~CuCuK AnGiN~

~Taukeh~

Kisah Tauladan

Seorang bapa pulang ke rumah dalam keadaan letih
disambut baik oleh anaknya yang berusia 7 tahun.
Sambil mengangkat briefcase ayahnya, si anak itu
bertanya kepada ayah.....

Anak: Ayah...ayah.. boleh Amin tanya satu
soalan?

Ayah: Hmmm....nak tanya apa?

Anak: Ayah...berapa pendapatan ayah sejam di
pejabat?

Ayah: Itu bukan urusan kamu, buat apa sebuk-
sebuk nak tanya?
Si ayah mula menengking.

Anak: Amin saja nak tahu ayah... Tolonglah
beritahu berapa pendapatan ayah sejam di
pejabat?
Si anak mula merayu pada ayahnya.

Ayah: 20 ringgit sejam.. Kenapa nak tahu?
Jerkah ayahnya lagi.

Anak: Oh..20 ringgit..
Amin menundukkan mukanya.

Anak: Ayah.. boleh tak bagi Amin pinjam 10
ringgit dari ayah?

Si ayah mula menjadi berang dan berkata, "Oh,
itu ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan
ayah? Kamu nak buat apa dengan duit tu? Mintak
sampai 10 ringgit? Nak beli mainan lagi?? Ayah
penat-penat kerja cari duit, kamu senang-senang
nak membazir ya.. Sudah, pergi masuk bilik..
tidur! Dah pukul berapa nih...!!"

Si anak itu terdiam dan perlahan-lahan dia
kembali ke biliknya. Si ayah duduk di sofa
sambil memikirkan mengapa anaknya yang sekecil
itu meminta duit sampai 10 ringgit. Kira-kira 2
jam kemudian, ayah kembali tenang dan terfikir
kemungkinan besar anaknya benar-benar memerlukan
duit untuk keperluan di sekolah kerana anaknya
tak pernah meminta wang sebegitu banyak sebelum
ini.

Dengan perasaan bersalah, si ayah melangkah
menuju ke bilik anaknya. Di dapati anaknya masih
belum tidur.

"Kamu benar-benar perlukan 10 ringgit? Nah..
ambil ni" Si ayah mengeluarkan sekeping duit
kaler merah.

Kanak-kanak itu segera bangun dan tersenyum
girang.

"Terima kasih banyaklah ayah!"

Lalu dia mengangkat bantalnya dan mengeluarkan
sekeping note 10 ringgit yang sudah renyuk
terhimpit oleh bantal. Bila ternampak duit itu,
si ayah kembali berang.

"Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah
ada duit sebanyak itu?? Dan dari mana kamu dapat
duit tu??"

Amin tunduk... tak berani dia merenung ayahnya.
Sambil menggenggam kemas duit itu, dia
menerangkan.....

"Duit ni Amin kumpul dari belanja sekolah yang
ayah bagi hari-hari tu. Amin minta lagi 10
ringgit kat ayah sebab Amin tak cukup duit..."

"Tak cukup duit nak beli apa??"

Jerkah ayahnya lagi.

"Ayah.... sekarang Amin dah ada 20 ringgit..
Nah..ayah ambil duit ni. Amin nak beli sejam
dari masa ayah di pejabat tu. Amin nak ayah
balik kerja awal esok. Amin rindu nak makan
malam dengan ayah.."

Jelas Amin tanpa memandang wajah ayahnya...

The moral of this story...
Kongsilah cite ni ngan sesape je yg anda suka
tapi..yang penting skali, share lah masa
sebanyak 20 ringgit itu bersama2 dgn insan yang
anda sayangi. Ini hanyalah setitis peringatan
kepada sesiapa yang bekerja keras sepanjang
hidupnya..yang bakal kerja sok lusa... atau
sesiapa saja yang selalu sibuk...

Jangan biarkan masa berlalu begitu sahaja tanpa
dinikmati bersama2 dengan mereka2 yang begitu
rapat dengan kita..yang sentiasa berada di hati
kita..

Bayangkan...bila dah kerja nanti...kalau kita
mati.. pihak syarikat akan senang2 cari orang
lain..gantikan kita. Tapi..keluarga, rakan2 yang
kita tinggalkan kat dunia ni pasti akan berasa
suatu kehilangan sepanjang hidup mereka.....

Fikirlah...selama ni.. apa yang kita dah buat
untuk keluarga kita?.. untuk insan yang kita
sayang??

FAMILY: Father And Mother I Luv You...

0 Response for the "Kisah Tauladan"

Related Posts with Thumbnails