~CuCuK AnGiN~

~Taukeh~

Dinding tu leh tumbuk ke?

Dinding boleh tak aku tumbuk ko...

Aku agak layu dan stress malam ni..Semua sebab gara-gara duit.. Bukan sebab aku xde duit, tapi aku banyak memikirkan pasal parent aku.Aku xsuke sebenarnya kalau dorang sanggup bersusah payah sebabkan aku. Aku ni bukan anak yang baik.Aku xsuka kalau parent aku sanggup bersusah payah sebabkan diri aku ni.Aku ni xmampu buat apa-apa.


*************************************************
Semalam...

Aku terus menjelaskan hutang yurang pengajian aku ke bahagian Bendahari. Duit yang baru je ayah aku masukkan dalam bank. Agak lebih duit yang ayah aku masukkan , lepas je aku jelaskan semua hutang aku, aku call mak aku..

"Ma, duit yuran bayar seribu je..Ada duit ayah terbagi lebih.Ma nak amik balik ke? Kalu nak orang masukkan balik dlm bank"
"Owh..Xpe..nanti ma bincang dengan ayah kau pasal hal ni"
"Ok"

Petang tu aku keluar..Ok..Aku xrasa aku nak cerita pasal hal ni.Cume malam tu aku balik agak lambat. Tempat yang aku keluar tu, agak bising.Kebetulan mak aku call lagi..

*Suasana bising

"Hello ye Ma nape?"
"Isk.. Bising nye..ko kat mana ne?"
"Orang kat luar ni..nape cakap je org dgr"
"Ko dengar tapi ma xdengar.."
"Alaa..cakap je nape.."
"Nanti ko dah balik ma call balik la.."
"Laa..Orang balik lambat la..Mana sempat..Ma cakap je la.."
"Nanti la.."
"Yela yela"

Aku balik rumah pun dah pukul 1 lebih..Aku rasa xperlu la untuk aku call mak aku, ganggu dia nak tidur je nanti..Tapi aku boleh agak apa yang dia nak sampaikan, dan serius perkara tu akan buat aku jadi lebih stress..Sebelum aku tau aku dah boleh agak...

********************************************


Aku tau aku xcukup tido..Dan ini mungkin punca aku stress.. Baru-baru ni aku selalu terjaga dalam pukul 4 lebih atau 5 lebih pagi..Bila aku terjaga tu aku jadi macam blur..Aku jadi macam orang bodoh..Aku terbangun, aku gi dapur..Aku minum air, pastu aku balik bilik aku..Pastu aku cube lelap.. Ok nampak normal..

Tapi xmacam tu, sebenarnya.. Dia gila skit..

4.20am. (Aku terjaga..pandang laptop)

"Aik..Apsal laptop aku padam ni..Patutnya hidup" (Aku tekan switch ON)

Laptop aku pun ON...

"Hah.Apsal aku ON laptop pulak ni...Pehal ni..Kan aku dah tutup tadi.." (Aku OFF laptop)

Aku pun sambung tido...

5.30am..(Aku terjaga lagi..)

"Hah..wehh apsal laptop aku padam ni!! Sial"(Aku ON balik laptop)

Laptop aku pun ON...Tapi aku blur sejenak..Memikirkan sesuatu..

"Apsal aku ON laptop, apa aku nak buat...Ya ALLAH, aku dah nak giler ke.." (OFF laptop)

Bende tu x berjalan camtu je..Macam ada selingan sesutu mimpi..Tapi aku xtau camne aku nak huraikan dalam ni..

Ok tu yang berlaku kat aku...Tapi korang mungkin pikir bende ni macam xde beri pape kesan..Tapi aku dah alami benda ni 3 hari berturut-turut...Dan aku xtau kenape aku alami benda yang sama macam ni, aku terasa macam aku dah nak jadi giler ke.Aku x OK...
(Ok..Tenangkan diri)

***********************************************************
Hari ini...

Kelas macam biase..Berjalan lancar..macam biase, aku xberapa paham duk dalam bilik kuliah..buat muka blur..Rase-rase cam paham, angguk2 kepala..Bila xpaham, biarkan je lect tu berbicara kat depan tu...Aku xberape nak fokus dalam kuliah..Dulu waktu skolah aku xmacam ni..

