~CuCuK AnGiN~

~Taukeh~

MUROC (Malaysia University Robot Competition)

Sorry pada korang-korang semua..

Mood aku nak memblog menghilang entah kemane..Bukan aku xbukak blog ni, ada je masa nak bukak..Tekan je shortcut key bukak blog, then aku blur..

Blur...

Apa yang patut aku buat pada blog aku..Mood yang dulu yang memang rajin mengupdate blog setiap hari , tapi sekarang entah kemana.. Semangat yang dulu dah menghilang bila rakan atau teman baik blog aku tu dah jauh menyusuri jalan hidup dia sendiri..

Anyway tu cerita lame..

*******************************************************

Well, aku nak update sikit pasal hidup aku baru-baru ni bila aku dapat join menjadi peserta untuk MUROC (Malaysia University Robot Competition)yang berlangsung di UNIMAP Perlis.. Dari nama pertandingan tu pun rasa nye korang mestilah leh agak kan pertandingan untuk apa..Kecuali korang xtau english..Mesti tau English an...Kehkeh...

Jadik aku sebagai peserta dan team kami elah berjaya menyiapkan sebuah robot yang sedia untuk bertanding ketangkasan memanjat tali menyerong setinggi 5meter dan sepanjang 6meter (aku rasa ar)..



Robot yang kanan sekali adalah design group kami (Robot asal)...Selain dari tu adalah design group yang lagi satu..Just untuk display sahaja...Jadi setelah dikaji performance (apa ekk bahasa melayu dia), kitorang dapat capai masa 31saat. So dengan confident dan yakinnye rasa cam dah cukup laju..

Then sampai je kat UNIMAP, nak tengok Universiti lain punye robot..Punyelah terkejut beruk bile dapat tau robot dorang dapat sampai atas dengan ambil masa 4 saat je..Memasing muke dah moral down..Dalam hati cume kata..

"Bro..Jom balik Melaka..kita xlayak lawan kat sini"


Secara average robot-robot universiti lain untuk Rope Climbing robot sume average 15 saat... Separuh masa kalau nak banding ngan robot kami...Tapi bak kata orang melayu, "Berpantang maut sebelum ajal".. Maksud aku kat sini, maknanye kitorang fight dulu ar..Kalah menang belakang cter..Tu rezki masing2..

Mungkin korang blur-blur skit an...Ni haa aku nak tunjuk field untuk Rope Climbing Robot


So mission nye senang, dia bagi seminit untuk setting robot pada tali, then 3 minit untuk panjat ke atas..Apabila menyentuh plate haruslah berhenti..Everything clear??? Understood?.. Ok Good...

**********************************************************************

Ok berbalik semula pada cerita tadi, disebabkan robot bebudak University lain sume laju-laju belaka, so malam tu kitorang decide untuk buat robot baru.. Xkisah ar xtido malam ke, apa ke, yang penting kitorang xnak kalah bodoh..Kalau nak kalah pun, biar bermaruah..

Jadi secara drastik nye, malam untuk testing robot kitorang terus beredar balik ke Hostel semata-mata nak menyiapkan robot baru...

Gambar pukul 4pagi... 4jam sebelum pertandingan (Sori guwa pakai kain pelikat je)

Akhirnya pada pukul 5 pagi kitorang berjaya gak menyiapkan sebuah lagi robot baru setelah melakukan beberapa perubahan semata-mata nak merekod masa baru..Semacam xdisangka, kitorang berjaya cut time separuh dari masa asal sehingga hanya 15saat sahaja untuk sampai ke penamat...

Ni gambar robot baru..


Robot yang baru digunakan untuk memasuki pertandingan walaupun hanya siap 2-3jam sebelum bertanding..Perubahan dari yang lama adalah ianya ada mekanisme self lock mampu naik tetapi xleh turun. Masa yang dicatatkan 15saat naik 4.5meter panjang.. Hanya menggunakan 2 servo motor yang dikawal untuk mekanisme pergerakan body.

Ni gambar robot lama tapi still ada keistimewaan..


Robot lama mampu naik dan turun tali tanpa (self lock) maksudnya kitorang ada buat auto lock menggunakan gripper yang dikawal oleh servo motor.Jadi xmerosakkan condition tali...Robot yang lama ni jugak mampu naik walaupun kedudukan tali menegak 90 degree.. No hal la...dah test kot..Ianya menggunakan 3 servo motor (2 servo for both gripper & single servo for body)


Ni bukan result penuh...Dari gambar ni korang leh nampak UTeM tempat ke3 dalam kumpulan, xberjaya masuk ke separuh akhir..Tapi kalau penganjur ada buat suku akhir, kompem kitorang leh masuk & try modified lagi robot ni..Anyway, maybe next time kite compete lagi.. Result penuh Utem 8 win 3 lose..

Any way thanks untuk Muroc Rope Climbing Robot UTeM Team..

Sorry gambar Subhan (Cameraman) xmasuk...

Selamat tinggal Perlis...Selamat tinggal LO..haha...

Selamat untuk korang..

2 Response for the "MUROC (Malaysia University Robot Competition)"

  1. xde komen pun..haiya..

     
  2. Unknown says:

    Assalamualaikum, saye pun pernah join MUROC dari UiTM, game memang menarik, anyway try join game fire fighting, lebih mencabar sebab perlu ade sensor, actuator n strategy.. :) kalau perlukan consultant bleh contact saye..
    Idris: 019-2619140

     
Related Posts with Thumbnails