~CuCuK AnGiN~

~Taukeh~

Trip to Ulu Yam..

Isnin 26 jan 2009. Lima orang rakan menaiki sebuah van dan 4 orang selainnye manaiki sebuah kancil menuju ke hulu Yam Selangor dengan bertujuan untuk bermandi manda telah selamat menunaikan hajat mereka.

Di sana mereka telah menemui satu kawasan strategik untuk melakukan aktiviti terjunan (diving) melalui batu yang agak tinggi mencecah 8kaki. Pelbagai aksi telah ditunjukkan oleh mereka di sana. Ada yang berani melakukan terjunan pusingan (summersault) tetiba ada juga yang kurang berani

Ni pic waktu kitorang mula2 sampai kat sana..Masing2 tak pernah sampai kat sini lagi.So xtau ar kat mana nak mandi..Ramai jugak orang yang datang. So masih mencarik tempat yang sesuai nak mandi..Nak letak barang lagi..Perut dah berbunyik da..Ahakz...

Ni Epin ngan Anas..Berposing sebelum ke tempat mandi..

Well..Ni abang aku.>Sempat gak dia fllow kitorang..nak join sekali katanye..Ahakz..

Epin orang pertama yang masuk merasmikan kesejukan air sungai tu..Mentang2 la dia dah siap2 pakai baju tu...

Ni waktu kitorang masih belum menemui kawasan strategik untuk diving tu..Air pun cetek je..Bosan gler..

Ni selepas kitorang menjumpai kawasan strategik tersebut..Best gler..Air dia dalam.. Tu pic aku selepas buat summersault..(perghh..Sakit beb badan)..

Aktiviti bergambar selepas penat membuat aksi2 berbahaya..
Atas dari kiri (Aku,Abang aku Suhaimi,Maatz,Epin,Pejal)
Bawah dari kiri (Epul,Zariff,Ayer aka Azam)
Anas yang sedang memegang camera..(Takut masuk air)

Ni waktu nak balik..Ayer terjatuh, justeru selepas itu dia memaki batu tersebut..Jangan ikut perangai dia..Haha..

Seronok betul bile bersama2 rakan2..Ntah bile kami dapat bersama2 lagi...

....................................................................................................................................................

Cuti yang bosan

Setiap kali cuti je aku jadi bosan sangatt...Mana orang2lain nie..Sume orang ada aktiviti dorang..

Semua kawan2 aku sms..Ye laa.. Da bosan gler kan..
Well ada yg xbalas sms aku..
Ada yang sibuk pegi dating..
Ciss..

Bosan gler aku duk kat umah jer..
Ada kawan2, tapi kawan2 sibuk...
Ada siDia, tapi...Asyik sibuk ngan hal dia je...

Arghh..Tekanan jugak bila aku cuti nie..

6ixth Sense - Dari Hati

Oh Tuhan
Tolonglah diriku
Aku sungguh menginginkan dia
Tuk mencintaiku
Dan mendampingiku
Di dalam hidupku ini

*
Oh Tuhan
Bukalah hatinya
Untuk melupakan kesalahanku
Yang tlah menjadi duri
Di dalam hatinya
Dan melukai hatinya

Reff:
Tolonglah
Dekap aku
Yang melukaimu
Aku ingin
Engkau tahu
Aku slalu cinta padamu


Aku tlah menyesalinya
Semua

Dewa - Selimut hati



Aku kan menjadi malam-malammu..Kan menjadi mimpi-mimpimu
Dan selimuti hatimu..yang beku..
Aku kan menjadi bintang-bintangmu..Kan slalu menyinarimu..
Dan menghapus rasa rindumu..yang pilu..

Reff: Aku bisa untuk menjadi.. apa yang kau minta..
Untuk menjadi apa yang kau impikan
Tapi ku tak bisa menjadi dirinya.

Aku kan menjadi embun pagimu..yang kan menyejukkan jiwamu..
Dan kan membasuh hatimu..yang layu

Back to Reff.

Tinggalkan sejenak lalumu..beri s'dikit waktu..
Kepadaku..tuk meyakinkanmu...

Palestine..


Wahai Muslim!!
Lihatlah betapa murahnya harga darah kalian. Bukankah Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam pernah bersabda: “Darah umat Muslim lebih berharga dibanding Ka’abah dan sekitarnya.” Namun hari ini darah umat kembali tumpah membasahi bumi Palestine, Iraq dan Afghanistan tanpa satu pun pembalasan. Karena begitu murah nyawa kaum muslim di Iraq, Amerika pun dengan mudahnya mengakui untuk berhenti menghitung angka rakyat Iraq yang terkorban!