Habis 2 kuliah aku balik ke rumah berehat..Mata agak mengantuk..Mak aku call lagi.. Kali ni aku xnak sertakan dialog mak aku..Sebab benda ni buat aku stress sangat2..Otak aku dah mula sarat dengan benda yang aku sendiri x mampu uruskan..Aku dah cukup dengan masalah aku dekat U, life aku kat sini. Bertambah dengan masalah keluarga aku..Aku tak boleh tanggung semua ni..

Aku dah rasa macam aku ni beban kepada dorang..banyak duit yang dihabiskan untuk aku...Nak bagi duit blanje aku tetiap bulan, pastu duit yuran pengajian aku.Nak bayar duit kete , road tax yang semakin tamat tarikh luput..Semua tu duit..Xcukup dengan tu, aku disajikan dengan masalah tempat keje ayah aku..

Ya Allah..tu semua dugaan untuk aku ke..

Aku xrasa aku boleh study..Tekanan aku dah naik sampai ke tengkuk ngan kepala.kadang aku cuba abaikan semua perkara, xnak dah pikir lagi.Tapi aku xboleh lari dari semua ni kan.. tu sebab aku xkata pada diri aku, aku xlayak masuk Universiti...Otak aku yang ada limit..Kewangan aku..Diri aku yang xpandai mengurus masa..Yang paling penting aku bukan orang yang baik..Aku derhaka bila meninggi suara pada org tua ku..

Dosa aku semalam..Balasan aku hari ni. Balasan esok hari...

Hari ni aerial kete aku hilang..Ada orang dah curik.. Balasan kan...Sial....Buat dosa lagi..jahat lagi!

Padan muka..

Selamat untuk korang..

Aku di TAG lagi ka??


Owh..Tag dari gadis comel... EV.. Senang je Tag2 ni..jawab apa patut settle.. Kadang tu terfikir gak, sape la punye cadangan buat tag-tag ni ekk..Ada rasa macam surat berantai ke (ke berangkai)..Xpun email berantai..ni lak Tag berantai...Lebih kurang sistem piramid dalam MLM jugak la..haha..

Ok berhenti melalut..Mari kita straight to the point.. Menyelesaikan Tag...

Apa korang tengah buat sekarang.

Sekarang aku just melepak atas tilam aku dan bermalas-malas. Sambil minum air susu yang baru aku bancuh tadi, aku bukak adobe photoshop dan buat sedikit banner untuk Tag ni..

Kenape korang buat camtu lak?

Laa.. Dah tentu Tag ni kene buat..Kan ditujukan ikhlas untuk aku.Lagipun aku belum ada mood nak buat keje-keje lain.So selesaikan ni dulu. Pasal susu tu pulak, mak aku yang suruh minum.Aku dah beli kot.mahal beb sepeket.Rugi ar xminum.Lagipun hari ni plan nak derma darah, so bagus gak kalau minum susu. Pasal banner Tag tu, saje buat..Baru ada seri sikit (walaupun xcantik)

Ok2 serius. Apa nama yang orang selalu panggil korang.

Dari kecik lagi member2 akan panggil aku Pie.. Sebab nama aku kan Safie..Amik dari situ ar. Ada panggil Pi, pastu Safii...Shafie.. Memacam ar..Sape yang panggil aku ngan nama xsedap dengar aku ignore (sambil maki hamun dalam hati).Mak aku panggil aku adik, pastu ada gak panggilan lain.Xpayah cakap ar..nanti melekat pulak korang panggil aku.Sedare-mare je leh panggil aku yang tu..Xpyh ckp ar.. Pastu untuk dunia maya lak aku guna nama Neo.

Kisah disebalik nama tu

Ok..Kalau tgk pada nama Neo tu, sebenarnya aku banyak terpengaruh bila tgk cerita The matrix.Dari 1 sampai ar 3. Duk punye la minat sampai aku bila nak buat email pun guna Neo_matrixzz..Pastu melekat ar sampai skang..Email ke, blog ke aku guna Neo je..Lantak ar orang lain nak cakap pe..

