~CuCuK AnGiN~

~Taukeh~

Showing posts with label Story. Show all posts
Showing posts with label Story. Show all posts

Rasukan Malam Asrama.. Part 3

Keadaan bilik yang gelap gulita menampakkan hanya sekujur tubuh berdiri tegak bersarung putih kemas ikatan kepala dan kakinya. Dari jauh dah boleh membuatkan sesiapa pun yang melalui kawasan tersebut diserang serangan jantung tahap 3. Sang Kelawar yang berkeliaran di ruangan udara sekolah lantas kembali ke sarangnya dan tidak mahu melibatkan barang sedikit ke atas kejadian ini.

Mail dan rakan yang lain bersiap sedia dari luar dorm pelajar junior dan hanya memerhati Ash yang lengkap bersarung putih berdiri tegak di hadapan katil pelajar junior.

"Inilah saat yang dinantikan selama ini.."


Mail berkata dalam hati.. Membuak-buak dendamnye untuk mengenakan pelajar junior yang dianggap sombong kepada abang-abang senior.

Ash telah bersedia dan mula untuk menjalankan tugas yang telah diberikan.Ash mula membuat bunyi seram sambil melompat kecil mendekati pelajar junior tersebut..Semakin lama, dia semakin hampir dan mula merapatkan muka ke arah pelajar junior yang sedang nyenyak.

"Wuuuu......Wuuuuuuu!.. Huuuuuuuu!!!"


Ash mula berasa sedikit seram kerana setiap bunyi yang dikeluarkan olehnya seperti ada sahutan dari sebelah kanan telinga..Disebabkan Ash dibalut penuh sehingga kepala, lalu beliau tidak nampak apa yang berlaku diluar..Hanya menampakkan samar-samar bayangan sahaja..Tetapi untuk tidak menghampakan rakan-rakan lain yang menunggu luar dorm beliau meneruskan tugas.

"Heeehhh... Heii.....Bangun!!!"



Makin lama makin kuat suara Ash memanggil pelajar Junior tersebut, sejurus selepas panggilan kedua, pelajar tersebut mula menggerakkan badan dan membuka matanya.Alangkah terkejutnya...

"Haah!! Makkkkkkkkkk.!!!!!!!...Waaaa!!!!Xnak....Maaa Tolong maaak.... takut....Waaaaa!!!!"


"Heiiii!!! Aku datang nak nyawaaa!!!!!"


Ash mula menjerit sambil melompat ke arah pelajar tersebut..

"Makkk...Xnak...Xnak...Aku takut...Aku xmau..!!!...Waaa..!"


Teresak-esak pelajar junior tersebut menangis menahan ketakutan yang teramat sangat. Tangan dan kaki mengigil sehingga menampakkan seluar yang basah akibat terkencing ketakutan.Ash menambah lagi..

"Aku nak kau!!! Aku nak bunuh kau!!!!"


"Herkkkk!!!"


Sejurus selepas jeritan dari Ash, pelajar tersebut pengsan selepas jatuh dari katilnya. Mail dan rakan yang lain bergelak sakan dari luar Dorm melihat kejadian yang berlaku ke atas pelajar Junior tersebut. Disebabkan plan mereka berhasil,Mail dan rakan lain mula masuk ke dalam dorm dan mengangkat Ash.

****************************************

Dengan pantas mereka mengangkat Ash untuk balik semula ke pot asal mereka, kerana mereka khuatir Pak Guard atau Warden asrama mendengar jeritan pelajar junior tadi..Sebelum meraka ditangkap, lebih baik mereka cepat melarikan diri..


Disebabkan tangga depan berdekatan dengan bilik Warden, mereka mengambil keputusan mengikut tangga belakang yang agak jauh dari bilik mereka.Sambil bergelak ketawa, mereka mengangkat Ash yang dari tadi senyap membisu..Mungkin disebabkan xtahan gelak atau kepenatan akibat kejadian tadi.

"Lu memang terbaek la Ash..."


Kata Man kepada rakannye Ash..

"Wa memang suke apa lu buat..siap terkencing budak tu..Memang penakut takde telor..Haha..!!


Gelak sakan Man dan Khai mengikuti Mail...

Malam yang senyap sunyi tadi hanya terdengar gelak mereka berempat.Cume Ash yang dari tadi diam sahaja dalam sarung kain putih tersebut.Disebabkan ingin cepat untuk mengelakkan mereka kantoi, mereka pun mempercepatkan langkah. Angin malam yang makin sejuk terbuai dihadapan mereka.Haruman mendahului hidung mereka berempat..

