Dah 2 paper aku menempuhi Final exam..Xboleh rehat lagi, sebab aku ada 4 paper lagi..Apahal la pulak aku leh gi amik 7 subjek sem ni (Termasuk Ko-Ku) so 6 Subject untuk Final, sumenya gila...
Baru je siang tadi aku amik exam Control System..So kekecewaan melanda diri aku..Aku xdapat jawab pun..
Ok untuk mengurangkan kekeliruan korang, meh aku jelaskan lebih lanjut..Aku ni amik kos Mechatronic. So untuk sem ni aku ada 6 subjek iaitu:
1. Mechatronic System (Penghantar Sistem Mekatronik) 12/04/2010
2. Control System II (Kejuruteraan Sistem Kawalan II) 14/04/2010
3. Electro Mechanical System ( Sistem Elektro Mekanikal) 20/04/2010
4. Technical Communication II (Komunikasi Teknikal II) 23/04/2010
5. Numerical Method (Kaedah Berangka) 27/04/2010
6. Microprocessor (Mikropemproses) 03/05/2010
Ni adalah 6 subjek yang aku ambil untuk sem ni.. 2 paper dah berlalu, 4 paper lagi menanti aku.. So bila korang refer balik tarikh antara subjek tu, lepas ni aku ada banyak masa sebelum Exam EMS (Electro Mechanical System)..Jadi malam ni aku agak ringankan kepala, aku nak elakkan segala bentuk bahan ilmiah masuk kedalam otak aku, sebab aku nak rehatkan kepala otak aku.
************************************************************************
Ok jom aku bawak korang mengembara ke situasi pembelajaran aku dalam kelas. Aku asingkan mengikut subjek ar, senang korang nak bayangkan apa yang berlaku kat aku..
System Mechatronic
Subject ni nampak memang style, sebab dah kene ar ngan kos yang aku amik..Dari luaran subjek, nampak cam tough..Kalau orang luar tgk, mesti kagum habis ar..
"Apo ko bondo la ekau duk blajo ni..Xpaham den ni haa...Apo ko bondo nyo Me-ka-to-nik ni.. "
"Camno la den nak jawab kek mak cik nie.." (Cakap dalam hati)
"Camni yola makcik oi..Sayo ni bilo habih blajo nanti, buleh la kalo nak jadi Enjinyior kek kelang kelang tu ha makcik..Gaji pun bosar"
"Bagus den tgk anok mudo cam ekau ni blajo tinggi2.. Nanti dah kayo jangan lupo makcik ni iyo.."
"Iyolah mak cik oii.."
Payah gak aku nak menerangkan apa bende yang aku blajar ni bila ada makcik yang tanye camni..
Subjek Mekatronik ni banyak citer pasal keseluruhan, macam sume bende yang aku dah belajar dia compress masuk dalam Mechatronik system.So agak pening kepala, sebab memacam ada dalam tu, nak applied sume.
Lecturer agak sempoi, beberapa kali membatalkan kelas..Kelas start selalu lambat disebabkan keadaan dia yang agak..... (Korang pepandai pk la ye..) Bila test, dah kuar dulu soklan spot. Xpun tips-tips yang amat berguna.. Lab session berjalan lancar, dia cuma agih kertas dan kami berdikari selama 3 jam memikirkan solution sendiri. (Style Universiti..)
Final exam - Banyak Tips yang dah bagi.. (Tapi aku..Kalau dah memang xmampu jawab tu, bg soklan bocor pun mmg aku xkan mampu)
**************************************************************************
Control System II
Subjek ni sinambungan daripada Control System 1. Memang aku ni dilahirkan Alergic ngan subjek ni..Buat la camne pun..Rajin lah camne pun aku ni, sampai masa untuk exam, walau confident camne pun aku jawab..Bila dapat result, aku dapat teruk..Kalau sem lepas, Control System 1 aku leh bolot C+..So korang rasa-rasa aku leh dapat apa untuk Control system II ni?? (Tolong doakan aku..)
Subject ni membuatkan aku untuk paham bagaimana cara nak control sesuatu system..Agak pening ngan istilah-istilah yang dia pakai..Just concerning orang yang dapat A.. Korang ni makan apa? Minum susu hari2 ke...Aku pun minum gak..Tapi, sengal lagi otak aku..
Lab session
Mungkin sebab jiwa aku xleh masuk benda-benda nak kawal ni..Sapelah agaknye mencipta istilah-istilah ni..Kajian korang berjaya memuntahkan aku.. Lepas lulus ni, aku xnak jumpa control lagi..Cukuplah..