Pembaca/Readers?

Aku rasa pembace blog aku kebanyakkan blogger jugak.baru2 ni dah Join GB ni..Comfirm ar ramai reader dari sana..Tapi aku xlupa gak, ada budak kelas aku yang bgtau dorang ada baca blog aku.So terima kasih kat dorang sebab up traffik kat sini..bagus2..Singgah selalu.
First Contest?

Aku penah masuk contest untuk JLBO..Dulu aku ada join forum JomLayan. Xtau ar apa jadi kat Forum tu skang.Skang agak suram.So aku pun dah lama xsinggah. Tu first contest aku..Tapi aku xmenang sebab aku terlewat hantar entry dah aku ditolak 10markah.Xpe..Anggap je pengalaman.

Ok untuk Tag ni, aku rasa aku xnak Tag pada sape2..Sape2 yang rasa macam seronok nak jadi sinambungan Tag ni leh teruskan.Aku xde masalah dengan itu..huhu..Oklah Cukup untuk setakat ini..

Selamat untuk korang..

Kuasa Lelaki.. (Mata, Rokok, Cuit)

Siang tadi aku ada program bersama koku PRS pergi ke Rumah Seri Kenangan Cheng Melaka untuk menjalankan program beramah mesra bersama warga emas kat sana. So memang banyak giler pengalaman aku dapat, Start daripada Nak gerak dari hostel sampai lah menjalankan program ngan sampai ke hostel balik. (Aku xduk hostel, cume singgah jap nak naik bas UTeM je)


Ok.memula penat nak mengangkat barang.Tangan aku nasib baik ada muscle skit, jadi dapat angkat 2kotak air mineral serentak.Tapi pastu tangan aku dah xrasa pape dah.Ok lagi..So pastu dengan pengalaman camne nak arrange perjalanan bas semua, AJK2 naik pening kepala bila schedule xberapa betul. Perjalanan bas macam tergendala. Emm..Abaikan..

************************************************

Biase ar bila buat program, memang selalu jadi macam ni. Tapi bukan tu yang aku nak ceritakan dalam entry aku ni. Memang macam2 ada, tapi mungkin cerita di rumah kenangan tu aku buat kat entry lain. Tapi entry kali ni aku nak cter pasal Lelaki.. Ok, aku dapat idea ni pun sebab tadi waktu balik dalam bas tu, bebudak pompuan sume dah kuar.. So pakcik bas pun start ar cter. Dia mula cerita pasal perempuan..Pastu start masuk bab lelaki.Aku mula tarik perhatian.ni antara dialog dia yang aku ingat ar.Korang cuba amati skit..

"Kita ni lelaki tau.Tu yang bahya sekali.Sebab lelaki ni orang panggil Jantan.Jadi kalau jantan ni bahye!.."

"Bahye camne tu pakcik?" (Xpaham lak aku)

"Korang kalau tgk pompuan tu, asyik duk pikir sedap je.Yela korang tgk, benda tu sedap (korang paham-paham je la)..Waktu main tu memang ar sedap.Sape yang xnak benda sedap..Orang laki xpelah, pas sedap tu xrasa pape dah.Yang duk menangis tu orang pompuan"

"Yela pakcik.bila perut dah kembung mula ar nak menangis.."

"Haa..Tu yang jadi kes buang bayi tu sume. Korang janganlah.Pakcik cakap ni pun bukan nak kata pakcik ni baik, X.. Cuma pakcik ni dah banyak tengok.Time muda-muda memang sedap.Xpikir apa.Nak seronok je.."

"Ermm.."

"Tapi yang merana nanti bila kita dah tua nanti.Macam-macam balasan akan datang tau x..Time tu lah kita akan dapat banyak masalah. "

"Hati pun x tenteram" (Aku menyampuk)

"Hah..pandai pun ko jawab.. Memang muda-muda kita rasa best.Duk kacau macam-macam pompuan.Main sana sini.Pastu lepas tangan camtu. Time tua tu nak pikir.Time tua tu ar korang dapat sakit..Sakit tu kalau leh baik xpe, ni xbaik-baik. Xhabis ngan tu, duit korang banyak tapi bermasalah gak.Duit banyak tp dah habis.Duk berubat sini, berubat sane.tapi sakit jugak. Ko tgk sape yang duk buang bayi tu, comfirm hidup dia xaman.Xcaye ko tengoklah."

