~CuCuK AnGiN~
~Taukeh~
Kicauan burung pipit berterbangan mencari cacing di persekitaran kawasan   sekolah menyelubungi petang yang mendung. Pelajar-pelajar lelaki masih   dipadang bersukan dengan mengamalkan hidup sihat seperti saranan   kerajaan untuk beriadah 20minit setiap sesi untuk kesihatan   sejagat.Tatkala pelajar perempuan sibuk menyidai pakaian basah di   ampaian bersebelahan asrama lelaki. Mail dan rakan-rakannya masih   berkumpul membincangkan plan malam ni..
"Camni..Plan  dia senang je..Memula, kita balut sorang ngan kain putih  tu.Pastu aku  nak kita letak betul2 kat tengah-tengah dorm.Tapi nak lagi  thrill aku  rasa kita letak betul-betul kat depan katil bebudak junior"
Penerangan Mail tentang Prank malam ni..
Man,Khai,Ash   dan Din fokus mendengar perancangan dari Mail tanpa mengelipkan mata   walau sesaat dua.Cicak di atas siling sambil mengecit-ngecit mula   terdiam dan pandang tepat kearah muka Mail yang tersenyum jahat..Tiupan   angin kedengaran dikala keadaan sunyi kembali..Din yang dari tadi  senyap  agak gelisah dan mula bersuara..
"Nanti dulu Mail..Tapi sapa yang nak kene balut??"
"Kita undi ar..Sape yang dapat undi, dia ar kene balut."
Kata Mail kepada rakan-rakannye.
Rakan-rakan lain hanya  menganggukkan kepala tanda setuju.. Selepas beberapa ketika..Mail  menyediakan beberapa keratan kertas yang salah satu darinya telah  ditanda dengan pen merah.
"Jom undi..Ni aku dah buatkan kertas ronyok, sorang amik satu..Sape  dapat kertas bertanda, dia ar kene balut nanti..Jadi pocong..Hahaha!!!"
Gelak Mail dengan perancangan prank nya itu.
Selepas undi, ternyata Ash yang bernasib baik kerana mendapat kertas bertanda.
"Yeah..!! Malam ni aku mau kasi sume bebudak Junior terkencing dalam seluar..Adiik-adik semua tunggu..Abg pocong sudah mari.."
Ash  bersemangat selepas mendapat undi masuk seperti AFundi masuk dalam  rancangan realiti TV Akademi Fantasia.Kalau boleh dia nak julang-julang  kertas undi tersebut tanda berbangga. Kebanggaan Ash tidak dapat  dibendung lagi dan bersemangat waja untuk melakukan planning tersebut  secepat mungkin..
"Ok!.. Malam ni dalam pukul 1pagi sume kumpul kat pot kita...Aku nak pi  ready barang-barang semua..Sorang pun xleh tinggal.. Sape xdatang, aku  anggap dia xde telor..Paham!"
Arah Mail kepada semua rakan-rakannya..
"Ok Set!"
Semua mengganggukkan kepala tanda setuju dan  bergegas beredar dari tempat pengumpulan mereka..Cicak yang dari tadi  mengusyar pertemuan mereka pun sudah beredar meninggalkan secebis tahi  akibat terlalu terkejut mendengar nada suara Mail yang terlalu lantang..
 Aaauuuuuuu....
Aaauuuuuuu....Bunyi salakan serigala datang dari atas bukit bergema beberapa kali disinari cahaya bulan penuh menerangi kawasan sekolah bersebelahan tanah rizab perkuburan... Bunyi angin diselang seli bunyi cengkerik mengerumuni suasana malam.Keadaan asrama sekolah senyap sunyi selepas setiap dorm diarah tutup lampu dan pelajar masuk tidur di katil masing-masing.
Tetapi tidak kepada Mail dan rakan-rakannye. Mereka semua sedang berkumpul di bawah tangga yang mampu memuatkan mereka berlima bagi menyiapkan Ash untuk dibalut dengan kain putih yang dibawa oleh Mail dari rumahnya.. Ash hanya memakai boxer sebelum dibalut dari kaki hinggalah ke kepalanya..
"Wehh korang jangan ikat ketat sangat..Kang aku xleh bernafas plak..Aku nak hidup lagi wehh.."
Pesan Ash pada kawan-kawannye..Walaupun tadi beliau menunjukkan keberanian, tetapi secara tibe-tibe Ash menjadi risau dan xtentu arah.
"Rilek ar..Ko jangan gerak..Kitorang nak ikat ni..Nanti xjadi plak.."
Sementara Man sibuk mengikat bunjut kepala Ash. Akibat terlalu gelap, kepala Ash terhantuk pemegang tangga tersebut sebelum memaki hamun Man tetapi diendahkan Man yang memahami perangai Ash sejak dulu lagi..
"Lembab ar korang ni! Cepat ar skit ikat tu..Aku risau pak Guard kang dia ronda kantoi lak kita..Sia-sia nanti bodo!"
Marah Mail kepada rakan-rakannye sementara mengusyar line melihat-lihat jika ada kelibat pak guard yang selalunye akan meronda pada waktu tengah malam begini.
"Okeh dah Siap.."

"Angkat Ash skang...Try bangunkan dia..Ash ko try lompat tengok, leh tak..Aku nak nampak ko jadi real macam pocong..Kehkeh..."
Bersusah payah Ash nak membiasakan diri dengan ikatan kain putih pada keseluruhan badannya itu. Setelah beberapa kali jatuh dan dibangunkan semula oleh rakan-rakannye, akhirnya Ash berjaya membiasekan diri dengan kain tersebut..Kini dia mampu berdiri dan melompat sedikit..
"Ok wa dah ready"
Mereka berempat kemudian mengangkat Ash seperti yang dirancangkan.Cara mengangkat Ash tidak ubah seperti mengusung jenazah sebelum dikebumikan.Cume yang membezakan adalah Ash masih lagi hidup seperti manusia normal dan belum bersedia untuk ke alam barzakh. ( kurang amalan nie)
"Shuhhh.."
Dengan meletakkan jari telunjuk di bibir, Mail mengarahkan rakan-rakan nye senyap dan beliau ingin memastikan semua pelajar junior sudah nyenyak tidur..Jam menunjukkan pukul 2.33pagi dan ini adalah masa yang sesuai untuk segalanya.
Ash didirikan betul-betul berhadapan katil seorang pelajar junior. Setelah semua pun dah bersedia, Ash sudah mula mau beraksi.
"Ash, aku nak ko buat dia takut sampai terkencing tau..Kitorang semua nyorok tepi katil.."
Pesan Mail..
"Orait.."
Setelah beberapa minit...
P/S : Bersambung lagi la der..Pasni last..Aku janji...
Labels: Story
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
ala sambung lagi! T_T
hehe...nanti part 3 kasi habis..
ala..bro.baru nak suspen cikit, ada sambungan lagi..tak sabar nak tau apa kesudahannya..T_T
eeii dengki.. bila part 3 nye?