*******************************************************

Dalam sibuk mengangkat Ash, haruman tersebut menggangu langkah Khai dan beliau terus menyuarakan pertanyaan..

"Wehh..Bau apa wangi nie.."


Bukkkkk...Ash terjatuh..

Entah kenape sewaktu mereka menuruni tangga mereka berempat menjumpai ada satu lagi kumpulan yang membuat aktiviti yang sama seperti mereka.Cuma kelima-lima ahli dari kumpulan tersebut xpernah mereka nampak berada disekolah ni.Malah kumpulan tersebut seperti asing bagi mereka.

Seperti terpukau, mereka terlanggar kumpulan tersebut dan Ash yang diangkat tadi terjatuh ke lantai. Mereka saling berpandangan tetapi tidak mampu untuk bersuara apa-apa, mereka hanya mampu untuk mengangkat semula Ash yang jatuh tadi dan meneruskan semula langkah mereka.

Mail yang dari tadi terpinga-pinga mula bersuara sesudah sampai ke dorm mereka.Dengan perlahan mereka meletakkan Ash di atas katil.

"Weh..Tadi tu sape..Kita jumpe group mane ar? Dia leh plak buat plan same cam kita..?"


"Aku pun xtau ar..X terpikir lak aku nak tanye budak tadi tu dorang dari kelas mane.."


Geleng kepala Man dan Khai menandakan tidak tahu.

Dalam keadaan terpinga-pinga, mereka cuba untuk membuka sarung kain Ash yang dari tadi senyap. Setelah buka ikatan dari kepala Ash alangkah terkejut mereka sebab dalam sarung tersebut tidak ada apa-apa.Ash pun tak kelihatan langsung ada didalam sarung itu.Mereka dah mula takut..

"Man...Mane Ash doh..Kan kita yang sarung dia tadi..Ni apsal kosong plak!!?"


Mail yang garang tadi mula takut..


"Aku xtau mail..Tadi memang kita ada balut dia..Aku takut wehh..Mana Ash..!!"


Man dah mula ketakutan..

"Aku rasa sebab kumpulan tadi...Mungkin kita tertukar Ash ngan dorang punye..Kan dorang pun bawak mayat gak tadi..Tapi mane dorang bodoh..!!!!Aku rase dorang amik Ash!!"


Khai dah mula tegas dan ingin mencari Ash rakan karib mereka.Puas mereka berempat pusing dorm sekolah mahupun kawasan kelas namun kelibat kumpulan tadi langsung tak kelihatan. Mereka mula berputus asa dan fajar mula menyinsing pagi.Namun kelibat Ash tetap tidak kelihatan..

***************************************************

Pagi datang menjelma..Kecoh suasana sekolah dengan pertanyaan tentang kejadian mengerikan semalam.Lebih kecoh lagi bila pihak polis campur tangan di atas kehilangan Ash secara tibe-tibe.Pelbagai pihak telah dipanggil untuk mencari kehilangan Ash. RELA ditugaskan masuk ke hutan mencari Ash..

Mail dan rakan-rakan lain nampak lesu dan menyesal di atas perbuatan mereka sehinggakan mengakibatkan kehilangan Ash... Sehingga sekarang kehilangan Ash menjadi tanda tanya. Mail dan rakan lain berpecah dan menghilangkan diri kerana ingin melupakan kejadian yang pernah terjadi kepada mereka..

Sehingga sekarang perkara ini masih misteri..

Sekian..

P/S: Cerita ni aku olah dari cerita member aku..Cume watak adalah rekaan semata-mata..Kehkeh..

Selamat untuk korang..

Rasukan Malam Asrama.. Part 2

Kicauan burung pipit berterbangan mencari cacing di persekitaran kawasan sekolah menyelubungi petang yang mendung. Pelajar-pelajar lelaki masih dipadang bersukan dengan mengamalkan hidup sihat seperti saranan kerajaan untuk beriadah 20minit setiap sesi untuk kesihatan sejagat.Tatkala pelajar perempuan sibuk menyidai pakaian basah di ampaian bersebelahan asrama lelaki. Mail dan rakan-rakannya masih berkumpul membincangkan plan malam ni..

"Camni..Plan dia senang je..Memula, kita balut sorang ngan kain putih tu.Pastu aku nak kita letak betul2 kat tengah-tengah dorm.Tapi nak lagi thrill aku rasa kita letak betul-betul kat depan katil bebudak junior"

Penerangan Mail tentang Prank malam ni..

