada kuar istilah "Isteri kene pandai melawa untuk tambat hati suami".. kenape nak tambat ye, padahal suami tu dah kekal jadi miliknya. Sebab nye adalah, lelaki ni cepat berubah..Selalunya perempuan akan berusaha untuk menjaga hati lelaki, supaya pasangan nya xpergi pada perempuan lain..

Orang lelaki ni sebenarnya inginkan kelainan..Tu sebabnya mencari yang lain..Walaupun matlamat nye bukan untuk serius.. Tapi, hati tu tetap macam tu...Korang simpan je spare part.. Pastu harapan...

"Just follow the flow"

Boleh ke korang tak tau matlamat cinta korang, boleh ke follow the flow.. Lebih kurang kalau ada jodoh, kira ada la kalau xde jodoh memang xde lah... Macam tu ke matlamat seorang lelaki pada sesuatu hubungan... Jadi lelaki, tetapkan matlamat cinta korang..


Xbaik camtu bro..Hati perempuan bukan untuk dipermainkan..

Dalam hubungan kene ada matlamat..Selami balik hati korang beb.. Orang perempuan ni bukan barang untuk ditukar-tukar..Meraka ada hati dan perasaan beb.. Pendirian tu kene tetap, kalau selalu berubah-ubah xkan kemana..Sampai bila pun akan bertukar2 awek..

Selami ar beb..

Selamat untuk korang..

8 Response for the "Selami Hati Korang.."

  1. Rara says:

    selalu tengok member2 yang tengah bercinta.kalau hepi,hepi je.senyum je.kalau tengah marah,memang takde mood je.
    Sebagai seorang yang solo,teringin gak nak merasa kembali perasaan pabila disayangi..

     
  2. Anonymous says:

    bercinta mmg senang... becinta bererti kepercayaan.. ssh nak cr org yang memahami kita...

     
  3. Mrs H says:

    singe is better ever

     
  4. ade balak mmg best
    tp kalau da gado..walaweyh
    aku benci fenomena tu
    hahah!

     
  5. NAJ HEBAT says:

    boleh tak kalau aku kata..
    aku lemah bile tgk lelaki nangis..
    serius.. aku lemah weyh! aku akan try buat dia rase comfortable seboleh2nye..

     
  6. Shoffee says:

    Salam..sila ambil award di blog saya :)

    http://inblog2share.blogspot.com/2010/04/cedars-blogger-award-siri-4.html

     
  7. nice entry..keep it up

     
  8. Anonymous says:

    baru laa phm aty laki ni camne..tp same ke sume aty laky nie..?

     
Related Posts with Thumbnails