"Betul tu pakcik.Kalau nak main, amik yang halal je"

"Haa..Yang tu betul Kalau yang halal xpe..Xsusah..Kalau dah betul nak sangat, korang kawin.Skang kawin pun xde masalah.Tapi kalau bab yang xhalal tu janganlah..Memang orang skang kata sikit je.Xpela.. bahu kita ni..Duk bisik kat telinga kiri kanan syaitan je..Dia duk cakap main je lah.Sekali je pun, main lah..Tu yang buat korang terlalai tu.Lagi satu, korang kalau nak tau orang laki ni sebenarnye senang je kalau nak dapat pompuan.Xsusah.Benda tu senang je."

"Hah" (Aku terkejut kejap..Cuba fokus lagi)

"Korang nak tau camne..3 bende je. Mata, Rokok, Cuit..."

"Aik camne tu pakcik" (Aku dah mula tertarik ngan citer dia)

"Yela..Korang kalau guna mata.Time cakap tu ko pandang mata dia.Duk pandang je..Kejap je.Xlama..Korang dapat ar tu nanti.Tu pasal aku ni, kalau duk borak-borak ngan pompuan aku xnak pandang muka dorang.Bahye beb.Hati kita belum tentu lagi.Aku ni kalau tgk bebudak pompuan ni, aku rasa macam nak gigit pun ada..Tapi aku tahan, xleh.Fikirkan akibat akan datang..Mata kita ni, jangan main.Dari mata ni ar korang leh tak terjaga benda-benda lain.Waktu tu mula ar sesat..."

"Erk..Rokok lak camne?"

"Rokok cam biase ar..Korang hembus sikit kat muka dia bace selawat..haa camtu"

"Kahkahkah..Siap kene bace selawat lak"(Tergelak aku)

"Iye betul bende ni..Kalau niat korang tgk awek tu lawa, comel je..Pastu nak buat bini boleh je jadi.Memang xde hal.Tapi kalau niat korang nak main2kan, pun boleh jadi jugak.Tapi sendiri ingat ar balasan nanti..Ooo..Sakit woo..try duk main-mainkan anak dara orang ni.Bayangkan bila korang ada anak pompuan lak nanti, pastu anak pompuan ko lak kene macam yang ko buat kat pompuan tu..Nak camtu?"

"Ehh..Xnak ar pakcik..Woo mintak jauh woo..."

"Haa tu yang kene duk pikir.Kalau cuit pun same.Cuit sikit je. Memula memang ar sikit-sikit.Bila dah banyak kali nanti korang pun taukan apa nak jadi. 3 benda ni je, Mata, Rokok, cuit..haa tu je aku nak sampaikan Assalamualaikum warraahmatullah hiwabarakatuh.." (Panjang salam dia macam baru pas habis berucap)

*Time tu bas dah nak sampai dah ke hostel

"Hahahaha...Panjang nye ending pakcik..tu yang buat mahal tu..Kahkahkah" (Gelak besar kami semua)

"Yela dah kita dah sampai hostel korang ni..Aku ni kalau nak cter memang panjang.Tapi tu yang nak korang pikir, jangan nak duk main sedap je, sedap kejap je.Xlama..Baik pikir yang masa depan tu.Tu nak tanggung tu.."

"Emm..Betul tu pakcik"

**********************************************

Ok citer berakhir macam tu jer. Walaupun perbualan tu kejap je, tapi benda tu berjaya bukak minda aku.Aku dulunya jahat..Bila pakcik ni cakap camtu, aku dah mula takut dengan apa yang pernah aku buat dulu...

Agak-agaknye boleh ke dosa aku yang dulu diampunkan.. (Aku takut..)

Selamat untuk korang..