Wahai Muslim!!
Kami tahu darah kalian mendidih dan menderita sekali lagi. Inilah saatnya untuk menggembeleng tenaga dan kekuatan untuk bekerja kearah menggantikan penguasa boneka dengan mengangkat seorang pemimpin, iaitu Khalifah. Khalifah adalah pemimpin, dimana ia adalah pelayan kalian dan bekerja semata-mata untuk kepentingan kalian . Beliau akan menghapuskan sempadan-sempadan buatan kuffar yang memisahkan tanah-tanah kaum muslim dan menyatukannya dalam sebuah negara besar iaitu negara Khilafah. Hanya dengan itu, sketan melalui laut terhadap Gaza boleh dihentikan, hasil wang sumbangan umat Islam boleh disalurkan, dan seluruh penduduk Gaza baik lelaki, perempuan mahupun anak-anak dapat dilindungi dari kebiadaban Israel.


لبَّيْكَ اللَّهُمَّ وَمَلايِينٌ تَنْتَظِرُ تَلْبِيَةَ النِّداءِ وَلَمْ يَمْنَعْها مِنَ التَّلْبِيَةِ الْمالُ وَالْوَلَدُ بَلْ مَنَعَهُمْ حُدُودٌ وَحَواجِزٌ وَصَدُّ طُغاةٍ جَبابِرَةٍ تَحَكَّمُواْ بِالرِّقابِ وَالْعِبادِ .


Ya Allah! Kami siap mengabdi untuk-Mu, dan jutaan telah siap memenuhi panggilan jihad di jalanMu. Bukan dana maupun pemuda yang menjadi penghalang kami, namun perbatasan dan rintangan penguasa Taghut yang memasung kami..

Palestine..

Sejarah Palestin menyingkap sejarah Islam sejak dari Rasul yang pertama lagi, ADAM AS, hinggalah Rasul yang terakhir, Muhammad SAW. Palestin adalah bumi para Rasul yang diutuskan dengan ajaran Islam

(Laa ilaaha illallah)


Palestine..

Ia adalah bumi yang suci di mana ramai daripada para Rasul AS dilahirkan dan wafat, termasuklah Ibrahim AS, Lut AS, Daud AS, Sulaiman AS, Musa As dan Isa AS. Biarpun Daud AS dan Sula

iman AS telah berjaya menegakkan kerajaan Islam di Palestin berasaskan perundangan yang ditetapkan oleh Allah SWT, seperti yang dinyatakan di dalam Al-Qur'an, keturunan mereka telah menyimpang daripada jalan-Nya yang lurus itu, melanggar segala hukuman yang ditetapkan oleh Allah SWT lantas mereka telah dihukum oleh Allah SWT dengan pelbagai hukuman termasuklah dinyahkan dari bumi suci itu.


Baitul-Maqdis adalah tempat Isra' dan Mi'raj Rasulullah SAW.


Palestin kembali di bawah kekuasaan umat Islam pada zaman pemerintahan Umar ibn al-Khattab, Khalifah kedua umat Islam. Palestin lantas dijadikan sebahagian dari Negara Islam dan melaksanakan perundangan Islam. Perundangan yang baru ini diterima baik dan disokongi oleh bukan sahaja umat Islam, tetapi juga oleh orang-orang Yahudi dan Kristian yang tinggal di Palestin. Sebelum kemenangan Islam, mereka berada

di bawah pemerintahan kuku besi kerajaan Byzantine. Kerajaan Kristian Byzantine juga menindas penduduk orang-orang Kristian di situ kerana mereka berlainan aliran. Kerajaan Islam bagaimanapu

n, menjanjikan keadilan kepada semua penduduk tanpa mengira agama dan aliran kefahaman.



1099 Masihi. Palestin ditakluki oleh tentera Salib Eropah dan dijajah selama hampir satu abad. Ketika penjajahan tersebut, pembunuhan beramai-ramai dan penindasan yang dahsyat dikenakan ke atas umat Islam, pendudk Yahudi dan penduduk Kristian asal di situ.


1187 Masihi. Palestin dibebaskan oleh umat Islam di bawah pimpinan Salahuddin Al-Ayubi dan perundangan Islam sekali lagi dilaksanakan di bumi Palestin.


