~CuCuK AnGiN~

~Taukeh~

Assalamualaikum..

Tepanggil di dalam hati kecil ini untuk menyertai sekali lagi JomLayan Blogger mania musim ke-3. Walaupun tidak ada rezeki untuk aku pada musim ke dua disertakan dengan perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan, apa pun yang lepas telah berlalu. Lakukan dengan bersungguh-sungguh untuk akan datang.

Photobucket

Secara jujurnya, 14 jam sebelum tarikh tutup serahan tugas aku baru membaca tajuk tugasan. Agak sibuk dengan kehidupan seharian ini.Apa pun, masih ada masa untuk aku menyiapkan tugasan yang diberikan.Tugasan yang diberikan harus diselesaikan.Itulah kehidupan.

Blog yang aku suka.....

Pertama sekali ingin aku nyatakan di sini blog yang paling aku suka dan sering aku kunjungi adalah blog aku sendiri. Pada pendapat aku, blog aku adalah blog yang amat menarik hati aku sendiri, kerana aku hiasinya dengan perkara-perkara yang aku suka. Kadang kala, bagi aku blog aku adalah teman aku.Ia juga menjadi tempat luahan perasaan aku dikala aku sedang bergembira mahupun bersedih. Aku akan berasa lega dan puas selepas meluahkan semua perasaan aku pada blog aku.

KeHiDuPaN vs AkU

Diari aku, kesukaan aku, Manchester United dan kesemuanya mengenai aku ada di dalam blog aku sendiri.Jika bukan aku sendiri menyukai blog aku, siapa lagi yang ingin aku harapkan? Benar bukan. Biarlah hanya aku sendiri menyelami perasan aku sendiri melalui blog aku.

Blog kedua yang sering aku kunjungi adalah blog abang kandung aku. Erm, mungkin kamu semua akan berfikir aku gemar mengunjunginya kerana dia adalah abang aku. Tidak semata-mata kerana itu. Aku gemar membaca coretan dalam blog dia kerana kadang-kadang ianya mengajar aku bagaimana untuk berfikir secara lebih rasional dalam kehidupan. Sebabkan, dalam fikiran kita ada percanggahan dengan emosi. Adakah benar kita menurut emosi atau rasionalkah kita? Itu sering menjadi persoalan dalam fikiran aku.

Walaupun dia adalah Naib Juara JLBM 2008, itu tidak mempengaruhi fikiran aku sama sekali. Jika blog itu dapat menambah ilmu pengetahuan itu dah cukup bagi aku.

Rasional & Emosional

Diari seseorang yang dinyatakan dalam blog juga kadang kala mengajar kita erti kehidupan ini yang sebenarnya. Selalunya apa yang dialami oleh orang lain akan dialami oleh diri sendiri juga. Aku minat pada blog yang menyatakan perkara yang terjadi pada mereka seharian.Seperti juga apa yang dinyatakan dalam blog aku. Kehidapan Vs Aku.Bagaimana aku melawan onak dalam kehidupan kita ini.

Pada asasnya aku mengemari sesuatu blog itu adalah kerana kekuatan isi didalam coretan tersebut. Hiasan blog adalah perkara kedua. Susunan ayat yang betul dan mudah difahami dah cukup. Tetapi hiasan yang terlalu banyak atau disebut "link" kadang kala membuatkan fikiran menjadi kusut. Ringkas dan cantik dah cukup, tidak perlu diletakkan terlalu banyak hiasan sehingga menyukarkan pembaca blog lain berasa rimas dan tidak selesa.


Blog yang aku tidak suka......

Kebanyakkan blog yang aku kunjungi, mereka sering menggunakan bahasa yang terlalu singkat sehingga kadang-kala sukar untuk aku memahami coretan yang ingin disampaikan. Itu bermakna kekuatan sesuatu isi cerita itu tidak sampai kepada pembaca. Itu yang membuatkan aku tidak suka untuk membaca coretan sebegitu.

Mungkin itu hak mereka untuk menulis sebegitu, cuma pada pendapat aku memang tidak sesuai jika menulis sesuatu coretan dalam blog menggunakan ayat-ayat yang terlalu ringkas sehinggakan aku merasa meluat untuk meneruskan pembacaan.

Ada juga yang menggunakan blog sebagai tempat untuk meluahkan perasaan marah. Itu boleh dan dibenarkan, tetapi aku memang tidak suka jika sesuatu blog itu disertakan dengan ayat-ayat yang lucah ataupun mencarut. Benar mereka ingin menunjukkan kemarahan, tetapi begitukah amalan kita? Blog ini bukanlah satu "medium" untuk kita meluahkan perasaan amarah dengan perkataan yang tidak elok.

Bagi aku isi kandungan sesuatu blog amatlah penting sekali. Isi dalam coretan mereka yang menunjukkan kekuatan sesuatu blog tersebut. Itu yang membuatkan pembaca akan terus meneruskan pembacaan ataupun berhenti setakat itu sahaja. Semuanya terpulang kepada blogger dan pembaca itu sendiri.

0 Response for the "JLBM 2009 #1 : Blog yang aku suka & Blog yang aku tidak suka"

Related Posts with Thumbnails