~CuCuK AnGiN~

~Taukeh~

Hikmah selawat

Pada setiap Sembahyang Jumaat menjelang tiba iaitu ketika mana sebelum khatib naik ke atas mimbar, kita selaku umat Islam pasti akan mendengar bilal membacakan kepada kita sepotong ayat al-Quran untuk kita ambil peringatan untuk sentiasa mengingati Nabi Muhammad saw dengan cara berselawat.

Allah swt berfirman di dalam surah al-Ahzab ayat 56 yang tafsirnya bermaksud, "Sesungguhnya Allah dan para Malaikatnya berselawat (memberi rahmat) kepada Nabi Muhammad saw oleh kerana itu wahai orang-orang yang beriman ucapkanlah selawat (meminta rahmat) untuk Nabi saw dan ucapkanlah salam dengan penuh kehormatan terhadapnya".

Adapun antara ganjaran ataupun hikmah berselawat ini amat banyak sekali, berikut dicatatkan beberapa hikmah-hikmah berselawat yang bersumberkan daripada riwayat at-Taiyimi iaitu:
1. Satu kali berselawat Allah swt akan membalas dengan 10 kali selawat untuknya.
2. Satu kali berselawat Allah swt akan mengangkatnya baginya (orang yang berselawat) dengan 10 kali darjat.
3. Malaikat juga akan turut membaca selawat ke atas orang yang membaca selawat untuk Rasulullah saw.
4. Doa yang disertai dengan selawat akan diperkenankan oleh Allah swt, akan tetapi doa yang tidak disertai dengan selawat ianya akan tergantung di antara langit dan juga bumi.
5. Akan mendapat tempat yang dekat dengan Rasulullah saw di Hari Kiamat nanti (kepada mereka yang selalu berselawat kepada Nabi Muhammad saw).
6. Akan mendapat Syafa'at daripada Rasulullah saw di Hari Kiamat nanti.
7. Allah swt akan menggandakan limpah kurnia dan juga rahmat-Nya kepada mereka yang berselawat untuk Nabi Muhammad saw.
8. Selawat dapat membersihkan hati, jiwa dan roh yang kotor yang berselaput di dalam dada.
9. Selawat dapat membuktikan kecintaan dan juga rasa kasih sayang kita terhadap Rasulullah saw.
10. Selawat dapat mewariskan kecintaan Rasulullah saw terhadap umatnya.
11. Selawat dapat dijadikan sebagai penyelamat dan juga dapat memelihara daripada segala apa juga yang dapat mendukacitakan dari hal keduniaan mahupun akhirat.
12. Dengan membawa selawat akan dapat mengingatkan kembali apa-apa yang telah kita lupa.
13. Orang yang selalu berselawat akan mendapat nur (cahaya) yang bersinar di dalam hati dan ianya akan berlaku bilamana kita berselawat 100 kali dengan cara selawat yang bersungguh-sungguh dan juga ikhlas.
14. Mendapat ganjaran pahala seperti memerdekakan seorang hamba bilamana kita berselawat sebanyak 10 kali.
15. Allah swt akan meluaskan dan juga melapangkan rezekinya dan juga sumber-sumber rezeki yang lainnya yang tiada kita ketahui.
16. Allah swt akan memberatkan timbangan amalnya pada neraca timbangan di Hari Kiamat nanti.
17. Mendapat keberkatan dari Allah swt bagi dirinya dan juga untuk kaum kerabat dan juga keluargannya.
18. Keistimewaan berselawat dapat mendatangkan rasa kasih sayang dari hati-hati orang-orang mukmin lainnya terhadapnya.
19. Selawat akan dapat mendekatkan dirinya dengan 'Telaga Haudh' iaitu telaga Rasulullah saw serta akan dapat pula meminumnya di Hari Kiamat kelak.
20. Selawat dapat melepaskan diri seseorang itu daripada tergelincir semasa melalui titian sirat dan ia dengan selamat akan dapat menuju ke syurga.
Demikianlah dicatatkan beberapa hikmah berselawat kepada junjungan kita Nabi Muhammad saw dan juga antara ganjaran-ganjaranny a.
Adalah amat digalakkan bagi kita semua umat Islam untuk sentiasa berselawat kepada Nabi saw kerana amat banyak sekali manfaat dan juga ganjaran yang akan dilipat gandakan.
"Ketahuilah bahawa apabila mereka berselawat ke atas Nabi Muhammad saw, maka para Malaikat pun akan turut berselawat bersama-sama mereka sehinggalah mereka selesai berselawat."(at-Taiyimi)