1916. Bangsa Arab yang berpemikiran Barat mengumumkan pemberontakan terhadap Khalifah Islam Uthmaniyyah atas hasutan British yang menjanjikan mereka negara-negara 'Arab' bagi menggantikan Negara 'Islam'.


1917. Kerajaan British mengeluarkan Deklarasi Balfour yang mengumumkan bahawa Palestin adalah tanahair bangsa Yahudi. Pada ketika itu, jumlah penduduk Yahudi hanyalah kira-kira 6% daripada keseluruhan penduduk Palestin dan mereka memiliki hanya kira-kira 2.5% dari keseluruhan tanah Palestin.


1918. Kerajaan British dan sekutu-sekutu mereka dari kalangan nasionalis Arab menjatuhkan Kerajaan Islam Uthmaniyyah. British membahagikan Empayar Islam Uthmaniyyah dan menduduki Palestin. British kemudiannya terus memulakan kempen membawa masuk bangsa Yahudi dari Eropah ke Palestin.


1948. Bangsa Yahudi mahukan penubuhan sebuah negara untuk mereka di bumi Palestin dan m

enamakannya Israel. Beratus ribu umat Islam Palestin dihalau keluar dari Palestin dengan tekanan ketenteraan kumpulan-kumpulan pengganas Yahudi seperti Irgun, Levi dan Haganot yang dibiayai dan diberi kelengkapan senjata oleh tentera British.


1967. Israel menyerang Mesir, Jordan dan Syria serta menduduki lebih banyak kawasan di Palestin termasuklah, buat kali pertamanya, Masjidil-Aqsa. Semenjak hari tersebut, Masjidil-Aqsa telah cuba dihancurkan

oleh mereka dengan cubaan meroboh dan membakarnya. Malah beberapa cubaan untuk meruntuhkannya menerusi terowong-terowong bawah tanah juga telah dilaksanakan. Bangsa Yahudi tahu bahawa Masjidil-Aqsa adalah lambang keislaman bumi Palestin dan mereka mahu menghilangkan segala kesan tamadun Islam dari Palestin.


December 1987. Umat Islam Palestin memulakan kebangkitan (Intifada) di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza menentang penjajahan Yahudi yang berterusan itu. Intifada terus hidup dan bertambah kuat. Walaupun menghadapi ribuan kematian (Shuhada', Insha-Allah) dan kecederaan, umat Islam Palestin tetap cekal memperjuangkan hak dan maruah mereka.


Ya Allah..

Sebagaimana Engkau pernah menghantar burung burung Ababil.

Menghancurkan tentera bergajah Musyrikin.

Maka kami bermohon kepadaMu Ya Allah..

Turunkanlah bantuanmu kepada saudara-saudara SeIslam kami di GAZA..

Hapuskanlah rejim Zionis yang Zalim..

Hanya kepadaMu kami berserah..

Ya Rabbal Allamin..

Saturday 17/1/09

Pagi yang panas.Pagi2 sabtu sama sahaja. Rupa yang sama, keadaan yang sama, bau rasa semua yang sama. What a mess.

Bangun ke arah meja computer aku. Dalam seminggu aku jumpe meja aku ni 2hari je.. 5 hari yang lain semua untuk ISC (tempat keje aku)..
Bersepah meja.. Well aku ni bukan jenis yang rajin nak mengemas nie.. Kalau nak mengemas pun I'll do in one shot.. Sekali kemas semua sekali..Tapi jarang2 sekali lah..

Well.. Dah bosan sangat pagi2 sabtu aku xtau apa perlu aku lakukan..Walaupun ada beberapa perkara bermain di minda aku..Aku tolak ke tepi..Penat rasanye memikirkan semua tu..

Kotor nye kereta abg aku..Erm..Terniat juga dihati aku untuk mengelap kereta..
Lama juga abg aku dah tinggalkan kereta ni di rumah..

Aku pun jarang menggunakan kereta nie..Bagus jugak aku dah lap skit..At least nampak la jugak dia berkilat..

Teringin jugak di hati aku nie nak bawak kereta ni bersama aku di KL.
Tetapi memikirkan keadaan kereta ni yang kurang memuaskan, then aku batalkan niat aku..Lagipun aku ni bukannye gaji banyak sgt untuk berkereta..