Man,Khai,Ash dan Din fokus mendengar perancangan dari Mail tanpa mengelipkan mata walau sesaat dua.Cicak di atas siling sambil mengecit-ngecit mula terdiam dan pandang tepat kearah muka Mail yang tersenyum jahat..Tiupan angin kedengaran dikala keadaan sunyi kembali..Din yang dari tadi senyap agak gelisah dan mula bersuara..

"Nanti dulu Mail..Tapi sapa yang nak kene balut??"


"Kita undi ar..Sape yang dapat undi, dia ar kene balut."


Kata Mail kepada rakan-rakannye.


Rakan-rakan lain hanya menganggukkan kepala tanda setuju.. Selepas beberapa ketika..Mail menyediakan beberapa keratan kertas yang salah satu darinya telah ditanda dengan pen merah.

"Jom undi..Ni aku dah buatkan kertas ronyok, sorang amik satu..Sape dapat kertas bertanda, dia ar kene balut nanti..Jadi pocong..Hahaha!!!"


Gelak Mail dengan perancangan prank nya itu.

Selepas undi, ternyata Ash yang bernasib baik kerana mendapat kertas bertanda.

"Yeah..!! Malam ni aku mau kasi sume bebudak Junior terkencing dalam seluar..Adiik-adik semua tunggu..Abg pocong sudah mari.."


Ash bersemangat selepas mendapat undi masuk seperti AFundi masuk dalam rancangan realiti TV Akademi Fantasia.Kalau boleh dia nak julang-julang kertas undi tersebut tanda berbangga. Kebanggaan Ash tidak dapat dibendung lagi dan bersemangat waja untuk melakukan planning tersebut secepat mungkin..

"Ok!.. Malam ni dalam pukul 1pagi sume kumpul kat pot kita...Aku nak pi ready barang-barang semua..Sorang pun xleh tinggal.. Sape xdatang, aku anggap dia xde telor..Paham!"


Arah Mail kepada semua rakan-rakannya..

"Ok Set!"


Semua mengganggukkan kepala tanda setuju dan bergegas beredar dari tempat pengumpulan mereka..Cicak yang dari tadi mengusyar pertemuan mereka pun sudah beredar meninggalkan secebis tahi akibat terlalu terkejut mendengar nada suara Mail yang terlalu lantang..

*****************************************************************

Aaauuuuuuu....

Bunyi salakan serigala datang dari atas bukit bergema beberapa kali disinari cahaya bulan penuh menerangi kawasan sekolah bersebelahan tanah rizab perkuburan... Bunyi angin diselang seli bunyi cengkerik mengerumuni suasana malam.Keadaan asrama sekolah senyap sunyi selepas setiap dorm diarah tutup lampu dan pelajar masuk tidur di katil masing-masing.

Tetapi tidak kepada Mail dan rakan-rakannye. Mereka semua sedang berkumpul di bawah tangga yang mampu memuatkan mereka berlima bagi menyiapkan Ash untuk dibalut dengan kain putih yang dibawa oleh Mail dari rumahnya.. Ash hanya memakai boxer sebelum dibalut dari kaki hinggalah ke kepalanya..

"Wehh korang jangan ikat ketat sangat..Kang aku xleh bernafas plak..Aku nak hidup lagi wehh.."


Pesan Ash pada kawan-kawannye..Walaupun tadi beliau menunjukkan keberanian, tetapi secara tibe-tibe Ash menjadi risau dan xtentu arah.

"Rilek ar..Ko jangan gerak..Kitorang nak ikat ni..Nanti xjadi plak.."


Sementara Man sibuk mengikat bunjut kepala Ash. Akibat terlalu gelap, kepala Ash terhantuk pemegang tangga tersebut sebelum memaki hamun Man tetapi diendahkan Man yang memahami perangai Ash sejak dulu lagi..

"Lembab ar korang ni! Cepat ar skit ikat tu..Aku risau pak Guard kang dia ronda kantoi lak kita..Sia-sia nanti bodo!"


Marah Mail kepada rakan-rakannye sementara mengusyar line melihat-lihat jika ada kelibat pak guard yang selalunye akan meronda pada waktu tengah malam begini.

"Okeh dah Siap.."



"Angkat Ash skang...Try bangunkan dia..Ash ko try lompat tengok, leh tak..Aku nak nampak ko jadi real macam pocong..Kehkeh..."