Hidupku (30/3/08)

2 Hari aku sendirian..Dibelenggu dengan kerja-kerja yang semakin banyak.Due date yang semakin hampir ini membuatkan aku berasa tertekan kepada diri aku. Walaupun kerja ini berkumpulan, tetapi masih tidak dapat membantu aku untuk mengurangkan tekanan tersebut.Semakin hari, aku semakin tertekan bukan sahaja disebabkan kerja, malah Si Dia yang makin hilang dan jauh. Persoalan yang tidak dapat diungkaikan, membuatkan aku terpinga-pinga dalam keadaan tertekan. Mengapakah semua ini terjadi padaku. Apakah salah aku. Aku mengaku memang aku telah melakukan banyak kesalahan bukan pada diri aku sendiri, malah melibatkan orang-orang sekeliling aku. Tetapi itu tidak bermakna aku harus menerima semua tekanan ini. Di waktu aku memerlukannya, mengapa dia semakin hilang dari diriku. Mungkinkah ada kejadian di sebalik semua ini.Aku semakin runsing dan tidak tentu arah.Apakah yang sudah terjadi persoalan yang sering bermain di minda aku.

Kini aku cuba menyelesaikan masalah ini dengan cara aku sendiri.Kerja-kerja yang menanti aku, mampu membantu aku melupakan ini buat sementara.Kadang-kala aku juga runsing bila memikirkan semula semua ini. Siapalah yang mampu membantu aku.Aku tidak mampu menanggung semua ini sendiri.Aku perlukan seseorang menjadi tempat aku meluahkan semuanya.Tetapi hanya kecewa melanda diriku.Telah banyak kali aku mencuba mencari dirinya, tetapi apakan daya aku.Aku tidak mampu.Aku mengharap sangat dia akan muncul kembali.menerangkan semua perkara yang telah berlaku.Mungkin coretan ini mampu membantu aku, itupun jikalau ianya mampu sampai kepadanya.Aku tidak mengharap sangat coretan ini dapat membantu aku, sekurang-kurangnya ia mampu membuatkan aku lega dikala diriku dirundum duka dan lara.kehampaan ini membuatkan diri aku tak selesa.Kerana aku tidak tahu menahu apa yang telah berlaku dan apa yang perlu aku lakukan.I need an answer..Why???

Aku sepatutnya bersyukur dengan apa yang berlaku.Mungkin ada hikmah disebalik apa yang berlaku.Aku tidak mahu hidup begini.Aku harus selesaikannya secepat mungkin ataupun haruskah aku mengabaikan sahaja apa yang telah berlaku.Adakah itu yang patut aku lakukan.Dimanakah jalan penyelesaiannya.Begitulah serba sedikit soalan yang bermain dalam minda aku.Aku tidak seharusnya memikirkan perkara yang bukan-bukan.Mungkin dia ada jawapannya tersendiri.Terpulang kepada aku untuk menerimanya atau tidak.tetapi aku tidak sepatutnya diperlakukan sebegini.Adakah kebaikan diri aku sendiri membunuh diriku.Salahkah aku melakukan kebaikan? Apa yang dimahukan olehnya.Mungkin aku bukan seorang yang sempurna, tetapi aku telah cuba sedaya upya melakukan apa yang terbaik.Aku tidak mungkin menyalahkan diri aku semata-mata.Aku lebih kenal siapa diri aku ini.

