~CuCuK AnGiN~

~Taukeh~

Hidupku (30/3/08)

2 Hari aku sendirian..Dibelenggu dengan kerja-kerja yang semakin banyak.Due date yang semakin hampir ini membuatkan aku berasa tertekan kepada diri aku. Walaupun kerja ini berkumpulan, tetapi masih tidak dapat membantu aku untuk mengurangkan tekanan tersebut.Semakin hari, aku semakin tertekan bukan sahaja disebabkan kerja, malah Si Dia yang makin hilang dan jauh. Persoalan yang tidak dapat diungkaikan, membuatkan aku terpinga-pinga dalam keadaan tertekan. Mengapakah semua ini terjadi padaku. Apakah salah aku. Aku mengaku memang aku telah melakukan banyak kesalahan bukan pada diri aku sendiri, malah melibatkan orang-orang sekeliling aku. Tetapi itu tidak bermakna aku harus menerima semua tekanan ini. Di waktu aku memerlukannya, mengapa dia semakin hilang dari diriku. Mungkinkah ada kejadian di sebalik semua ini.Aku semakin runsing dan tidak tentu arah.Apakah yang sudah terjadi persoalan yang sering bermain di minda aku.

Kini aku cuba menyelesaikan masalah ini dengan cara aku sendiri.Kerja-kerja yang menanti aku, mampu membantu aku melupakan ini buat sementara.Kadang-kala aku juga runsing bila memikirkan semula semua ini. Siapalah yang mampu membantu aku.Aku tidak mampu menanggung semua ini sendiri.Aku perlukan seseorang menjadi tempat aku meluahkan semuanya.Tetapi hanya kecewa melanda diriku.Telah banyak kali aku mencuba mencari dirinya, tetapi apakan daya aku.Aku tidak mampu.Aku mengharap sangat dia akan muncul kembali.menerangkan semua perkara yang telah berlaku.Mungkin coretan ini mampu membantu aku, itupun jikalau ianya mampu sampai kepadanya.Aku tidak mengharap sangat coretan ini dapat membantu aku, sekurang-kurangnya ia mampu membuatkan aku lega dikala diriku dirundum duka dan lara.kehampaan ini membuatkan diri aku tak selesa.Kerana aku tidak tahu menahu apa yang telah berlaku dan apa yang perlu aku lakukan.I need an answer..Why???

Aku sepatutnya bersyukur dengan apa yang berlaku.Mungkin ada hikmah disebalik apa yang berlaku.Aku tidak mahu hidup begini.Aku harus selesaikannya secepat mungkin ataupun haruskah aku mengabaikan sahaja apa yang telah berlaku.Adakah itu yang patut aku lakukan.Dimanakah jalan penyelesaiannya.Begitulah serba sedikit soalan yang bermain dalam minda aku.Aku tidak seharusnya memikirkan perkara yang bukan-bukan.Mungkin dia ada jawapannya tersendiri.Terpulang kepada aku untuk menerimanya atau tidak.tetapi aku tidak sepatutnya diperlakukan sebegini.Adakah kebaikan diri aku sendiri membunuh diriku.Salahkah aku melakukan kebaikan? Apa yang dimahukan olehnya.Mungkin aku bukan seorang yang sempurna, tetapi aku telah cuba sedaya upya melakukan apa yang terbaik.Aku tidak mungkin menyalahkan diri aku semata-mata.Aku lebih kenal siapa diri aku ini.

Aku memikirkan untuk mengabaikan semua ini buat sementara.Supaya diri aku tidak tertekan sangat dengan perkara-perkara sebegini.Aku harus menyelesaikan kerja-kerja yang menanti aku. Kerja-kerja yang menjamin masa depan aku untuk mendapat kerja yang lebih baik.hidup sebagai seorang pelajar banyak memberi tekanan pada aku.Exam pun semakin hampir.Aku masih belum menyiapkan diri aku untuk semua itu.Walaupun dalam kesibukan semua ini, aku masih ada rasa sedikit terhibur dengan kemenangan Man utd semalam.Mungkinperkara ini dapat membuatkan aku melupakan perkara2 ini.

0 Response for the "Hidupku (30/3/08)"

Related Posts with Thumbnails