~CuCuK AnGiN~
~Taukeh~
Satu malam yang hening...
Gedegung gedegang...Gedegung gedegang...
Bunyi keheningan malam yang diselebungi nyanyian angin menyelinap ruang rongga dinding dan tingkap tersentak dengan bunyi yang keras..Ni x lain x bukan comfirm bunyik mesin basuh kat luar tu nak tebarai...
Damn...
Apa kes la member aku memalam camni rajin sangat nak membasuh baju. Lagipun mesin basuh yang tersergam kat luar tu macam dah terlalu uzur sehingga mungkin mencapai usia lagi tua dari usia bebudak Universiti cam guwa ni..
Sedang guwa dari tadi asyik terbaring atas tilam sambil memandang siling ngan kipas berpusing mengikut kelajuan 4 masih xmampu jugak buat guwa terlena.. Ni sume sebab bahana tengah hari tadi guwa dah bantai tido berejam-jam bile masuk malam mule ar mata ni xmau lelap...Bile mata xmau lelap mula ar guwa ushar jap laptop..Dah habis tgk facebook, gi bace email..Cukup dah pastu gi ushar plak blog-blog lain, tapi xde satu pun yang mampu buat guwa tido..Kan bagus kalau ada partner yang halal time-time camni...Ceh..
"Come On la mata...Tolong lah lelap..Esok pagi nak study..."
Memang kalau nak ikutkan harapan yang dipasang tadi melonjak tinggi berkobar-kobar dihati nak study esok pagi , dengan harapan leh ar kalau guwa nak dapat markah tinggi sikit untuk test hari rabu minggu depan..Boleh ar jugak nak buat topup2 markah yang kureng tu...
Bile ar nak habis bunyik mesin basuh ni...Rasa cam nak je aku kuar bagi flying kick kuasa petala ke lapan. Tapi apakan daya, badan xlarat nak gi belasah mesin bagi senyap.Aku rasa, kalau jiran sebelah menyebelah dengar bunyik camni, dah tentu jap lagi dengar sore penduduk kampung sambil bawak obor kat tangan diringi berpuluh-puluh rakan taulan yang lain datang umah aku sambil jerit..
"Kita bakor...Bakor...Kita bakorr!!!!"
"Ahh sudah....kaki tengok DVD nie..."
Dah jauh sangat aku melalut...
Damn...Enough is enough... Aku amik keputusan yang drastik, kali ni aku nekad nak bangun then terus nak kasi Off mesin tu..Baru je terniat nak membangunkan diri, tetibe bunyik air mencurah-curah jatuh ke lantai..
"Arghh shit..Comfirm pale paip dah tercabut...jap gi banjir ar dapur tu.."
Ngan malas-malas guwa pun bangun bukak daun pintu bilik dengan niat nak gerak ke dapur...
Macam x sangka bile terbukak je pintu bilik guwa, rupenye ada member guwa yang baru je tersedar dari tidur..Kebetulan memang dia tidur kat ruang tamu, bercampur lak dengan muka yang agak blur (kesan dari bangun tido).. Belum sempat dia nak menggeliat atau memanaskan otot-otot badan, terus menunjukkan muke yang terkejut akibat dari pertumpahan air paip tu.. (Aphal ayat skema cam celake..)
"Huih! Air melimpah!!"
Apa lagi terus berlari sekuat hati ke arah mesin basuh yang dah lama berubah kedudukan. Guwa kat belakang ushar je apa yang bakal terjadi..Tengah sibuk-sibuk dia berlari, Puhh. Tergolek..Terjatuh member guwa ke lantai... (Licin kan dapur)
"Ceh"
Ada lah jugak jauh dalam sudut hati aku terase nak gelak, tapi guwa cool beb..Xnak ar tunjuk sangat yang guwa nak gelak..Lepas je jatuh terus dia sedaya upaya bangun dan tutup paip air..Tapi cter xhabis lagi..Mesin tu xhabis lagi ngan bunyi dia..
Gedegung gedegang...Gedegung gedegang...
Menggelabah member guwa mencari suis plug Utama semata-mata nak offkan Mesin basuh tadi..Guwa yang dari tadi kat belakang dia rasa cam nak tergelak je..Aphal la dia ni mengelabah nak cari suis utama, kan ke kat mesin basuh tu sendiri dah ada suis..Tinggal tekan je, nanti dia mati ar..
"Aduyai.."
Akhirnya dapat jugak dia matikan mesin basuh tadi..Keadaan malam tu jadi tenteram balik..Guwa pun malas nak memanjangkan cerita mahupun nak bergelak depan beliau, guwa pun masuk terus dalam bilik dan lelap...Esok pagi-pagi guwa bahan lu...Siap ar lu..
Wakakakak...
Selamat untuk korang..