Aku memikirkan untuk mengabaikan semua ini buat sementara.Supaya diri aku tidak tertekan sangat dengan perkara-perkara sebegini.Aku harus menyelesaikan kerja-kerja yang menanti aku. Kerja-kerja yang menjamin masa depan aku untuk mendapat kerja yang lebih baik.hidup sebagai seorang pelajar banyak memberi tekanan pada aku.Exam pun semakin hampir.Aku masih belum menyiapkan diri aku untuk semua itu.Walaupun dalam kesibukan semua ini, aku masih ada rasa sedikit terhibur dengan kemenangan Man utd semalam.Mungkinperkara ini dapat membuatkan aku melupakan perkara2 ini.

Man Utd 4-0 Aston Villa


Wayne Rooney grabbed a brace just when Manchester United needed it the most as the Red Devils moved six points clear of the rest at the top of the Barclays Premier League with a 4-0 home demolition of Aston Villa.

The England striker had gone six matches for the title-chasers without hitting the target, but he rediscovered his touch at Old Trafford as United made it six straight league wins to tighten their grip at the top.

Cristiano Ronaldo opened the scoring with his 35th goal of a remarkable season and Carlos Tevez added a second to leave Villa stunned.

With Arsenal claiming a dramatic victory at Bolton, United knew it was important to keep the momentum going.

And they did just that, going 2-0 ahead in the first half to take a firm grip on the match.

Even though Ashley Young went close with a shot in the fourth minute, Villa never looked like ending a miserable run of results at the ground, stretching back 25 years.

That close shave only succeeded in getting United going and Rooney rattled in a shot from the edge of the area that was cleared by Stiliyan Petrov.

Ryan Giggs then slipped the ball through to Tevez in the 10th minute, but Mellberg made a crucial block.

United almost took the lead a minute later when Michael Carrick released Ronaldo. He cut inside, only to see his effort turned around the post by goalkeeper Scott Carson.

Giggs swung in the corner and Brown peeled away from his marker but headed over the bar.

United went ahead in the 17th minute.

Villa failed to clear Giggs' corner and Rio Ferdinand chested the ball into Ronaldo's path, and the Portugal winger clipped an outrageous back-heel through Martin Laursen's legs and beyond Carson.

Considering they had not won at the ground in the league for 25 years, Villa were facing an uphill task early in the game.

Nigel Reo-Coker, drafted in at right-back instead of his usual midfield role, was struggling to settle and United made it 2-0 after 33 minutes, with Ronaldo this time setting up the goal.

He latched onto a clever pass from Scholes and delivered a cross to the back post. Reo-Coker had gone missing and Tevez was left with the simple task of heading the ball home.

United were knocking the ball around with ease, with Scholes at the heart of everything good about their play.

United should have extended their lead in the 48th minute when Rooney was sent clear by Tevez.

It looked as though he must score, but the England striker sent his effort wide from close range.

Villa substitute Shaun Maloney followed suit a minute later when he rattled his effort wide with only Tomasz Kuszczak to beat.

United hit back and Ronaldo came close in the 52nd minute when his shot hit Wilfred Bouma and came back off the bar.

However, a minute later Rooney made it 3-0 when he rounded Carson after Ronaldo's flick-on split the Villa defence.

It was Rooney's first goal in six games in all competitions for United and he savoured the moment after taking his tally to 16.

However, Maloney nearly reduced the arrears in the 55th minute, only for Kuszczak to make a superb block.

With Roma in mind next Tuesday in the Champions League, United boss Sir Alex Ferguson made three substitutions in the 62nd minute.

Owen Hargreaves, Anderson and John O'Shea replaced Patrice Evra, Ferdinand and Michael Carrick.

United remained in the driving seat and Tevez should have scored in the 66th minute, only to head wide in front of goal following a cross from Hargreaves before Rooney hit the post.

Rooney made it 4-0 in the 70th minute with his second of the game after again being released by Ronaldo and Villa boss Martin O'Neill cut a miserable figure in the lashing rain.

Rooney thought he had scored his hat-trick in the 78th minute, only for his effort to be ruled out for offside.

Given his unselfish running, it would have been well deserved in an impressive show by United.

They played out the last four minutes with 10 men as Giggs came off with what appeared to be a knock.