Setelah bosan aku pun mengemaskan diri nie..Masih dalam keadaan bosan.Aku pun tolong mak aku kerja dapur sedikit..Lelaki pun jarang ke dapur..Aku just give a hand skit..Kesian tgk mak aku buat keje sorang2..

Masih lagi bermain di fikiran aku..Si Dia macam dah melupakan aku terus.. Sibuk dengan kerja..Seminggu 7 hari bekerja.. Siapalah aku untuk menghalang dia..Biarlah dia dengan hidupnye..Mungkin kehadiran aku hanya mengganggu sahaja..

Malam tu aku ikut famili aku beli barang2 keperluan di carrefour n pasar malam..
Just nak hang around with my family..Bukan senang aku nak bersama2 mereka..

Balik rumah dah 10 lebih mlm..Aku just pk nak tengok EPL je..(man Utd)
man Utd menang 1-0.. Thanx to Berbatov.. Puas hatii..haaaahaaa....

What a day....

"Tawar Hati.."

"Em,sori Baru pas mandi.Balik kul 10 td.."

"Esok keje ke.."

"Keje.Kene keje. Tadi mesin rosak. Production tak cukup.Kilang sebelah nak kuarkan susu x cukup tin. Lagipun 2 orang je yang tau wat kat tempat ### tu yang lain tak tau sangat.."

"Oo, yeke.. Ingatkan nak ajak ### kuar esok.Tp nampaknye tak boleh la.."

"Em, Mintak maaf abg, bulan ni order kilang naik mendadak. Tu yang terpaksa OT. Berat badan pun dah turun 3KG.Mata pun dah gelap.X ckup rehat kot.."

"Abang sebenarnya rindukan ###.."

"Em, ### xtau nak cakap macam mana. ### mintak maaf xboleh layan abg macam dulu.."

"### sayang abg??.."

"Kenape tanye.."

"Em, Saje. X boleh jawab ke?.."

"Em, tak tau dah. Cam dh tawar hati je. Hati ### cam dah kering.."

"### x sayang abg?.."

"### mintak maaf. Bile ### pkkan abg hati rase sedih n sayu je.."

"Knape? ### bencikan abg? Pls berterus terang..."

"Syg..Pls jawab.."

Semunya terhenti di situ.Hati yang sebak menyelubungi..

Sepi tanpa cinta

Baru-baru ni aku ada pinjam novel dari seorang akak..Nama dia kak nieza..Thanx kak...

Sinopsis : SEPI TANPA CINTA
HAZIQAH mempunyai impian untuk hidup bahagia di samping Yusri. Namun, tiada siapa menyangka di saat hari bahagia itu bakal menjelma, ada yang membuat onar sehingga kesucian dirinya dipersoalkan. Lantaran itu, pelamin angannya musnah bersama harapan dan hatinya hancur umpama terhempas!
Namun, Haziqah nekad. Majlis perlu dilaksanakan. Yang penting, fitnah dapat ditamatkan. Biarpun Fakrul tidak pernah dicintai, dia rela asalkan kesucian dirinya dapat dibuktikan. Tetapi malang, perkahwinan yang tercipta itu hanya menambahkan penderitaan yang sedia tergalas di bahu. Dia dikeji dan digantung tak bertali!


Bagi Fakrul, cintanya bukan untuk Haziqah tapi masih untuk Azura. Gadis pertama yang dicintainya... tetapi kecurangan Azura menambahkan kebenciannya kepada Haziqah. Dia benci pada perempuan yang tidak setia. Namun, pertemuan kedua antara Fakrul dan Haziqah membuatkan dia mula yakin bahawa Haziqah adalah miliknya. Bukan Yusri mahupun Hafiz... sepupunya.


Mampukah Haziqah menyambut huluran cinta Fakrul setelah dirinya puas dihina? Haziqah tidak mahu pisang berbuah dua kali! Baginya, kedukaan lalu masih bertapak utuh di hatinya. Cukuplah sekali...


Ringkasan Cerita:

Percintaan terjalin selepas perkahwinan. Itulah tema dalam novel ini. Bermula dengan kahwin terpaksa antara Haziqah dan Fakhrul. Haziqah yang sepatutnya melangsungkan perkahwinan dengan Yusri, tetapi pada hari perkawinannya, Yusri memutuskan untuk menarik diri. Bagi menutup malu, Haziqah dinikahkan dengan anak majikan ibunya, Fakhrul yang kebetulan sedang kecewa dalam percintaan.