Bersusah payah Ash nak membiasakan diri dengan ikatan kain putih pada keseluruhan badannya itu. Setelah beberapa kali jatuh dan dibangunkan semula oleh rakan-rakannye, akhirnya Ash berjaya membiasekan diri dengan kain tersebut..Kini dia mampu berdiri dan melompat sedikit..

"Ok wa dah ready"


*************************************************************

Mereka berempat kemudian mengangkat Ash seperti yang dirancangkan.Cara mengangkat Ash tidak ubah seperti mengusung jenazah sebelum dikebumikan.Cume yang membezakan adalah Ash masih lagi hidup seperti manusia normal dan belum bersedia untuk ke alam barzakh. ( kurang amalan nie)

"Shuhhh.."

Dengan meletakkan jari telunjuk di bibir, Mail mengarahkan rakan-rakan nye senyap dan beliau ingin memastikan semua pelajar junior sudah nyenyak tidur..Jam menunjukkan pukul 2.33pagi dan ini adalah masa yang sesuai untuk segalanya.

Ash didirikan betul-betul berhadapan katil seorang pelajar junior. Setelah semua pun dah bersedia, Ash sudah mula mau beraksi.

"Ash, aku nak ko buat dia takut sampai terkencing tau..Kitorang semua nyorok tepi katil.."


Pesan Mail..

"Orait.."


Setelah beberapa minit...

***********************************************

P/S : Bersambung lagi la der..Pasni last..Aku janji...

Selamat untuk korang..

Rasukan Malam Asrama.. Part 1

Petang yang hening membuatkan 5 sekawan yang dari tadi duk ke hulu ke hilir memikirkan cara nak buat 'prank' kat bebudak junior. Bila masuk sekolah menengah berasrama ni, nak pulak bila malam hujung minggu yang hanya diisi slot untuk ke dewan makan dan majlis ilmu di surau yang agak bosan. Sedang asyik memikirkan aktiviti tgh malam ni, Mail memulakan perbualan.

"Aku tau beb..Malam ni kita bagi gempak junior punye dorm. Wa ada satu plan baik punye..Korang sume nak dengar tak.."

Serius nada suara Mail..

Khai,Man yang dari tadi tengah terbaring tiba-tiba tersentap ngan kata-kata Mail lantas terus bangun dan mengadap Mail yang bermuka serius.Keadaan bilik petang tu senyap sunyi kedengaran hanya bunyi angin dan kipas siling yang kian uzur dipenuhi habuk hitam.


"Ko ada idea pe yang best sangat tu..Aku nak join gak.."

tanye Din dengan muka ingin tahu..

"Camni..Aku sebenarnye tengok bebudak junior skang dah naik lemak ar..Kerek semacam je.X macam kita kene ngan senior kita dulu..Skang pembalasannye ar..Amacam?"

Terang Mail pada Man dan Khai..

Nampak bayangan dendam ada dalam diri Mail pada junior-junior yang baru sahaja 2minggu lebih mendaftar masuk. Khai dan Man kelihatan setuju dengan pernyataan dari Mail membuatkan semngat mereka makin membuak-buak. Dari tadi kelibat Din dan Ash xkelihatan.Mungkin masih di koperasi membeli barang-barang keperluan.

"Din ngan Ash camne..Ko xnak ajak skali ke?"

Tanye Khai pada Mail.

"Mesti ar kene ajak.Kalau x, xjadi ar plan aku ni. Nanti lepas maghrib ajak dorang kumpul skali, aku terangkan pasal plan aku ni..Ok beb?" ujar Mail pada rakan karib nye Man dan Khai.

"Ok set.."

Mereka pun beredar dari katil untuk menyiapkan diri ke surau sebelum azan Maghrib berkumandang.Mereka selaku pelajar senior memang diwajibkan hadir ke surau lebih awal dan mengetuai bacaan Al-Quran dan Azan pabila masuknya waktu maghrib.

********************************************************

Kedengaran bunyik cengkerik menghiasi sinaran cahaya bulan purnama penuh berhembus angin yang agak kuat memeriahkan suasana malam yang agak sunyi dipersekitaran sekolah. Burung gagak yang berterbangan siang tadi pun dah kembali ke sarang menemani si kecil yang belum menetas didalam cengkerang telur yang keras..


Lailahaillallah...Lailahaillallah...Lailahaillallah...

Khusyuk pelajar-pelajar berzikir diperkarangan surau..

Arghhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!