Memori bebudak hingusan..(Part2)


Mengantuk aku memalam ni.Esok sempena hari Jumaat yang indah lagi permai, aku xde kelas..Yes, yes.. Jadi malam ni sebenarnya malam favourite aku.Leh x aku nak rasa satu malam yang aku xpayah study, xpayah pikirkan assignment,, xpyh pegang kalkulator dan yang paling best xpyh berfikir. Sume tu xperlu..Tolak nota2 tu sume ke tepi.Esok ar study..Leh la..Leh la..(Den ni duk try pujuk diri sendiri). Come on beb..U my frenz.. Selalu-selalulah lect aku tu pegi Beijing dapat gak batal kelas taip2 jumaat..

Haa..So aku decide..Esok cuti, jadi malam ni berehatt..Yeahh..

Bila tgh lepak-lepak camni.Aku xtau la pulak nak buat apa.Ushar blog, sume ok jer..Apa nak tambah ntah..Alamakk..Aku lupa lak.. Tadi ternampak tajuk tu "Memori bebudak hingusan.. (Part 1)".. Aku leh lupa la pulak kan. Camne leh ada part 1 kat blakang dia tu.so alang-alang dah terletak camtu layankan je.Ok tu makna nya aku kene sambung kesinambungan cerita aku la.Betul x. Sambung je la. Apa ada hal..

****************************************************************

Sambung balik.. Nape namakan bebudak hingusan lak ekk.. Ok.Tu simbolik je beb.Aku mana de hingus-hingus ni.Xmain la.Gua kalau ada hingus sedut terus sume kasi habis. Kan settle. Xyah nak cett cott cett cott.. (Bapek ar pengotoq..!!) Mesti cakap camtu..Xpe2 korang..

Mak aku jaga elok woo aku dulu. Ingat lagi time nak tido. Aku setting dah tilam bantal sume. Setting smart2 selimut ada.Bantal peluk ada..Bantal busuk ada..Mak aku ni kalau anak dia nak tido je dia mmg dapat tau dah. Tetibe je aku dah siap tutup lampu, baru je landing badan atas katil..

Preettt..(Bunyik pintu bilik)..pintu bilik aku bukak sendiri..Alahai mak aku masuk plak..

"Ye Ma..Nape? org baru nak tido.."
"Ma nak tgk, bilik ko ada nyamuk x.."
"Eh..mana ada..Kan mama dah pasang ubat nyamuk tadi.."
"Ye..jap Ma tgk"
"Silau la Ma..lampu tu silau..ngantuk dah ni.."
"Ye kejap.."

Mak aku pun jalankan operasi bunuh nyamuk.Dia selak langsir.Selimut, kain baju. Ada je nyamuk yang terbang nahas la.. Pap..Pap...

"Hah mampus ko nyamuk.Sebelum ko gigit anak aku, aku mampuskan ko dulu.."(Muka puas)
"Ganaznye ma.."

Haa nyamuk.Korang kalau nak lepak, baik xyah lepak kat bilik aku. Mak aku datang ar tiap-tiap malam cari spesies korang. So pesanan kepada nyamuk-nyamuk, bilik aku no entry.Baik korang pilih bilik lain ok. Pastu pada newbie nyamuk pun get alert.Korang spesis nyamuk baik batalkan je niat nak singgah sini.Wakaka..bongkak siot aku.. Pas siap mak aku jalankan checking bilik, dah dia puas hati xde nyamuk, dia pun amik selimut aku. Then terus pakaikan aku selimut. Pastu dia tutup lampu dan blah..(Aku dijaga rapi bila dirumah..Stylo..)

************************************************

Korang ingat x dulu-dulu ada musim digimon ngan digiboy. Seingat aku ar, time dulu digiboy kuar dulu. Pastu baru kuar digimon.Apa lagi, pasal benda ni je, punyela sanggup aku ngan abg aku kumpul duit sebab nak beli digimon.


So satu hari tu kuar jap jenjalan ngan abg aku (tanpa pengetahuan mak).. Jalan gi satu kedai cina ni, kat situ ada dua bijik mesin tikam. Alaa.. Xkan xtau mesin yang kene masuk 50sen x 2 tu. Pastu kasi pusing dia punye knob, kuar ar sebijik. Time tu aku ada 50 sen.. Abg aku ada 50 sen gak.Kitorang share ar..

