~CuCuK AnGiN~
~Taukeh~
Masuk kali ni je dah kali ke 5 aku terpaksa berpindah walaupun didalam sama negeri. Beginilah padahnya kalau duduk di perantauan untuk mencari rezeki yang halal dan demi meneruskan kelangsungan hidup yang sementara ini..
Semuanya bermula bile aku dapat tawaran belajar dan melanjutkan pelajaran Sarjana Muda di Melaka. Sejak dari itu aku mula mengenali negeri bersejarah ini. Mule-mule bertapak kat sini memang la aku rasa xbest, even my honetown is the best. Tapi, lama kelamaan, aku da mula membiasakan diri hidup di bumi Melaka ni.
Penempatan pertama aku di hostel Universiti. Rumah flat tingkat 5. Feel kat hostel ni mmg terasa sangat awesome sampai aku hanya mampu duduk selama 1 semester dan mula mencari rumah sewa, dengan alasan xbleh blah duk hostel tu.
Penempatan kedua agak lama bile aku duk berkongsi ngan classmate guwa. Rumah teres 3blik setingkat yang dihuni seramai 4 orang. Harga sewa sebula RM500. Tapi disebabkan kami berempat, so xterasa sgt nilai tu bila dah dibahagikan.. banyak jugak kenangan pahit manis kat rumah tu.. susah aku nk lupakan.. damn..
Penempatan ketiga guwa mula berpindah bile dah berjaya menamatkan tempoh pembelajaran selama 3 tahun. Guwa mula berpindah ke rumah kongsi lain. Rumah berkonsepkan kekampungan, kejiranan kampung yang mesra.kawasan sekeliling yang dipenuhi dengan pokok-pokok dan ayam kampung yang berkeliaran. Suasana sangat awesome.. xlama jugak aku duduk sini, atas sebab sebab tertentu, selepas setahun aku berpindah ke rumah lain..
Penempatan ke 4 adalah sebuah rumah teres setingkat 3bilik. Kadar sewaan RM350 sebulan dan dihuni 3 orang termasuk aku. Housemate aku semuanya adalah officemate aku sendri. So senang nak berdiskusi. Rumah ni pun xlama aku duduk. Selepas beberapa bulan, sorang demi sorang housemate aku mula berpindah atas alasan berkahwin dan bertukar kerja.. pada mulanya memang plan aku untuk stay sorang, tapi disebabkan kejutan daripada tuan rumah untuk menjualkan rumah tu, so secara rela atau tidak aku pun perlu berpindah..
Penempatan ke 5 adalah sebuah rumah 2 tingkat dengan kadar sewaan RM350..Lokasi jarak rumah ke tempat kerja aku sangat dekat. Ada 2 bilik yang besar dan kawasan sederhana. Area kejiranan pun bole tahan la, cume nak park kereta yang susah skit. Biase la memasing jiran-jiran pun banyak kereta. So sabar jela..
Masih xtau lagi sampai bila aku akan stay kat rumah ni, atau adakah aku perlu mencari penempatan ke 6..
Da smpai masa utk aku pk beli rumah sendri..sampai bile nak menyewa..
Selamat untuk korang..
Labels: Diary
0 Response for the "Berpindah kali ke 5"
Post a Comment