~CuCuK AnGiN~

~Taukeh~

8/5

hari aku dah kembali normal..sume kembali seperti sediakala..Hari ni aku xcukup tido..sudah 3 hari berturut2 macam ni..Semalam sibuk dengan final exam dan jugak exam speaking MUET.. aku xnak fikirkan sgt pada MUET tu..Well, i Didn't do my best..Its ok. Pagi ni pun aku cuma tido sejam je.Sebab aku nak final exam yang terakhir untuk aku..Selama aku belajar di GMi ni, ini adalah final exam yang terakhir untuk aku..

Agak penat.Projek FYP aku agak tergendala sedikit akibat kekurangan masa untuk pergi menyiapkannya.Mungkin dalam fikiran aku, aku tak yakin projek ni boleh siap pada masa yang ditetapkan..Erm..Tapi aku akan cuba sedaya upaya aku untuk cuba menyiapkan jugak pada masa yang ditetapkan..

Exam pagi tadi agak susah jugak bagi aku.Masa yang diberikan 2 jam aku guna sebaik mungkin.Pandangan mata aku hanya memandang paper exam je.2jam yang agak memeritkan.Tapi aku gagal jugak untuk menyiapkan semua soalan. Ramai dari rakan-rakan aku ada juga merungut akibat daripada kekurangan masa yang diberikan.Well, Aku berpendapat yang sama juga.Ada kebenaran dari situ.

Sabtu ni aku ada exam last untuk MUET..dari pagi sampai ke Petang.Terpaksa lah aku memerah otak semula.Anggaplah tu cabaran untuk aku terima.Dalam keadaan mengantuk macam ni, ada baiknya jika aku melelapkan mata. Aku perlukan rehat.Rehat untuk mengembalikan semula tenaga aku.

Tadi ada panggilan dari pihak MARA yang menyatakan proses untuk membuat pinjaman.Agak mendukacitakan jugak untuk aku, sebab antara syaratnya, jika aku ingin membuat pinjaman untuk menyambung pelajaran ke UK, aku perlu ke sana selama setahun dengan duit aku sendiri, dan selepas itu baru berhak untuk memohon.

Nampaknya impian aku untuk ke sana tidak akan kesampaian..Aku rasa dunia ni agak tidak bersikap adil pada aku.mengapalah aku ni susah sgt nak mendapat peluang menyambung pelajaran lagi..Adakah aku memang x layak.Usaha keras yang aku lakukan selama ini adakah tidak mampu untuk membuka sedikit peluang harapan untuk aku mencapai cita-cita aku.

Dah bukan rezeki aku.Bagaimana aku melalak atau menyalak, keadaan tetap tidak berubah.Mungkin ini sahaja yang mampu aku capai.Aku kene redha pada Qada' dan Qadar.Itu yang akan aku cuba lakukan.

Masih x nampak peluang untuk aku belajar atau bekerja kelak.Aku tidak mahu hanya duduk dirumah menunggu ibu bapa aku menyuap makanan untuk aku.sekurang2nya aku perlu bekerja. Hanya sam,pai bulan 6 saja aku akan habis belajar dari GMi..pada masa akan datang, masih samar2 bagi aku..

0 Response for the "8/5"

Related Posts with Thumbnails