*information taken from www.soccernet.com

Aku telah di TAG: Apa ada dalam BEG

Laa..macam nie rupenya aku kene tag..Dulu aku pernah kene jugak..tapi xpaham pulak aku..so terpaksa ar aku jawab tag ni..terima kasih kepada kak tempe..

Well..First nak tgk apa ada dalam beg aku..Beg aku simple je..ada 2 zip je..zip depan ngan zip utama..



Zip depan: Ada macam2 khazanah yang aku sengaja sepah-sepahkan
1) paper clip
2)Ruler
3)Pen
4)Hansaplast
5)Syiling 20sen
6)Key
7)Syiling 10sen
8)Bolt

Ok tu jer yang ada dalam zip depan..memamng aku sengaja sepah2kan paper clip tu...wakakaka...

Zip utama lak: Ada dkit je barang
1) File
2)Handout
3)Note
4)Pencil Box
5) Calculator

Tu je ada dalam zip utama..aku xsimpan banyak barang sebab berat ar kalau simpan bebanyak...

Ni lak bende yang ada dalam wallet aku..


1) Money
2)Syiling
3) IC
4) Bank Card
5) Lisence
6) Student Card
7) Card (Bonuslink, Mesra)
8) Setem 50sen
9) Pic

Haa..tu je r yang ada dalam beg duit aku..penat lak aku menyelongkar pagi2 nie..huhu..

Well macam aku kene tag org lain je..so aku pun xtau nak tag sape..aku main pilih je ar..
ni orang yang bertuah

1)Lemon
2) Tic

15 Mac

Pagi sabtu yang indah ni aku terbangun.Kalau diikutkan hari ni patutnye aku adajob interview dgn company apa ntah. Well pagi2 aku dah siapkan resume aku sebagai persediaan nak pegi temuduga tu. Tapi kalau nak ikutkan hati, aku malas sebenarnye nak pegi interview tu.so tggu punye tggu masa berlalu macam tu je.Last2 aku xpergi jugak interview tu.Well xpe la..Maybe aku rasa mmg dah bukan rezki aku.walaupun aku xmencuba langsung.

Dalam pukul 2 kawan aku ajak pegi mid-valley plak.Kat situ katanye ada education fair kat exhibition centre. So daripada aku melepak je dalam bilik, baik aku pergi je sana. Tapi kaki aku masih x berapa sembuh. So aku xnak ar berjalan sangat. Well sampai mid valley dah pukul 3.00 pm. perut da lapar.x makan apa2 pun dari pagi nie. so kitorng pun pergi ar makan kat tingkat bawah tu.Sebab kat situ je jual nasik murah..kalau kat dalam mid valley tu, mmg mahal ar..10x lebih mahal. so pas makan aku pun menghala ke exhibition centre.jalan2 kejap dalam education fair tu..Xseronok langsung pun. Bagi aku xberbaloi pun aku pergi sana. Dah bosan kitorang pun balik..Kat Mid valley tgk kete F1 jap..


malam tu kawan aku ajak aku pergi tgk perlawanan bola sepak..Dia kata kedah vs UPBmy team. Well sebelum ni aku xpernah pun tgk bola kat stadium..Untuk menimba pengalaman, aku pun pergi ar jugak ke stadium kelana jaya. Haha.. xtau ar macam mana..aku terpaksa menjadi penyokong kedah waktu tu. (Walaupun sebenarnye aku ni fan selangor) Well kedah menang 2-0.. Berbaloi jugak ar pergi sana. dapat tgk kemeriahan di stadium..mmg x sama tgk bola kat tv ngan stadium.


Sampai umah dah tgh mlm.Masa untuk BPL.. Man utd ada game mlm ni.. nasib baik mng 1-0.. Nyaris2 nak seri..suspen betul..Tu je la keje yang aku buat hari sabtu..haha..Byk keje yang x berfaedah je..huhu..Xpe la..aku asalakan aku rasa hepi cukup ar..Cristiano Dos Santos Aveira Ronaldo yang menjaringkan gol tunggal untuk Man Utd memenangi pertandingan menentang Derby.

-Bile kaki aku nak baik, aku nak men bola balik..waaa..

Related Posts with Thumbnails