~CuCuK AnGiN~

~Taukeh~

JLBM 2008 (WEEK 3) : Perjuangan Blogger Mania


Akhirnya sudah sampai minggu ketiga JLBM 2008 Blogger Mania dilangsungkan..Hanya 5 peserta yang tinggal untuk menyahut cabaran.Hanya 4 peserta yang akan berentap ke pusingan terakhir..Tapi, mungkin aku sudah dapat jangkakan siapakan peserta yang akan disingkirkan minggu ni..tapi aku tak kisah sangat..perjuangan tetap perjuangan..berjuang sampai ke titik penamat..

Jadi aku nak ceritakan lah serba sedikit pengalaman aku yang telah aku lalui selama aku menyertai pertandingan ni sampai la minggu terakhir ni..Sebenarnya sebelum tu peserta-peserta dah dinasihatkan dulu untuk menyiapkan item wajib sebagai markah bonus yang harus disertakan dalam blog setiap peserta.Setelah selesai barulah tugasan pertama dilancarkan..

Minggu pertama (10/02/2008):
Aku diberi tugasan untuk yang pertama..Tajuk tugasan tersebut adalah SAYA DAN BLOG.Untuk tugasan ni, aku rasa ok lah jugak.Sebab aku xrasa susah sangat pada tugasan pertama ni.aku cuma fokus pada template bagi mencantikkan lagi blog aku.Cuma aku diberi cabaran apabila dreamweaver aku xboleh pakai.Aku just bergantung pada dreamweaver untuk mengubah-ubah saiz atau kedudukan blog aku.Tapi aku tak dapat melaksanakannya.Jadi aku terpaksa menggunakan blog yang aku dah siapkan sebelum ni.Aku just berharap pada posting yang telah aku buat.

Apabila keputusan diumumkan, aku rasa agak terkejut jugak pada permarkahan yang diberi oleh pihak juri.Mungkin memang sudah rezeki aku dapat meneruskan ke pusingan seterusnya.Walaupun keputusan minggu pertama dipenuhi banyak kontroversi, tapi penganjur dapat mengawal keadaan tanpa mengganggu urusan pertandingan.Aku kagum dengan cara penganjur mengawal situasi.

Minggu kedua (16/02/2008):
Pada minggu kedua pula, tugasan yang diberikan adalah CERITA DI SEBALIK GAMBAR.Aku pun tercari-cari gambar yang diberikan pada aku.Alangkah terkejutnya aku apabila gambar seekor kucing diberikan pada aku.Pada mulanya aku rasa tertekan sangat sebab aku tak tahu langsung apa nak diceritakan mengenai kucing tersebut.Banyak jugak aku lakukan pencarian fakta melalui internet, aku juga ada minta pendapat dari blogger-blogger lain dan juga dari rakan-rakan aku.


Keputusannya amatlah diluar sangkaan aku.Sebab tiada penyingkiran pada minggu tersebut.Ada 2 peserta yang telah menarik diri dari pertandingan.Aku fikir, mungkin peserta tersebut mempunyai tanggungjawab lain yang lebih penting untuk dilakukan. Perkara begini bagi aku adalah kejutan dari pihak penganjur.Sudah rezeki aku untuk meruskan ke peringkat seterusnya.Walaupun bagi aku, markah yang aku perolehi tidak mampu untuk menyaingi otai-otai yang lain, tapi bagi aku aku harus teruskan jugak.

Minggu ketiga (24/02/2008):
Pada minggu ketiga ni, aku telah mendapat tugasan bertajuk SAYA DAN JL BLOGGER MANIA 2008. Tapi, aku tak dapat meneruskan pertandingan JLBM ni.Aku telah dibebani dengan macam-macam masalah tentang tugasan yang lebih penting sebagai seorang pelajar.Pada saat akhir untuk menyerahkan tugasan, aku gagal berbuat demikian.Bagi aku, mungkin ini adalah kesudahan bagi aku.Aku tak boleh lagi untuk meneruskan perjuangan aku dalam JLBM Blogger Mania. Agak sedih jugak bagi aku apabila mengenangkan Perjuangan aku dari awal hingga lah ke minggu ini. Aku telah minta untuk mengundurkan diri dari pertandingan kepada pihak penganjur.Tetapi penganjur masih memberi aku peluang untuk meneruskan perjuangan aku dengan bersyarat aku harus menyiapkan tugasan aku sebelum 3petang. Aku amat berterima kasih kepada kak tempe, sebab dengan begini dia secara tidak langsung memberi aku semangat semula apabila satu ketika aku telah jatuh, sampai aku berputus asa untuk meneruskan tugasan aku. Untuk tidak menghampakan sesiapa, aku lakukan juga tugasan terakhir aku ini. Perjuangan tetap perjuangan.Aku teruskan juga hingga saat akhir.

Pengalaman yang aku timba dalam aku menyertai pertandingan ni sangat bermakna bagi aku.Banyak ilmu aku perolehi daripada blogger-blogger lain.Selain tu, aku dapat juga beramah mesra dengan peserta-peserta lain.Ada jugak aku rasa semangat kerjasama antara peserta-peserta sebab mereka juga ada membantu aku dalam menyiapkan tugasan-tugasan yang diberikan kepada kami.Aku berterima kasih banyak kepada mereka sebab tanpa mereka, aku rasa aku tak dapat meneruskan sampai ke pusingan terakhir ni.

Pada pendapat aku, pertandingan ini amatlah bagus.Ia harus diteruskan lagi pada musim-musim akan datang.Sebabnya, banyak kebaikan yang aku perolehi melalui pertandingan JLBM nie.Selain tu ia dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara peserta-peserta,pihak juri dan juga pihak penganjur.

Aku tak nampak sebarang kelemahan pada JLBM yang dianjurkan nie, tapi mungkin sesetangah perkara boleh dibaikkan lagi.Mungkin pada segi permarkahan, masa ataupun apa-apa sahaja. aku rasa pihak penganjur lebih arif dalam menguruskan pertandingan sebegini.

Pada masa depan, aku harap lebih ramai lagi peserta akan menyertai pertandingan yang dianjurkan oleh JomLayan ni.hadiah pulak, kalau boleh dapatlah disertakan hadiah-hadiah yang lumayan (Ahakz).Kalau boleh, masa pertandingan dapat dilanjutkan sehingga 2 bulan mungkin bagus juga. Itu adalah pendapat peribadi aku.Mungkin bagi orang lain, tempoh masa tidak menjadi masalah bagi mereka.

Pertandingan sebegini harus dikekalkan oleh pihak penganjur.aku harap sangat pihak penganjur dapat meneruskan pertandingan sebegini.Aku rasa amat seronok apabila menyertai pertandingan sebegini. Mungkin sudah berakhir penyertaan aku pada musim ni, tapi aku akan berusaha sebaiknya pada musim akan datang.Aku harap pihak penganjur dapat anjurkan lagi pertandingan ini pada masam akan datang.Diharap, janganlah lupa untuk menjemput aku lagi..


Akhir kata, aku berterima kasih pada semua peserta-peserta blogger mania yang telah banyak membantu dan memberi semangat pada aku. Kepada semua peserta-peserta, teruskan usaha dan semoga maju jaya. Terima kasih kepada kak tempe, sebab memberi aku peluang untuk menyerahkan tugasan terakhir ni.Terima kasih banyak-banyak..

Aku nak pergi kelas, Assalamualaikum..

0 Response for the "JLBM 2008 (WEEK 3) : Perjuangan Blogger Mania"

Related Posts with Thumbnails