Labels: Diary
Sorry pada korang-korang semua..
Mood aku nak memblog menghilang entah kemane..Bukan aku xbukak blog ni, ada je masa nak bukak..Tekan je shortcut key bukak blog, then aku blur..
Blur...
Apa yang patut aku buat pada blog aku..Mood yang dulu yang memang rajin mengupdate blog setiap hari , tapi sekarang entah kemana.. Semangat yang dulu dah menghilang bila rakan atau teman baik blog aku tu dah jauh menyusuri jalan hidup dia sendiri..
Anyway tu cerita lame..
Well, aku nak update sikit pasal hidup aku baru-baru ni bila aku dapat join menjadi peserta untuk MUROC (Malaysia University Robot Competition)yang berlangsung di UNIMAP Perlis.. Dari nama pertandingan tu pun rasa nye korang mestilah leh agak kan pertandingan untuk apa..Kecuali korang xtau english..Mesti tau English an...Kehkeh...
Jadik aku sebagai peserta dan team kami elah berjaya menyiapkan sebuah robot yang sedia untuk bertanding ketangkasan memanjat tali menyerong setinggi 5meter dan sepanjang 6meter (aku rasa ar)..
Robot yang kanan sekali adalah design group kami (Robot asal)...Selain dari tu adalah design group yang lagi satu..Just untuk display sahaja...Jadi setelah dikaji performance (apa ekk bahasa melayu dia), kitorang dapat capai masa 31saat. So dengan confident dan yakinnye rasa cam dah cukup laju..
Then sampai je kat UNIMAP, nak tengok Universiti lain punye robot..Punyelah terkejut beruk bile dapat tau robot dorang dapat sampai atas dengan ambil masa 4 saat je..Memasing muke dah moral down..Dalam hati cume kata..
"Bro..Jom balik Melaka..kita xlayak lawan kat sini"
Secara average robot-robot universiti lain untuk Rope Climbing robot sume average 15 saat... Separuh masa kalau nak banding ngan robot kami...Tapi bak kata orang melayu, "Berpantang maut sebelum ajal".. Maksud aku kat sini, maknanye kitorang fight dulu ar..Kalah menang belakang cter..Tu rezki masing2..
Mungkin korang blur-blur skit an...Ni haa aku nak tunjuk field untuk Rope Climbing Robot
So mission nye senang, dia bagi seminit untuk setting robot pada tali, then 3 minit untuk panjat ke atas..Apabila menyentuh plate haruslah berhenti..Everything clear??? Understood?.. Ok Good...
Ok berbalik semula pada cerita tadi, disebabkan robot bebudak University lain sume laju-laju belaka, so malam tu kitorang decide untuk buat robot baru.. Xkisah ar xtido malam ke, apa ke, yang penting kitorang xnak kalah bodoh..Kalau nak kalah pun, biar bermaruah..
Jadi secara drastik nye, malam untuk testing robot kitorang terus beredar balik ke Hostel semata-mata nak menyiapkan robot baru...
Akhirnya pada pukul 5 pagi kitorang berjaya gak menyiapkan sebuah lagi robot baru setelah melakukan beberapa perubahan semata-mata nak merekod masa baru..Semacam xdisangka, kitorang berjaya cut time separuh dari masa asal sehingga hanya 15saat sahaja untuk sampai ke penamat...
Ni gambar robot baru..
Robot yang baru digunakan untuk memasuki pertandingan walaupun hanya siap 2-3jam sebelum bertanding..Perubahan dari yang lama adalah ianya ada mekanisme self lock mampu naik tetapi xleh turun. Masa yang dicatatkan 15saat naik 4.5meter panjang.. Hanya menggunakan 2 servo motor yang dikawal untuk mekanisme pergerakan body.
Ni gambar robot lama tapi still ada keistimewaan..
Robot lama mampu naik dan turun tali tanpa (self lock) maksudnya kitorang ada buat auto lock menggunakan gripper yang dikawal oleh servo motor.Jadi xmerosakkan condition tali...Robot yang lama ni jugak mampu naik walaupun kedudukan tali menegak 90 degree.. No hal la...dah test kot..Ianya menggunakan 3 servo motor (2 servo for both gripper & single servo for body)
Ni bukan result penuh...Dari gambar ni korang leh nampak UTeM tempat ke3 dalam kumpulan, xberjaya masuk ke separuh akhir..Tapi kalau penganjur ada buat suku akhir, kompem kitorang leh masuk & try modified lagi robot ni..Anyway, maybe next time kite compete lagi.. Result penuh Utem 8 win 3 lose..
Any way thanks untuk Muroc Rope Climbing Robot UTeM Team..
Selamat tinggal Perlis...Selamat tinggal LO..haha...
Selamat untuk korang..
Labels: Diary