Serentak semua pelajar lelaki yang sibuk berzikir sesudah menyelesaikan solat maghrib di surau tadi tersentap dengan pekikkan dari asrama puteri bersebelahan dengan surau pelajar. Lantas Pak Ustaz yang mengetuai bacaan zikir tadi bergegas ke asrama perempuan. Di arah Man dan Khai mengikuti Pak Ustaz sekiranya diperlukan bantuan.

Kelihatan ramai pelajar perempuan sedang mengerumuni seorang pelajar yang nampak kusut terduduk diatas lantai sambil rambut yang panjang terjuntai keluar..

"Ya Allah..Man ko pegang tangan budak tu..Khai ko lak pegang kaki dia..Dia dah kene rasuk ni.."

Arah Pak Ustaz kepada Man dan Khai untuk memastikan gadis tersebut tidak meracau-racau akibat rasukan. Pelajar perempuan yang lain dari tadi tergamam dan kaku di tempat masing akibat terlalu takut dan buntu untuk melalukan apa-apa tindakan.

"Ustaz..Kuat sgt jin yang rasuk dia ni..!!" Kata khai pada Pak Ustaz..

"Kamu tahan dulu..Ustaz nak baca ayat sikit.." kata Pak Ustaz..

******************************************************

Kejadian di Aspuri 2 hari lepas sedikit pun tak menggentarkan perasaan Mail dan dia tetap dengan tujuannye untuk melaksanakan 'prank' kepada pelajar junior.

"Mail, ko x ingat ke kelmarin ada budak pompuan kene rasuk kat Aspuri sane tu..Ke ko dah lupe..Asrama kita ni keras tau..Giler ko nak buat bende tu.."

Dengan nada serius padu dari Din ke arah Mail yang dari tadi beriya mengusulkan cadangan untuk membuat 'prank' kepada pelajar-pelajar junior. Kedengaran nada tidak setuju dari Din mengharapkan sokong dari kawan-kawan yang lain.

"Sabar ar Din..Ko jangan jadi penakut.Kita ni lelaki..Sejak bile ko jadi pondan ni hah??!" Sentak Mail.

"Din, Din..."

Geleng kepala Ash melihat rakan karibnye yang xdisangkai berani rupenya penakut. Sambil duduk di sebelah Din, Ash cuba berbicara sesuatu untuk menenangkan Din.

"Rilek ar Din, takkan pasal benda kecik tu ko nak takut.Kita dulu pun pernah gak buat benda-benda camni.Betul x Mail.."

Tanye Ash pada Mail meminta sokongan dari Mail..

"Haa..Ash tu lagi pandai dari ko Din.Dulu kita buat mana ada ape-apa yang jadi. Ko jangan jadi penakot ar..Kalau takut baik buang je telor ko tu..!!"

Tersentap dengan cabaran dari Mail dan Ash ,Din dah mula panas telinga. Man dan Khai dari tadi hanya mendengar perbulan rakan mereka yang lain mula xduduk diam.

"Kalau korang semua anak jantan, join aku.Sapa anak jantan!!?"

Cabaran dari Mail kepada semua rakan-rakannye..

"Aku!"

Ash setuju join Mail..

"Kami pun nak join.."

Man dan Khai dari tadi senyap bersuara tanda setuju..

"Ko Din nak join ke xnak!?"

Sergah Mail kepada Din..

Lama jugak masa yang diambil oleh Din sebelum beri jawapan kepada Mail..Kalau dimasak megi ketika tu mau jugak terhidang sepinggan megi kari Letup atas Meja..Setelah beberapa ketika Dia mula bersuara..

"Ok..Aku join korang..Tapi kalau ada ape-apa jadi aku xnak tanggung.."

"Heheh.."

Gelak sinis Mail..Mereka berlima sudah bersetuju untuk menjalankan aktiviti yang dirancang Mail sempena mengajar junior yang baru beberapa minggu masuk sekolah mereka.

Aku plan kita buat bende nie waktu.....

***************************

P/S : Bersambung...

Selamat untuk korang..

