~CuCuK AnGiN~

~Taukeh~

JLBM 2009 #2 : Berita Tergempar

Aksi ngeri sebelum seorang Metador
yang agak

berani menerima kilasan dari seekor lembu yang
sepatutnya menjadi sasarannya.



Sepanyol 22Feb. -Seluruh penduduk Sepanyol tergempar apabila menerima khabar berita mengatakan seorang Metador menjadi sasaran lembunya sendiri di dalam aksi yang cukup mengerikan. Kejadian tersebut berlaku di tengah-tengah padang sasar tempat Metador tersebut bersama lembunya beraksi. Kejadian ini disaksikan beribu-ribu penonton yang tergamam pada aksi yang ditunjukkan oleh lembu itu.

Pada awalnya lembu itu tidak menunjukkan sebarang aktiviti agresif cuma berlari-lari dari timur ke barat. Di katakan , Metador tersebut dapat mengawal sepenuhnya pergerakan lembu itu tanpa melakukan sebarang kesilapan.

Setelah 15 minit berulang alik, lembu tersebut mula menunjukkan tindakan yang lebih agresif apabila mula menuju lebih laju ke arah Metador. Seperti sebelum ini, Metador itu tetap nampak yakin sambil mengibar-ngibarkan kain merah jambu yang berada di tangannya. Malang tidak berbau apabila lembu tersebut tidak seperti selalunya. Ia tidak menembusi kain merah jambu tersebut tetapi ia berhenti secara drastik dan melompat ke arah Metador. Aksi yang luar biasa kian menjadi lebih pelik apabila lembu itu berpusing ke arah Metador seperti membuat pertunjukan menarik kepada para penonton.

Sejurus selepas itu, terjadi perkara ngeri yang tidak diingini. Lembu itu telah menghempap badan Metador tersebut tanpa sebarang belas kasihan. Di laporkan Metador itu kini dalam keadaan stabil tetapi masih diawasi di wad ICU.

Lembu itu tidak mengalami sebarang kecederaan selepas adegan itu. Dilaporkan lembu itu kian tenang selepas kejadian ini.

Lembu tersebut telah dikuarantin dan ditahan oleh pihak berkuasa untuk tujuan tindakan selanjutnya. Lembu itu disyaki telah disuntik dadah oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang telah membuatkan lembu itu menjadi terlalu agresif dengan membuat aksi yang tidak pernah dilihat oleh sesiapapun di muka bumi ini. Perkara ini masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Pihak Olimpik juga telah mengesahkan kejadian ini. Mereka telah mengambil sampel darah lembu tersebut malah mereka telah menyatakan hasrat untuk mengambil lembu itu untuk tujuan risikan. Mereka berharap dapat mengetengahkan bakat yang terdapat dalam lembu itu.

0 Response for the "JLBM 2009 #2 : Berita Tergempar"

Related Posts with Thumbnails