Pada mulanya Fakhrul membenci Haziqah akibat terpengaruh dengan khabar angin yang mengatakan Haziqah sudah tidak suci lagi, dan dia yang terpaksa menjadi pak sanggup. Dia membiarkan Haziqah selama berbulan-bulan tinggal berasingan di kampung. Haziqah pasrah dengan sikap Fakhrul yang menghukum gantung tidak bertali. Haziqah tertekan dengan keadaanya. Dia difitnah, dan dia hampir hendak melarikan diri dari rumah ibunya, tetapi kedatangan kedua orang tua Fakhrul secara tidak sengaja telah membawa dirinya bersemuka dengan Fakhrul.


Di kampung, Melati yang memang dengki dengan Haziqah, merupakan anak Mak Senah, ibu tiri Haziqah. Bermakna Melati dan Haziqah adalah adik beradik tiri tanpa pengetahuan Haziqah. Sebenarnya Haziqah adalah anak Siti Sakinah, yang ditinggalkan oleh Siti Sakinah kepada Aminah (pengasuh dirumah Fakhrul). Aminah berkahwin dengan adik bapa Haziqah dan tidak mendapat anak, lalu menganggap Haziqah anak tunggal Hassan dan Aminah. Perkara ini tidak diketahui oleh Haziqah sehinggalah Melati menghantar surat layang kerumahnya.


Kebahagiaan Fakhrul mula berputik setelah mendapat nasihat dari kawannya Amirul. Amirul pula berkahwin dengan Radhiah yang bekerja sebagai doktor di kampung Haziqah. Manakala Azura pula kekasih lama Fakhrul, berkahwin dengan Izham, yang kebetulan bekerja dengan Tuan Fuad (bapa Fakhrul). Izham terjumpa dengan Haziqah di Putrajaya semasa Haziqah melarikan diri dari rumah Fakhrul. Izham yang menolong Haziqah pulang ke rumah Tuan Fuad dan kebetulan Tuan Fuad ada di rumah.

Fakhrul cemburu dan egois, terlalu memikirkan diri sendiri, tanpa memikirkan tekanan yang di alami Haziqah. Kehadiran Yusri menuntut semula cinta pada Haziqah dipandang serong oleh Fakhrul. Nyaris-nyaris Fakhrul meninggalkan Haziqah semula.

Peristiwa kebakaran dirumah Aminah, yang sengaja dilakukan Melati telah menyebabkan Haziqah terlantar di hospital dengan keadaan yang terluka. Dia meminta Fakhrul meninggalkan dirinya dan dia tidak mahu kembali ke pangkuan Fakhrul. Saat ini Fakhrul baru tersedar yang sebenarnya dia terlalu banyak membuat hati Haziqah terguris. Dia pergi dan meninggalkan Haziqah, sehinggalah setahun kemudian mereka dipertemukan secara tidak sengaja di pejabat Tuan Fuad dalam urusan perniagaan.

novel melayu
Damya Hanna

Bersediakah aku?

Macam mana dengan masa depan aku?
Takkan aku nak bekerja saja hari2.Keje yang penuh dengan tekanan.
Ketidakadilan lagi. Pengalaman. Kadang kala aku bertanya pada diri aku..

Bersediakah aku?

Orang lain boleh tapi kenapa tidak aku..Kawan2 aku dah terlebih awal ke sana..
Lebih awal dari aku. Aku cemburu?
Mungkin juga.
Melihat kejayan mereka semua, sedangkan aku ini hanya keje makan gaji.

Aku perlukan perubahan..
Perubahan yang bakal bawa aku jauh..

Bersediakah aku?

.......................................................................................................................................................

Si Dia makin jauh dengan aku..Sibuk dengan kerja katanye.
Mengapa dia berubah.
Dulu tak begini.Kadang keegoaan aku mungkin memaksa dia berubah..
Jika benar ada rezeki ku disana, bersediakah aku meninggalkan semua yang telah aku ada di sini..

Si Dia..Sudikah dirinya menanti diri ku..
Arghh.. Makin difikirkan aku makin runsing..

Bersediakah aku?

.........................................................................................................................................................

Sanggupkah aku meninggalkan kerjaya aku disini...
Walaupun dalam hatiku berat untuk meninggalkan semua yang ada di sini..
Aku suka bila bekerja..
Hatiku riang bila berjumpa kawan2 kerja...
Bingung aku memikirkan masa depan aku..

Belum bersediakah aku?

Ya allah...

Related Posts with Thumbnails