Malam Pertama

Malam Pertama Pasangan muda yang sama-sama masih perawan akhirnya
|
| menikah.
|
| Masing-masing gugup ketika menghadapi malam pertama, namun tidak ada
|
| yang
|
| mau mengaku atau bertanya kepada pasangannya tentang apa yang harus
|
| dilakukan.
|
|
|
| Didera kebingungan, si pengantin lelaki bertanya kepada ayahnya
|
| "Ayah, apa yang harus saya lakukan?"
|
| "Telanjanglah dan naik ke tempat tidur", jawab ayahnya.
|
|
|
| Kemudian ia melakukan apa yang disarankan ayahnya.
|
| Si pengantin perempuan terperanjat setengah mati melihat kelakuan
|
| suaminya,
|
| ia kemudian bertanya kepada ibunya.
|
| "Telanjanglah dan ikutlah suamimu", saran ibunya.
|
|
|
| Setelah perempuan itu telanjang dan berbaring beberapa lama, si
|
| pengantin
|
| lelaki pergi ke luar bilik dan bertanya lagi kepada ayahnya,
|
| "Apa lagi yang harus saya lakukan?" lalu ayahnya menjawab,
|
| "Lihatlah tubuh isterimu. Kemudian masukkan bahagian tubuhmu yang
|
| paling
|
| keras ke tempat isterimu kencing!"
|
|
|
| Beberapa saat kemudian, giliran si pengantin perempuan bertanya
kepada |
| ibunya.
|
| "Apa yang harus saya lakukan?"
|
| Ibunya balik bertanya, "Apa yang sedang dilakukan suamimu?"
|
| Setengah mengeluh si pengantin perempuan berkata,
|
| "Ia sedang membenamkan kepalanya ke dalam mangkuk tandas!"
|
|
|
| Wakakakakakakaa..............

Kisah Tauladan

Seorang bapa pulang ke rumah dalam keadaan letih
disambut baik oleh anaknya yang berusia 7 tahun.
Sambil mengangkat briefcase ayahnya, si anak itu
bertanya kepada ayah.....

Anak: Ayah...ayah.. boleh Amin tanya satu
soalan?

Ayah: Hmmm....nak tanya apa?

Anak: Ayah...berapa pendapatan ayah sejam di
pejabat?

Ayah: Itu bukan urusan kamu, buat apa sebuk-
sebuk nak tanya?
Si ayah mula menengking.

Anak: Amin saja nak tahu ayah... Tolonglah
beritahu berapa pendapatan ayah sejam di
pejabat?
Si anak mula merayu pada ayahnya.

Ayah: 20 ringgit sejam.. Kenapa nak tahu?
Jerkah ayahnya lagi.

Anak: Oh..20 ringgit..
Amin menundukkan mukanya.

Anak: Ayah.. boleh tak bagi Amin pinjam 10
ringgit dari ayah?

Si ayah mula menjadi berang dan berkata, "Oh,
itu ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan
ayah? Kamu nak buat apa dengan duit tu? Mintak
sampai 10 ringgit? Nak beli mainan lagi?? Ayah
penat-penat kerja cari duit, kamu senang-senang
nak membazir ya.. Sudah, pergi masuk bilik..
tidur! Dah pukul berapa nih...!!"

Si anak itu terdiam dan perlahan-lahan dia
kembali ke biliknya. Si ayah duduk di sofa
sambil memikirkan mengapa anaknya yang sekecil
itu meminta duit sampai 10 ringgit. Kira-kira 2
jam kemudian, ayah kembali tenang dan terfikir
kemungkinan besar anaknya benar-benar memerlukan
duit untuk keperluan di sekolah kerana anaknya
tak pernah meminta wang sebegitu banyak sebelum
ini.

Dengan perasaan bersalah, si ayah melangkah
menuju ke bilik anaknya. Di dapati anaknya masih
belum tidur.

"Kamu benar-benar perlukan 10 ringgit? Nah..
ambil ni" Si ayah mengeluarkan sekeping duit
kaler merah.

Kanak-kanak itu segera bangun dan tersenyum
girang.

"Terima kasih banyaklah ayah!"

Lalu dia mengangkat bantalnya dan mengeluarkan
sekeping note 10 ringgit yang sudah renyuk
terhimpit oleh bantal. Bila ternampak duit itu,
si ayah kembali berang.

"Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah
ada duit sebanyak itu?? Dan dari mana kamu dapat
duit tu??"

Amin tunduk... tak berani dia merenung ayahnya.
Sambil menggenggam kemas duit itu, dia
menerangkan.....

"Duit ni Amin kumpul dari belanja sekolah yang
ayah bagi hari-hari tu. Amin minta lagi 10
ringgit kat ayah sebab Amin tak cukup duit..."

"Tak cukup duit nak beli apa??"

Jerkah ayahnya lagi.

"Ayah.... sekarang Amin dah ada 20 ringgit..
Nah..ayah ambil duit ni. Amin nak beli sejam
dari masa ayah di pejabat tu. Amin nak ayah
balik kerja awal esok. Amin rindu nak makan
malam dengan ayah.."

