~CuCuK AnGiN~
~Taukeh~
Assalamualaikum kepada sume pembaca blog aku nie..Well ni tugasan Pertama aku untuk Jom Layan Blogger Mania 2008.Mungkin aku agak nervous la skit, sebab aku ni bukan nye pandai dlm bab2 blog nie..saje la aku nak mencuba nasib dlm pertandingan ni.Walaupun ramai otai2 yg join, so aku kene yakinkan diri sendiri untuk bersaing ngan dorg jugak la…Jadi, Tugasan kali ni adalah pasal “SAYA DAN BLOG”
Kenapa anda menjadi blogger?
Well…Kenape aku jadi blogger..kenape aku jadi blogger..haha..Actually dulu aku xkenal apa itu blog sebenarnye..then, aku ternampak abang aku sedang mengedit2 blog..so aku tanye dia, “Apa tu? Ko buat laman web ke apa”... then dia terangkan kat aku apa itu blog..so aku pun menjadi Blogger sampai skang..
Actually first sekali aku buat blog adalah sebab aku nak jadikan ia sebagai satu medium untuk aku nyatakan perasaan aku, hasrat, harapan and yg paling penting sekali aku jugak boleh jadikan blog aku ni macam diari untuk aku..bagi aku blog ni tempat yg sesuai untuk aku bersosial, get or give knowledge pasal religion ke, tunjukkan interest aku (contoh : Man Utd), lagi kalau aku ada masalah ke, boleh jugak aku nyatakan kat blog aku..so bile ada pembaca yg melawat blog aku boleh jugak bg cadangan or komen pada aku.
That’s means blog ni dah jadi mcm tempat untuk aku berkomunikasi, selain boleh dapat meramaikan lagi kawan2..Disebabkan blog ni la aku join JomLayan..n dah kenal ramai kawan2 contoh mcm (kak tempe,jejerz, Blackpurple,Diablo,lemon,fiq, n ramai lagi la..)..Blog adalah suatu medium yg jujur bg aku..
Blog ni dah mcm ada hubungan yg rapat dgn aku..kadang tu boleh jadi mcm kawan baik plak..sebab aku boleh buat apa saje pada blog aku, sebab ia adalah blog aku..aku punye suke la kan..Ada jugak org buat Blog untuk duit..diorang mendatangkan pendapatan dari blog..tu aku xtau sgt..mungkin sebab kuasa pengiklanan..so aku pun ada gak letak iklan kat blog aku..(just cube2 je..)
Sudah berapa lama bergelar blogger?
Erm actually aku xberape ingat la bile aku buat blog nie…maybe bulan 10 tahun lepas kot..Time2 situ jugak la..sebab time tu aku baru habis practical kat penang..so baru 4bulan je ar aku bergelar Blogger..Kira baru lagi la kan..Banyak lagi ilmu aku kene timba lagi..
Siapakah pendorong anda?
Well x lain xbukan pendorong terkuat aku adalah abg aku (aka Squall)..Dialah org yg banyak sgt sumbangan dlm penciptaan blog aku nie..dia jugaklah yg ajar aku coding, cara nak ubah template, and mcm2 ilmu blog dia bg kat aku..pada mulanye mmg aku rase susah sgt nak buat blog nie..Atas dorongan abg aku la, aku dapat buat sume nie..thanx byk2 kat abg aku..
Selain tu, bile aku join Jom layan mcm2 ilmu pasal blog aku leh timba kat situ..Blogger2 lain pun byk bg tunjuk ajar, especially kat tempe sebab mcm2 advice and cadangan dia bg kat aku..So kalau aku ada masalah pasal blog nie, dorang jugak lah yg byk bg dorongan pada aku dlm pembikinan blog nie…
Blog anda adalah mengenai apa?
So aku nak terangkan kat sini Blog aku ni tajuknya “Kehidupan Vs Aku”.. Well, pada asasnye blog aku adalah mengenai kisah Kehidupan aku ataupun diari aku seharian..Macam mane aku menempuhi dugaan hari ni..Kadang kalau ada peristiwa menarik yg berlaku pada diri aku, aku boleh tulis kat blog aku..aku xkisah lah walaupun cerite aku dipaparkan pada sume org, well aku just nak berkongsi kisah hidup aku pada sume org..x salahkan..
Blog aku ni jugak aku ada paparkan untuk Man Utd FC..aku ni peminat setia man utd..so kalau fan man utd kat luar yang nak berkongsi apa2 pasal club ni, bleh ar bace kat blog aku nie..aku akan update setiap kali perlawanan melibatkan man utd..
Selain tu kalau aku dapat fakta2 menarik ke, aku akan selitkan jugak pada posting blog aku nie…Untuk rujukan sape2 saje..aku harap dgn buat mcm tu dpt lah aku kongsi2 fakta ngan kawan2 yg lain…(Cewahh..)
Siapa yg telah berjaya dipengaruhi utk membuat blog selama anda begelar blogger?
Disebabkan aku ni masih baru dlm blog nie, so aku xrase aku dapat mempengaruhi sape2 untuk buat blog..maybe selepas ni akan ada..sebab ada jugak kawan2 rumah aku yg teringin nak buat blog sebab dorg ternampak aku edit2 blog aku nie..Actually kalau dorg perlukan pertolongan aku, aku akan tolg…Sharing is caring betul x..ahakz…
Apa harapan anda terhadap blog anda?
Harapan aku, untuk jangka masa panjang, aku harap aku dapat memeriahkan lagi blog aku nie..Aku nak buat posting2 yang berkualiti dan harap sgt bertambah2 lagi pelawat ke blog aku..
Untuk jangka masa pendek, aku harap blog aku ni boleh la menang dan menjadi JL Blogger mania.Walaupun sukar and saingan hebat tapi aku kene yakin pada blog aku sendri..Sebab kalau aku sendiri x yakin, mcm mana juri nak yakin pada blog aku nie..So aku amat berharap la kan, juri2 yakin pada posting n template aku supaya aku dapat bertahan hingga ke akhir..Betul x..…
Pada pendapat anda bagaimanakah blog anda sekarang?
Pada pendapat aku blog aku sekarang ni dah cukup ok..Xtau lah nak letak apa2 lagi..kalau tgk pada templatenye simple je..sebab bagi aku, hidup aku simple..So aku just letak background hitam..Yang penting aku selesa dan rasa puas hati pada apa yg telah aku lakukan..Bila aku puas hati aku harap org lain pun akan puas hati.. Aku terima pendapat sape2 pun untuk aku merperbaiki lagi blog aku nie..
Dari segi posting plak maybe boleh diperbaiki lagi..
link plak aku rase aku dah letak banyak link kat side bar aku..korang just perlu tekan mane2 link untuk terus ke destinasi link tersebut..So secare keseluruhannye aku amat berpuas hati pada blog yang aku usahakn selama nie..Aku terima sebarang nasihat dan cadangan..
-------------------------------------------------------------
Adakah aku layak menjadi JUARA
Jomlayan Blogger Mania 2008?
Jawapan di tangan ANDA..
Undilah sekarang..
-------------------------------------------------------------
Labels: Blogger Mania
0 Response for the "JLBM 2008 (WEEK 1) : SAYA DAN BLOG"
Post a Comment