"Bro ko nak yang kiri ke yang kanan?"
"Aku nak yang kanan ar.Ko lak?"
"Aku nak yang kiri ni.."
"Okeh, kita one ten jus la.."(Macam O-som gak ar xpun men gunting batu kain)

Pas one ten jus.. Aku pun menang. So decided nak amik mesin yang kiri ni. Masukkan 50 sen dua keping dalam tu, pastu bace Bismillah. Nak digi boy!, Nak digiboy!.. Pusing!.. (Berdebar-debar tggu bola tikam tu kuar).. K dah kuar.. try bukak.... Yess!! dapat Digiboy... Yuhuuuu!!! Punyelah heppy dapat Digiboy ngan harga singgit je. Gilir-gilir ar aku men ngan abg aku. Tapi bende tu hampeh.Tarak tahan lama pun..Jap je pakai, mampos.. Sengal..

Last-last aku ngan abg aku, dah cukup kumpul duit gi beli Digimon kat pasar Tani..Rm 39.90 kot..Bapek ar mahal giler.Tapi dah tgk kawan-kawan sume pun ada sebijik, pastu binatang dorang pun sume kuat-kuat, xleh jadi.kene beli gak.. Xhabis camtu, pastu abg aku leh gak beli buku digimon, cara-cara penjagaan Digimon dalam tu, sebab kalau ikut cara dia, leh dapat binatang yang kita nak pas dia transform. (Bila pk balik, semangat betul main digimon...Blajar malas)

Dah agak cukup besar digimon aku, aku bawak gi skolah. (Ingat nak fight).. Dah sampai masa digimon aku berlawan ngan dunia luar..Apa lagi, jumpe memember sekelas aku, kami pun fight ar digimon memasing. yang best nye, bukan bebudak laki je beli, budak pompuan pun ada sebijik. Ada ar skill memasing nak menang. Sape yang laju tekan tu, mmg menang ar.Kehkeh

"Wehh ada pengawas nak buat sportcheck ar"
"Alamak digimon aku camne, mana nak sorok ni"
"Cepat-cepat sume simpan dalam almari ni!!"

(Gi terus letak dalam almari..Cover ngan kertas pe ntah..Cemerlang)


Ada lah lebih kurang 7-8bijik digimon dalam tu.Harap-harap pengawas yang balachi tu xjumpa ar digimon kitorang.mahal tu beb nak beli.Berbekalkan duit belajne RM2 yang aku kumpul hari-hari baru leh dapat beli tu.. Akhirnya selamat.Digimon kami xdijumpai. (Lega..)

**************************************************
Serius kalau bab main ni memang xleh lupa ar.Zaman kanak-kanak penuh ngan bermain. Ni baru skit, lum lagi cter camne aku jahat gler mendajalkan orang..Xpe nanti aku sambung balik.Entry ni aku duk taip dari malam tadi.Tapi sebab ngantuk yang teramat, aku pun terlelap. Dah tgh hari pun.Ni aku sambung balik. Tapi xpa, dah kul 1 suku ni. Tok imam dah miskol-miskol aku tanye bila aku nak gi masjid ssembahyang jumaat (aku tipu je dia miskol)..

Aku gerak dulu gi masjid..Nanti sambung lagi cter..

Selamat untuk korang..

Memori bebudak hingusan..(Part 1)

Bila dah masuk dalam golongan bergelar mahasiswa ni, kadang tu duk hingap terpikir camne la aku leh termasuk dalam Universiti ni.Nama cam best je.

