~CuCuK AnGiN~

~Taukeh~

Palestine..


Wahai Muslim!!
Lihatlah betapa murahnya harga darah kalian. Bukankah Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam pernah bersabda: “Darah umat Muslim lebih berharga dibanding Ka’abah dan sekitarnya.” Namun hari ini darah umat kembali tumpah membasahi bumi Palestine, Iraq dan Afghanistan tanpa satu pun pembalasan. Karena begitu murah nyawa kaum muslim di Iraq, Amerika pun dengan mudahnya mengakui untuk berhenti menghitung angka rakyat Iraq yang terkorban!

Wahai Muslim!!
Kami tahu darah kalian mendidih dan menderita sekali lagi. Inilah saatnya untuk menggembeleng tenaga dan kekuatan untuk bekerja kearah menggantikan penguasa boneka dengan mengangkat seorang pemimpin, iaitu Khalifah. Khalifah adalah pemimpin, dimana ia adalah pelayan kalian dan bekerja semata-mata untuk kepentingan kalian . Beliau akan menghapuskan sempadan-sempadan buatan kuffar yang memisahkan tanah-tanah kaum muslim dan menyatukannya dalam sebuah negara besar iaitu negara Khilafah. Hanya dengan itu, sketan melalui laut terhadap Gaza boleh dihentikan, hasil wang sumbangan umat Islam boleh disalurkan, dan seluruh penduduk Gaza baik lelaki, perempuan mahupun anak-anak dapat dilindungi dari kebiadaban Israel.


لبَّيْكَ اللَّهُمَّ وَمَلايِينٌ تَنْتَظِرُ تَلْبِيَةَ النِّداءِ وَلَمْ يَمْنَعْها مِنَ التَّلْبِيَةِ الْمالُ وَالْوَلَدُ بَلْ مَنَعَهُمْ حُدُودٌ وَحَواجِزٌ وَصَدُّ طُغاةٍ جَبابِرَةٍ تَحَكَّمُواْ بِالرِّقابِ وَالْعِبادِ .


Ya Allah! Kami siap mengabdi untuk-Mu, dan jutaan telah siap memenuhi panggilan jihad di jalanMu. Bukan dana maupun pemuda yang menjadi penghalang kami, namun perbatasan dan rintangan penguasa Taghut yang memasung kami..

Palestine..

Sejarah Palestin menyingkap sejarah Islam sejak dari Rasul yang pertama lagi, ADAM AS, hinggalah Rasul yang terakhir, Muhammad SAW. Palestin adalah bumi para Rasul yang diutuskan dengan ajaran Islam

(Laa ilaaha illallah)


Palestine..

Ia adalah bumi yang suci di mana ramai daripada para Rasul AS dilahirkan dan wafat, termasuklah Ibrahim AS, Lut AS, Daud AS, Sulaiman AS, Musa As dan Isa AS. Biarpun Daud AS dan Sula

iman AS telah berjaya menegakkan kerajaan Islam di Palestin berasaskan perundangan yang ditetapkan oleh Allah SWT, seperti yang dinyatakan di dalam Al-Qur'an, keturunan mereka telah menyimpang daripada jalan-Nya yang lurus itu, melanggar segala hukuman yang ditetapkan oleh Allah SWT lantas mereka telah dihukum oleh Allah SWT dengan pelbagai hukuman termasuklah dinyahkan dari bumi suci itu.


Baitul-Maqdis adalah tempat Isra' dan Mi'raj Rasulullah SAW.


