~CuCuK AnGiN~

~Taukeh~

Showing posts with label Fakta. Show all posts
Showing posts with label Fakta. Show all posts

Entry panjang atau pendek..

Kadang tu ada orang komen kat aku.. "Panjang nye entry bro.." Aku pun tak tau nak menjawab camne..Bila jari jemari ni jumpe keyboard laptop, mule ar nak menaip.Tapi ikut jugak ar mood time tu, kalau mood ngan idea ada kene satu line memang terpanjang jugak ar entry..

Nak mule citer pasal pengalaman aku, kalau aku duk borak pun mau leh layan dari 10malam sampai kul 4 pagi..Sampai orang yang mendengar cter aku pun dah terlentok-lentok jugak ar.Kucing-kucing yang duk mengiaw tepi kerusi aku pun dah maleh nak layan.Air minum dah order bercawan-cawan habis diminum..



Tu aku punye penangan bile dapat borak ngan memember..Nak kene pulak bile masuk ngan topik best, memang borak xhingat dunia ar..

Same jugak ar kalau aku nak bercerita pengalaman aku dalam blog ni, tu yang kalau pengalaman tu melerett je panjang bukan main, mau terbuat esei 7 juta patah perkataan tu. Bile aku tgk, banyak jugak reader kurang gemar bace entry pepanjang ni.Korang datang meniyinggah jap,pastu terus hala cursor gi penjuru hujung , naik atas kanan jumpe tanda 'X' kaler merah putih tu..Tau2 dah kuar blog aku.. Adess

Pendapat korang patut aku buat entry pependek je ke atau entry panjang? Camne tu..

p/s : Entry ni pendek..

Selamat untuk korang..

Nikmat rokok...

Bace dalam Facebook ada shoutbox cik EV tulis ni...


Apa yang bestnya menghisap objek yang bernama rokok ni..Sila jawab~

Hehe...Rokok ye..
Kalau citer pasal rokok ni, kene panggil sorang yang Anti-Rokok, sorang Ex-Smoker ngan sorang Perokok tegar duk semeja..Meh-meh korang boleh bagi hujah memasing.

*Perokok nyalakan rokok sebatang..Winston 14..(Lighter Zippo)

Perokok: Nak sebatang bro..Amik ar.. (Sambil campak sekotak Winston 14 merah atas meja)
Ex-Smoker: Eh xpe..Aku dah stop ar..
Perokok: Xjantan ar x asap...Apsal stop..
Ex-Smoker: Ntah ar..Lama gua stop, nak start balik xleh ar..
Anti-Rokok: Sengal ar ko ni..nak hisap rokok blah ar..busuk doh..
Perokok: Eleh..Ko mengelabah pehal..Lu xtahan lu ar blah..
Ex-Smoker: Rilek2..Jangan gaduh..

*Perokok duk sembur asap kenikmatan..

Winston Merah..

Perokok: Ko tanye Mamat ni, dulu dia hisap rokok sebab apa..Cter skit..
Anti-Rokok: Hah..Dulu apsal ko hisap rokok..Skang x pulak..
Ex-Smoker: Owh.. Ok cter dia camni sebenarnye..

****************************************************************************

Ok beb...Meh aku cter..(Kita menyelinap masuk kisah ex-smoker ni..)

Dulu pas SPM duk cuba-cuba nak hisap rokok..Tengok memember sume hisap macam cool ke..Asap kuar dari hidung beb..Style giler..

"Beb..Jom try hisap rokok..Aku nak try doh..Ala kita hisap skit je..Pastu kita benti ar..Xde hal kan..Sekurang2 nye ada ar pengalaman.."
"Boleh jugak..ko nak try mana?"
"Mane-mane ar..Tgk ramai je hisap Dunhill.."
"Tu keras skit kot.."
"Amik Sempoerna ar..Dorang kata sdap"
"Okeh layan.."

*Seluk poket..Ada 2 ringgit je kot...

"Ko ada bape?"
"2 ringgit gak"
"Cukup kot.."
"Okeh..Beli.."

*Angkat Sampoerna sekotak..

Kretek stylo..

"Cari pot baik bro..Jom.."
"Jom..haa sini ok kot.."
"Ok bakar ar..Gua nak skit.."
"Fuhh uhuk uhuk.."(Tarik sepam dua)
"Ek eleh..baru skit bro...Lagi2.."
"Uhuk-uhuk...Aku xmau ar.."
"Sengal..rasa cam celaka..Tapi hujung lidah manis kot.."
"Tau pun..Try lagik.."
"Nanti ar..memula ni susah ar..."

Ok sume start dari situ..Mula-mula just nak mencuba saja..Tapi lepas tu, dah mula gian dengan nikotin..Memula rasa sakit bila asap masuk dalam peparu..Tapi pastu, sakit tu tolok tepi ar..Yang penting nikmat tu ada...Nikmat tu korang xkan tau selagi xcuba sendiri..