************************************************************************
Electro Mechanical System
Subjek ni banyak fokus pada motor. Jenis-jenis motor dengan function dia sekali..Seronok gak study bende ni sebab lecturer dia friendly..Anggap kitorang ni macam member-member dia je. Pastu senang nak slow talk, dia jenis boleh mendengar masalah pelajar. Aku suka cara dia mengajar.
Tapi untuk aku score subject ni? Xmungkin..Test 1 aku teruk..Dari 15% aku dapat 3.8% je.. Bangang kan aku..
So kalau lulus tu Alhamdulillah.. Aku just concerning lagi, aku ni layak ke masuk University ni...Sume subjek cam hampeh je aku jwb..Blaja ke x aku duk sini. Rasanya selalu je kot aku bukak buku...
Nah study skit...
Yang pandai-pandai kat luar tu korang makan pe wehh...
*******************************************************************
Technical Communication II
Ni subject English..Alaa, sejak darjah 1 korang sume pun blajar English..Pusing-pusing pun camtu jugak subject dia..Xlari jauh punye la...Baik amik SPM balik je, lebih kurang sama je kot..Cume dia ada mock Interview ar.. (Speaking London skit...) Xmo cter pepanjang subject ni..
Buku TechComm
********************************************************************
Numerical Method
Subject similar dengan Mathematics. Cuma cara applied dia lebih tersusun dan berangka.. Agak payah sebab aku kene tekan kalkulator banyak kali, kalau skit no dia xpe..Ni no dia sampai 8 titik perpuluhan..Nak berpinar mata ni duk tgk kalkulator je.. Kalau kalkulator tu leh cakap aku rasa dia maki aku..
"Ang ni duk tenyeh-tenyeh nombor kat badan aku ni pehal..Ang xpenat ka?! Cilako..Aku nak rehat.."
Agak-agak kalau kalkulator bercakap camtu aku campak terus ke laut..
Lecturer subject ni chinese man , dia stylo..Asalkan hantar tutorial dia bagi markah..Jawapan tutorial sume dah bagi. Pastu bila Quiz, xde hal ar korang meniru sesape..Asalkan korang paham..Pastu ada assignment, jawapan pun dia tolong photostat bagi..Tujuan dia, nak semua orang paham.Tu je..
Xpening ke tgk belajar camni..
Cam aku, time nak dekat-dekat test aku baru paham pebende dia ajar tu..Time kuliah, haram nak paham.. Tutorial, lagi ar...Macam xde tutorial pun.. Apa-apa pun, Lect aku ni memang baik, suke tolong student..Kalau ramai lecturer cam dia..Aku pasti akan..
"Pass with Flying Colour"
************************************************************************
Microprocessor
Belajar pasal programming untuk IDE68K... Ni processor Motorola..Duk sibuk belajar camne nak program guna Chip tu.. Pastu, kene lak buat Projek.. Kene assemble circuit gune bread board.. (Betul ke aku eja ni) Belasah ar..
Kalau refer markah test 1 aku, wow memberangsangkan...Tapi test 2, aku leh masuk pale dalam tanah... Punye ar malu, nak tgk markah camtu... dari 10% aku dapat 4.4% je.. Macam xbelajar je aku ni..
Tapi aku ni sebenarnya memang suka programming..Tapi mungkin programming MicroP ni kurang memberangsangkan adrenalin aku..Aku suke PLC..
Lama aku xguna PLC Siemens ni..Rindukannya..
Aku nak guna PLC lagi...Aku sukakannya...
Sesape ada projek nak program untuk PLC tolonglah ajak aku sekali..Aku sanggup nak join..
***********************************************************************
Aku ada bukak mesej kat FB aku...Member rapat aku send mesej..
" Disinilah kau merangkak sementara kau mampu berdiri d UTeM dan akan selesa untuk berlari ketika kau bergelar Ir. Dr. Muhammad Safie Bin Rosli. Menjadi kenyatan kejayaan milik kita bersama "
Kau terlalu memandang tinggi pada aku bro..Aku xlayak untuk mendapat gelaran macam tu..Aku xsehebat Jurutera Agung luar sana..Apa pun aku terima kasih pada doa-doa rakan-rakan untuk kejayaan aku..
Terima kasih bro..
Selamat untuk korang..
tp 4 4 susah
gud luk ya
sem ni cuma 4
huhu
ayat bawah sekali tuh menaikkan semangat untuk belajar sehingga mendapat takhta Ir. Doakan moga Neo berjaya ~ ^_^ Gud luck final~
salam..ade hint numerical method x?tlg bg..tq...
salam...ade hint numerical method x?tlg bg..