~CuCuK AnGiN~
~Taukeh~
15 June 2009. Pagi2 pukul 6.00am aku dah bergerak dari rumahku di Klang menuju ke tempat keje di Balakong.. Perjalanan dalam sejam ar untuk sampai ke sana..Rasanye pagi tu tak ada apa apa yang aneh aku rasa..seperti hari hari sebelum ni jugak..
Aku pun memandu seperti biasa untuk ke tempat kerja..Tak terfikir untuk aku singgah hostel dahulu, mungkin pada agakkan aku masa tidak cukup..Dalam fikiranku hanya memikirkan si dia..
Dia yang bertakhta dalam hati ini...X sabar bertemu dengan nya..
Dalam satu selekoh yang agak tajam, pada kelajuan biasa dan jalan agak sedikit basah akibat hujan lebat sebelum ni aku meneruskan perjalan..Sedikit perasaan aneh pada tanyar kereta aku apabila ia tidak mengikut arahan ku..Malah memacu sendiri ke kanan sehingga nyaris melanggar pembahagi jalan, aku dengan pantas mengilas stering ke arah kiri untuk membalas tindakan tayar kereta ku. Tetapi kejadian yang tidak diingini berlaku apabila kereta aku berpusing dan terus menggelongsor ke tepi jalan.. Aku menghempas tembok di tepi jalan dan mengheret dalam 50 meter.
Dalam keadaan terkejut, sekelip mata aku berhenti, aku cuba keluar dari kereta, tetapi pintu kereta tersangkut. Aku matikan enjin kereta dan pantas keluar kereta melalui pintu di sebelah kiri. Aku keluar dan melihat keadaan kereta ku..
Ya All..Teruknya kereta ku.. Bukan, yang sebenarnya kereta ni milik abang aku..Rasa bersalah dalam hati apabila benda yang aku pinjam telah ku hancurkan..
Aku bingung dan hanya melihat dan termenung ke arah kereta aku di tepi jalan..Tiba2 datang seorang pakcik manaiki Perdana V6 menegur ku..
Pakcik: Baru Accident ke?
Aku: A'ah pakcik..Ntah kenapa tibe2 kereta saya berpusing.
Pakcik: Kamu x apa apa ke?
Aku: Saya Ok pakcik.Cume kereta ar hancur.
Pak Cik: Erm..Xpe yang penting kamu x apa apa. Kereta ada insurans kan..
Aku: Memang ada..
Pak Cik: Saya nampak kamu accident tadi, nasib baik kamu x apa2..
Aku: Ooo..
Pak Cik: Oklah pakcik gerak dulu..
Aku: ...
Sekurang2nya teguran tu menyedarkan keadaan aku alami sekarang..Aku xtahu apa perlu aku lakukan pada saat itu..Cuma menunggu dan menelefon abg aku untuk memberitahu keadaan sebenar..
Selepas bertelefon, datang sebiji motorsikal peronda.. (BESRonda). Merekalah yang menolong aku dengan mamanggil kereta tarik...
Teruknya kereta aku..Setelah sejam aku berjaya menarik kereta ku ke bengkel..
Agak2 berapa kos anggaran repair ni bang??
Dalam Rm5 ribu lebih la dik...
Hah????!!!
Labels: Diary
0 Response for the "Accident!"
Post a Comment