Palestin kembali di bawah kekuasaan umat Islam pada zaman pemerintahan Umar ibn al-Khattab, Khalifah kedua umat Islam. Palestin lantas dijadikan sebahagian dari Negara Islam dan melaksanakan perundangan Islam. Perundangan yang baru ini diterima baik dan disokongi oleh bukan sahaja umat Islam, tetapi juga oleh orang-orang Yahudi dan Kristian yang tinggal di Palestin. Sebelum kemenangan Islam, mereka berada

di bawah pemerintahan kuku besi kerajaan Byzantine. Kerajaan Kristian Byzantine juga menindas penduduk orang-orang Kristian di situ kerana mereka berlainan aliran. Kerajaan Islam bagaimanapu

n, menjanjikan keadilan kepada semua penduduk tanpa mengira agama dan aliran kefahaman.



1099 Masihi. Palestin ditakluki oleh tentera Salib Eropah dan dijajah selama hampir satu abad. Ketika penjajahan tersebut, pembunuhan beramai-ramai dan penindasan yang dahsyat dikenakan ke atas umat Islam, pendudk Yahudi dan penduduk Kristian asal di situ.


1187 Masihi. Palestin dibebaskan oleh umat Islam di bawah pimpinan Salahuddin Al-Ayubi dan perundangan Islam sekali lagi dilaksanakan di bumi Palestin.


1916. Bangsa Arab yang berpemikiran Barat mengumumkan pemberontakan terhadap Khalifah Islam Uthmaniyyah atas hasutan British yang menjanjikan mereka negara-negara 'Arab' bagi menggantikan Negara 'Islam'.


1917. Kerajaan British mengeluarkan Deklarasi Balfour yang mengumumkan bahawa Palestin adalah tanahair bangsa Yahudi. Pada ketika itu, jumlah penduduk Yahudi hanyalah kira-kira 6% daripada keseluruhan penduduk Palestin dan mereka memiliki hanya kira-kira 2.5% dari keseluruhan tanah Palestin.


1918. Kerajaan British dan sekutu-sekutu mereka dari kalangan nasionalis Arab menjatuhkan Kerajaan Islam Uthmaniyyah. British membahagikan Empayar Islam Uthmaniyyah dan menduduki Palestin. British kemudiannya terus memulakan kempen membawa masuk bangsa Yahudi dari Eropah ke Palestin.


1948. Bangsa Yahudi mahukan penubuhan sebuah negara untuk mereka di bumi Palestin dan m

enamakannya Israel. Beratus ribu umat Islam Palestin dihalau keluar dari Palestin dengan tekanan ketenteraan kumpulan-kumpulan pengganas Yahudi seperti Irgun, Levi dan Haganot yang dibiayai dan diberi kelengkapan senjata oleh tentera British.


1967. Israel menyerang Mesir, Jordan dan Syria serta menduduki lebih banyak kawasan di Palestin termasuklah, buat kali pertamanya, Masjidil-Aqsa. Semenjak hari tersebut, Masjidil-Aqsa telah cuba dihancurkan

oleh mereka dengan cubaan meroboh dan membakarnya. Malah beberapa cubaan untuk meruntuhkannya menerusi terowong-terowong bawah tanah juga telah dilaksanakan. Bangsa Yahudi tahu bahawa Masjidil-Aqsa adalah lambang keislaman bumi Palestin dan mereka mahu menghilangkan segala kesan tamadun Islam dari Palestin.


December 1987. Umat Islam Palestin memulakan kebangkitan (Intifada) di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza menentang penjajahan Yahudi yang berterusan itu. Intifada terus hidup dan bertambah kuat. Walaupun menghadapi ribuan kematian (Shuhada', Insha-Allah) dan kecederaan, umat Islam Palestin tetap cekal memperjuangkan hak dan maruah mereka.


Ya Allah..

Sebagaimana Engkau pernah menghantar burung burung Ababil.

Menghancurkan tentera bergajah Musyrikin.

Maka kami bermohon kepadaMu Ya Allah..

Turunkanlah bantuanmu kepada saudara-saudara SeIslam kami di GAZA..

Hapuskanlah rejim Zionis yang Zalim..

Hanya kepadaMu kami berserah..

Ya Rabbal Allamin..

0 Response for the "Palestine.."

Related Posts with Thumbnails