~CuCuK AnGiN~
~Taukeh~
Seorang  bapa  pulang  ke  rumah  dalam  keadaan  letih
disambut  baik  oleh  anaknya  yang  berusia  7  tahun.
Sambil  mengangkat  briefcase  ayahnya,  si  anak  itu
bertanya  kepada  ayah.....
Anak:  Ayah...ayah..  boleh  Amin  tanya  satu
soalan?
Ayah:  Hmmm....nak  tanya  apa?
Anak:  Ayah...berapa  pendapatan  ayah  sejam  di
pejabat?
Ayah:  Itu  bukan  urusan  kamu,  buat  apa  sebuk-
sebuk  nak  tanya?
Si  ayah  mula  menengking.
Anak:  Amin  saja  nak  tahu  ayah...  Tolonglah
beritahu  berapa  pendapatan  ayah  sejam  di
pejabat?
Si  anak  mula  merayu  pada  ayahnya.
Ayah:  20  ringgit  sejam..  Kenapa  nak  tahu?
Jerkah  ayahnya  lagi.
Anak:  Oh..20  ringgit..
Amin  menundukkan  mukanya.
Anak:  Ayah..  boleh  tak  bagi  Amin  pinjam  10
ringgit  dari  ayah?
Si  ayah  mula  menjadi  berang  dan  berkata,  "Oh,
itu  ke  sebabnya  kamu  tanya  pasal  pendapatan
ayah?  Kamu  nak  buat  apa  dengan  duit  tu?  Mintak
sampai  10  ringgit?  Nak  beli  mainan  lagi??  Ayah
penat-penat  kerja  cari  duit,  kamu  senang-senang
nak  membazir  ya..  Sudah,  pergi  masuk  bilik..
tidur!  Dah  pukul  berapa  nih...!!"
Si  anak  itu  terdiam  dan  perlahan-lahan  dia
kembali  ke  biliknya.  Si  ayah  duduk  di  sofa
sambil  memikirkan  mengapa  anaknya  yang  sekecil
itu  meminta  duit  sampai  10  ringgit.  Kira-kira  2
jam  kemudian,  ayah  kembali  tenang  dan  terfikir
kemungkinan  besar  anaknya  benar-benar  memerlukan
duit  untuk  keperluan  di  sekolah  kerana  anaknya
tak  pernah  meminta  wang  sebegitu  banyak  sebelum
ini.
Dengan  perasaan  bersalah,  si  ayah  melangkah
menuju  ke  bilik  anaknya.  Di  dapati  anaknya  masih
belum  tidur.
"Kamu  benar-benar  perlukan  10  ringgit?  Nah..
ambil  ni"  Si  ayah  mengeluarkan  sekeping  duit
kaler  merah.
Kanak-kanak  itu  segera  bangun  dan  tersenyum
girang.
"Terima  kasih  banyaklah  ayah!"
Lalu  dia  mengangkat  bantalnya  dan  mengeluarkan
sekeping  note  10  ringgit  yang  sudah  renyuk
terhimpit  oleh  bantal.  Bila  ternampak  duit  itu,
si  ayah  kembali  berang.
"Kenapa  kamu  mintak  duit  lagi  sedangkan  kamu  dah
ada  duit  sebanyak  itu??  Dan  dari  mana  kamu  dapat
duit  tu??"
Amin  tunduk...  tak  berani  dia  merenung  ayahnya.
Sambil  menggenggam  kemas  duit  itu,  dia
menerangkan.....
"Duit  ni  Amin  kumpul  dari  belanja  sekolah  yang
ayah  bagi  hari-hari  tu.  Amin  minta  lagi  10
ringgit  kat  ayah  sebab  Amin  tak  cukup  duit..."
"Tak  cukup  duit  nak  beli  apa??"
Jerkah  ayahnya  lagi.
"Ayah....  sekarang  Amin  dah  ada  20  ringgit..
Nah..ayah  ambil  duit  ni.  Amin  nak  beli  sejam
dari  masa  ayah  di  pejabat  tu.  Amin  nak  ayah
balik  kerja  awal  esok.  Amin  rindu  nak  makan
malam  dengan  ayah.."
Jelas  Amin  tanpa  memandang  wajah  ayahnya...
The  moral  of  this  story...
Kongsilah  cite  ni  ngan  sesape  je  yg  anda  suka
tapi..yang  penting  skali,  share  lah  masa
sebanyak  20  ringgit  itu  bersama2  dgn  insan  yang
anda  sayangi.  Ini  hanyalah  setitis  peringatan
kepada  sesiapa  yang  bekerja  keras  sepanjang
hidupnya..yang  bakal  kerja  sok  lusa...  atau
sesiapa  saja  yang  selalu  sibuk...
Jangan  biarkan  masa  berlalu  begitu  sahaja  tanpa
dinikmati  bersama2  dengan  mereka2  yang  begitu
rapat  dengan  kita..yang  sentiasa  berada  di  hati
kita..
Bayangkan...bila  dah  kerja  nanti...kalau  kita
mati..  pihak  syarikat  akan  senang2  cari  orang
lain..gantikan  kita.  Tapi..keluarga,  rakan2  yang
kita  tinggalkan  kat  dunia  ni  pasti  akan  berasa
suatu  kehilangan  sepanjang  hidup  mereka.....
Fikirlah...selama  ni..  apa  yang  kita  dah  buat
untuk  keluarga  kita?..  untuk  insan  yang  kita
sayang??
FAMILY:  Father  And  Mother  I  Luv  You...
Labels: Story
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Response for the "Kisah Tauladan"
Post a Comment