"Ko blaja ke dah keje skang?"
"Blaja lagi ar bro..Sambung balik.Amik degree plak"
"Humangg aihh, ang..Xsangka batul aku..Dapat gak ang masuk Universiti.Dulu duk saing-saing aku je main konda kondi " (Loghat utara)
"Aku pun xtau ar camne leh tercampak masuk dalam U ni..Mak aku ar duk hingap kat telinga aku asyik suh sambung blaja"

Yela wehh..korang sume pkir sendiri ar, kalau aku sambung je keje dulu pastu tolak tawaran U ni.Sekarang ni, Persona aku ni rasanya bukan standard je tau..Aku rasa dah comfirm-comfirm ar aku dah tinted gelap kat keliling cermin. Pastu tambah skirting fiber glass, pakai yang stylo skit.Xmain ar cikai-cikai punye. Xcukup lagi, aku install amplifier. Super amp dalam kete..Bikin sikit itu sound sytem bagi gempak. Untuk mengupgrade performance aerodynamic aku tambah spoiler terpacak kat balakang nun..Bagi awek dari jauh jeling manja je time duk ushar kete aku. Nak best lagi, aku buat airbrush skit kat body kete.Bagi nampak cun melecun.Enjin xlupe, kasi pasang itu turbo masuk dalam..Bagi laju sikit.. Lagi satu tokeh, bagi saya rim 21" baru ngan tayar lebar besar punya..



"Woii..Woii... "

Hah..

"Ko mepek mende.Kete ko tu terpacak lagi kat luar tu..Xde mendenya nak pasang sume tu, standard lagi kete ko tu."Duk berangan xhabis -habis. Duit xde banyak lak nak beli..

Dah-dah Neo Esok sambung berangan ..Cis..Bikin spoil laa..Baru gua berangan skit nak make up kete..Ushar luar jap.. Kete gua masih camtu..Hadoiihh..Bila nak jadi kenyataan sume tu..

*************************************************

Banyak punye berangan, lepak tepi tilam aku.Baring2 meluruskan apa yang bengkok... Terbayang ketika skolah rendah dulu.

"Ma, orang pekse dapat no 2 dalam kelas. Tgk ni report card. Nanti ma belikan beskal kan2.."
"Wahh dapat no 2 eh anak mama..Ok2. Nanti kita cakap sama ayah beli beskal ko eh.."
"Yeye..Dapat beskal..Abg xdapat no 2 xleh dapat beskal" (Sengal gua..)

Xpasal2 abg aku duk nyibuk nak nyampuk gak.

"Wekkk..Ma, orang pun dapat gak ar no 2.Tgk ni report card"
"Mane-Mane?"

Gua pun menyibuk gak nak tgk..Teruja gak..

"A'ah la..no 2 gk..."
"Okeh..dua2 leh dpt beskal" (Riang gembira anak kecil berdua)


Apa lagi, pas sampai je beskal kat umah mmg xingat dunia ar..Duk pusing blok sampai ke senja..Awek lalu pun aku mmg xpandang ar..Ehh.. Dulu kecik2 mana ada nafsu duk ushar awek2 ni..Pompuan pun xtau mende.Yang aku tau, gi skolah ayah antar..balik skolah ayah amik..Tgh hari, makan ma masak..(lapar plak).. pastu petang duk gi main konda kondi kat bawah tu.Senja je balik. Skang hobi baru, men beskal..

Dulu-dulu bila first time dapat beskal,Otak dah xpikir apa dah..Petang je, angkat beskal turun bawah, ronda la..Apa lagi..Tapi memang aku xleh lupa ar bende bodoh aku wat pasal kes beskal ni ar.

Ada sekali tu aku gi kedai, biase ar ngan berbekalkan 20 sen leh gak aku beli ais krim pop pop yang leh patah dua tu.. Sampai je kedai, aku park basikal kat tepi kedai tu..X ar jauh sangat nak banding kedai ngan blok umah aku, 5 minit je jalan kaki. Tapi cter jadi best, aku ingat aku gi kedai jalan kaki. Aku pun blah je ar camtu. Ngan berbekalkan aiskrim pop pop dua batang yang aku pegang kiri kanan ni, aku leka terus ar ngan beskal aku yang aku park tadi. Muka selamber rock je balik umah. Sampai umah macam xde mende jadi..

Petang tu ayah aku balik.Dia ushar tgk beskal dah xde.Aku leh wat muka rilek, ayah aku tanye.