Jelas Amin tanpa memandang wajah ayahnya...

The moral of this story...
Kongsilah cite ni ngan sesape je yg anda suka
tapi..yang penting skali, share lah masa
sebanyak 20 ringgit itu bersama2 dgn insan yang
anda sayangi. Ini hanyalah setitis peringatan
kepada sesiapa yang bekerja keras sepanjang
hidupnya..yang bakal kerja sok lusa... atau
sesiapa saja yang selalu sibuk...

Jangan biarkan masa berlalu begitu sahaja tanpa
dinikmati bersama2 dengan mereka2 yang begitu
rapat dengan kita..yang sentiasa berada di hati
kita..

Bayangkan...bila dah kerja nanti...kalau kita
mati.. pihak syarikat akan senang2 cari orang
lain..gantikan kita. Tapi..keluarga, rakan2 yang
kita tinggalkan kat dunia ni pasti akan berasa
suatu kehilangan sepanjang hidup mereka.....

Fikirlah...selama ni.. apa yang kita dah buat
untuk keluarga kita?.. untuk insan yang kita
sayang??

FAMILY: Father And Mother I Luv You...

Kisah Tempe

Bagus kisah nih..bacalah. sesungguhnya tiada kuasa lain yang dapat menandingi kekuasaan Allas swt..amin

Bacalah....moga menjadi iktibar.

Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Disitu ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.

Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba tiba dia tersedar tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi.Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi.

Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagiNya tiada yang mustahil. Lalu diapun
mengangkat kedua tangannya sambil berdoa ,


"Ya Allah , aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe . Amin"

Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe . Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya.

Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Allah. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi.


"Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantu lah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe , Amin".

Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!! Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul. Walaubagaimanapun kerana keyakinannya yg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak.

Dia berfikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa.


"Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin".

Lalu dia pun berangkat di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya. Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada.

Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!! Dia pun kaget seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan. Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe .


Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi.Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang.

Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe , tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh di sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Allah, pasti Allah akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir,


"Ya Allah,berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini."

Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita. "Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi." Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe, tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya


"Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin".

Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun ra sa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Allah.


Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu. Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, "Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?" Wanita itu menerangkan bahawa anakn ya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa.

Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England ,si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap. Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Tuhan...

Moral:

Pertama: Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Tuhan sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Tuhan lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita.

Kedua: Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang dipinta. Percayalah bahawa Tuhan akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.

Ketiga : Tiada yang mustahil bagi Tuhan

Keempat : Kita sering ingin Allah memenuhi hak kita sedang kita tidak pernah mahu memenuhi hak Allah seperti menjaga SEMBAHYANG 5 WAKTU ,menyegerakan solat, berkata-kata perkara yang berfaedah dan berpesan ke arah kebaikan...oleh itu, hantarlah kepada sahabat yang lain agar kebaikan boleh sama dikongsi. Mudah-mudahan Allah suka dengan apa yg kita buat (",)

CARA2 SESEORANG ITU CUBA MEMIKAT KITA



Sebelum seseorang itu berkapel, sudah semestinya mesti ada salah sorang tu yang akan cuba memikat kan? Mesti ada orang yang akan memulakan dulu dalam bab-bab berkapel ni. Jadi di sini, saya ingin berkongsi dengan korang semua cara-cara bila seseorang itu cuba memikat diri kita.

1. Mula-mula, mesti la dia akan mintak no phone kita kan. Tapi nak mintak tu kadang-kadang, ada yang mintak terus dari kita. Ada yang mintak secara underground (maksudnyA, mintak dari kawan-kawan kita la). Tak pun, menggunakan “intelligence” untuk mendapatkan no phone kitatu.

2. Selepas dah dapat no phone, apa lagi, dia mula buat-buat salah hantar mesej la, tersalah call la. Then siap tanya ni no sape, etc. Padahal dia yang start dulu kan? Tak ke pelik tu.

3. Dia akan selalu mesej kita. Tanyakan khabar, dah makan belum, dah mandi ke, etc. Then if tak puas lagi, die akan mesej-mesej dengan kita sehingga la pukul 2, 3 pagi. Dalam ngantuk-ngantuk tu pun boleh kata mata masih segar lagi...

4. Dah tu pulak, dah penat-penat nak mesej, dia akan terus call kita. Konon cakap kredit banyak sangat sampai provider nak potong line dorang. Tapi sebenarnye, nak dengar suara kita sebelum die tido. Nak hilangkan rindu la katakan... Even masa tu kita still rasa takde pape lagi.