"Adik, beskal mane?"
"Ahh sudah..Mane beskal?"
"Mana ayah tau..tanye ayah lak"
"Alamakk...siang tadi tinggal kat kedai..Waaa...Mesti dah hilang kene curik..Waaa!!!" (Menangis cover)
"Tu la..Tinggalkan lagi"

Sebakul gak ar gua kene marah ngan mak bapak gua..

Malam tu jugak bapak gua gi kedai tu.Tapi kedai dah tutup. Memalam kan..Memang ar tutup. Beskal dah xde..Waa..(Aku nangis lagi..nangis cover ar org ckp)..Esok pagi aku sendri ngan mak aku gi kedai tu balik.Punye la hangin satu pale gua, anak cina tu leh slamber duk men pusing2 ngan beskal gua..

"Adoii tokey..Ini beskal anak saya punya la..hari tu sudah tinggal"
"Owh yaka..Xpa2..Amik2..Saya pun keliru woo, macam mana ada beskal kat kedai saya."
"Ok..terima kasih tokey.."

Gua pun ngan senang hati amik beskal kuning gua tu..Cis anak cina tu..Selamber je men beskal gua..Gua shoot pale lu nanti.. baru tau..

*************************************************

Kenangan beb basikal tu..Xlama pas tu dia ranap gi mana ntah sampai memori dlm pale aku pun lupus sama sekali.Gua kat umah bukan men beskal je beb banyak lagi permainan yang menjadi kewajipan dilakukan time-time petang tu.. Kalau memakcik tu, memang tetiap hari dorang lepak kat taman bawah tu. Duk kumpul reramai bergosip kot..Xpun bersosial ngan jiran-jiran tetangga. Aku xamik port..Golongan makcik tu beb.

Korang kalau xtau konda-kondi tu mende..Lebih kurang men game camni ar

Yang aku amik port, ni haa..Member-member gua.Main konda-kondi.Selain dari tu, permainan yang banyak ikut musim. Time musim gasing je, sume orang start main gasing, pastu turn main layang-layang, main chapping bola, pastu rounders. Sume game hardcore punye..main baling selipar paling hardcore..Kalau baling memang tepat2 shoot pale je. No Mercy bebeh. main la pepuas.Dulu kecik2 jahat bukan main. Kalau gi main memang balik lewat ar. kadang tu malam baru balik.Duk main pistol yang kuar percikan api tu..Kene beli belerang dia..Style..


Malam2 duk tembak menembak. Yang paling takut kalau main nyorok-nyorok memalam.Ada orang kata kat aku..

"Hei adik, malam-malam jangan main nyorok-nyorok."
"Nape pulak abg?"
"Jangan..nanti hantu sorok kau.Terus xleh balik rumah"
"Takutnye.."(Senang kene tipu)

Aku dengar cakap..memalam xmain ar nyorok-nyorok.Tapi main kejar-kejar je..main tetap main.Xleh lepas aktiviti tu.. Tapi time dulu ok je mintak kebenaran kat mak..

"Ma nak kuar gi main.."
"Haa..Kuar la..Tapi maghrib je balik.Jangan balik lewat.Report kat ayah ko nanti"
"Yelah ma.."(Takut kat ayah)

*******************************************************

Ayah aku garang jugak beb.Tapi time dia marah jela.Dia xpernah pun pukul anak dia.Tapi jangan mintak ar.Ntah apsal, kalau bapak aku cakap sekali je, terus je pergi..Kalau dia suruh, terus jalan.. Tapi kalau mak aku suruh..haa ni jawabnye..

"Jap lagi la ma.."

Isk..xpatut plak aku rasa dulu aku buat camtu..Tapi aku ni xlah jahat sangat beb.Xde ar aku nyusahkan sangat mak aku time aku kekecik dulu.Cuma dulu kalau bapak aku marah sume orang senyap.Dia punye voice, mmg xde sape leh lawan ar.Ada baran skit..

Penyakit gak tu..baran..Aku pun sakang dah mula macam baran skit..Adoii..Berjangkit penyakit orang muda..Maghrib lak..Nanti aku sambung balik..

Selamat untuk korang..

Related Posts with Thumbnails