5. Then, tibe-tibe dia akan ajak kita keluar. Keluar gi makan ke, keluar teman die belikan barang-barang dapur ke, ape ke. Memang pandai dorang ni dalam bab-bab mengajak keluar. Siap kalau takde kereta tu, sanggup pergi pinjam kereta kawan or sewa kereta.

6. Dah tu pulak, bile dah lama berkenalan, mula la dah tukar pulak status panggilan dalam mesej. Bucuk-Comot la, Sayang-Abang la, Mama-Papa la, dan macam-macam lagi la panggilan. Tapi rasa-rasa, Mama-Papa tu selalu orang guna selepas declare or dah lama kapel.

7. Dari situ pulak, mula la start mesej-mesej nakal. Konon-konon nak bermanja la tu. Even ada yang berkongsi masalah dan sama-sama fikirkan macam mana nak setelkan masalah tersebut. Dalam masalah pun, dia still nak buat lawak untuk bagi kita happy.

8. Dan akhir sekali, sekiranya dia betul-betul nak pikat kita dia akan approch kita. Tak tahu la spot mana dia nak amik sebagai tempat dia nak mendeclare tu. Ada yang dalam telefon je, ada yang jumpa terus, ada yang sanggup datang malam-malam coz nak bersaksikan bulan ke, ape ke. Tapi if dia betul-betul suka pada kita, dia akan cakap yang dia nak menjadikan kita sebagai pasangan hidup dia.

Namun begitu, tak semua yang akan berakhir dengan kegembiraan. Ada yang apa yang kita harapkan, tidak menjadi. Tapi apa salahnya. Even dia tidak menjadi milik kita, kita still boleh berkawan dengan dia kan kan?

"A Date" Aku terbace cerite nie kat FS..

"A Date"

After 21 years of marriage, my wife
wanted me to take another woman out
to dinner and a movie. She said I love
you but I know this other woman
loves you and would love to spend some
time with you.

The other woman that my wife wanted me
to visit was my MOTHER, who has
been a widow for 19 years, but the
demands of my work and my three
children had made it possible to visit
her only occasionally.

That night I called to invite her to
go out for dinner and a movie.

"What's wrong, are you well," she
asked? My mother is the type of woman
who suspects that a late night call or
a surprise invitation is a sign
of bad news.

"I thought that it would be pleasure
with you," I responded. "Just the
two of us."

She thought about it for a moment, and
then said, "I would like that
very much."

That Friday after work, as I drove
over to pick her up I was a bit
nervous.
When I arrived at her house, I noticed
that she, too, seemed to be
nervous about our date. She waited in
the door with her coat on. She had
curled her hair and was wearing the
dress that she had worn to celebrate
her last wedding anniversary.

She smiled from a face that was as
radiant as an angel's.

"I told my friends that I was going to
go out with my son, and they were
impressed, "she said, as she got into
the car. "They can't wait to hear
about our meeting". We went to a
restaurant that, although not elegant,
was
very nice and cozy. My mother took
my arm as if she were the First
Lady.
After we sat down, I had to read the
menu. Large print. Half way through
the entries, I lifted my eyes and saw
Mom sitting there staring at me. A
nostalgic smile was on her lips.

"It was I who used to have to read the
menu when you were small," she
said.

"Then it's time that you relax and let
me return the favor," I
responded.

During the dinner, we had an agreeable
conversation - nothing
extraordinary, but catching up on
recent events of each other's life. We
talked so much that we missed the
movie.

As we arrived at her house later, she
said, "I'll go out with you again,
but only if you let me invite you." I
agreed.

"How was your dinner date?" asked my
wife when I got home. "Very nice.
Much more so than I could have
imagined," I answered.

A few days later, my mother died of a
massive heart attack. It happened
so suddenly that I did not do anything
for her.

Some time later, I received an
envelope with a copy of a restaurant
receipt from the same place mother and
I had dined.

An attached note said: "I paid this
bill in advance. I wasn't sure that
I could be there; but nevertheless, I
paid for two plates -

one for you and the other for your
wife. You will never know what that
night meant for me. I love you, son."

At that moment, I understood the
importance of saying in time: "I LOVE
YOU!" and to give our loved ones the
time that they deserve. Nothing in
life is more important than God and
your family. Give them the time they
deserve, because these things cannot
be put off till "some other time."

Related Posts with Thumbnails