***************************************************************************

Perbualan tu sambung balik ar..Lama gak dorang duk melepak semeja menghirup udara yang tercemar ngan Winston 14 merah tu..

Anti-rokok:Ko ni sengal ar..Elok-elok peparu ko tu fresh.Ko gi cemarkan dia..
Ex-Smoker: Aku mana tau..Time tu aku bebudak lagi kot..Baru pas SPM..Mana reti pk panjang..
Perokok: Haa..tu aku cakap..Ko mana tau nikmat rokok..Selagi ko xtry sendri, ko xpayah cakap ar.Hanya orang yang pernah hisap rokok je yang tau rokok tu camne..
Anti-rokok: Ceh..Ko ingat best sgt ke..
Perokok: Aku nye pasal ar...Ko sibuk pesal..

(Pasal rokok pun nak gaduh...Keburukan ni)

Ex-Smoker: Rilek2 wehh korang..Xyahlah gaduh pasal ni..
Anti-Rokok: Dia ni ar kecoh... Ok pastu apsal lak ko leh benti hisap rokok..?

Ok ada beberapa sebab yang buat aku berhenti hisap rokok..

*****************************************************************************

Ok..citer Ex-Smoker tu camni..

Aku dah jadi perokok tegar dah..Pas makan je comfirm ar kene asap dulu..Kalau x memang xsenang keje ar..Idea pun tada mari.. Ada sekali tu, rokok xde..Pas makan je aku dah mengelupur xde rokok..Nak pow memember, dorang pun sengkek..

Nak xnak..Aku start engine motor, terus gi Stesen Minyak..Yang tu je dekat kot nak beli rokok..Pas hulur duit kat kaunter, xnyempat nak balik..Bakar kat situ gak..Dapat sepam dua, baru balik..Nikmat kot...

Stylo skeleton ni..Aku suke..Giler cool..

Lagi satu nikmat time nak melabur...(Tandas beb)..Tu kalau aku cter korang xcaye lak..masuk je toilet, kasi bakar sebatang dalam tu..Lancar je pergerakan usus aku mengeluarkan isi dalamnya.. Tu satu, yang kedua xde ar bau bahan buangan dalam tandas..sekurang-kurangnye nyah bau busuk, just ada bau asap rokok je.Kan ke bagus camtu...

Ada beberapa sebab aku berhenti rokok..

1) Poket ku yang sering sengkek..Kerajaan pulak dah start naik harga rokok setiap tahun..naik sikit xpe..Naik mendadak..
2) Famili ngan xtau aku merokok..So bila ngan dorang terpaksa menahan kehendak untuk tidak merokok. (Giler hipokrit)
3) Kejap hisap..Kejap stop.. Peparu xstabil..Nikotin dalam badan kurang..
4) Pernafasan makin xlancar...Bernafas berbunyik je..
5) Time gi futsal tu, gua pancit bro...Kejap je gua surrender..Kua padang terus..
6) Asyik kene pow ngan memember je..Sape xbengang..!

Sebabkan aku dah xstudy..Aku duk ngan famili..Jadi selepas tu, dah xnampak ar rokok kat diri aku ni..Pernafasan aku menjadi semakin lancar..Ada gak aku try nak hisap balik, tapi macam dah imune lak..Aku xleh terima asap rokok..Try hisap sekali, pale aku pening...Tengkuk aku sakit.. Aku batuk2..So aku rasa aku xleh merokok dah..Tu sebab aku benti..

************************************************************************
Perbualan 3 sahabat tu bersambung balik..

Anti-Rokok: Hah ko dengar tu mengong..member ko sendri dah curse rokok tu..ko tu duk menyedut lagik..
Perokok: Hek eleh..ko ni mengelabah apsal..
Anti-Rokok: Wehh sebelum muka ko masuk front page surat khabar sebab mati kene kaki aku yang dah ringan nak hinggap kat pale ko..baik ko buang rokok tu..
Perokok:Yela-yela..Korang cakap camni..Aku hilang feel dah nak tarik..

*Dia pun buang rokok tu..Tapi untuk stop merokok jauh sekali..

****************************************************************************

Kesimpulan cter ni..

Rokok tu bagi sape yang dah hisap, korang mesti rasa nikmat punye..Susah kan nak gambarkan kenikmatan dia kan..Memang best..

Tapi bila dah start melekat ngan rokok, rokok tu dah jadi best frenz dah..Xde awek pun takpe, asalkan ada rokok..Betul x beb?

Nak jadik camni?

Kerajaan dah banyak kot buat kempen memacam pasal rokok ni..Tapi aku xrasa pun boleh buat orang xmerokok..Mungkin yang jenis ada kesedaran tu akan insaf ar, tapi yang hati kering tu sendri mau ingat la kan..

Ok xmo cter panjang-panjang...Korang ada akal, fikir sendiri ye tak..

P/s : Camne lak aku leh buat entry pasal kesedaran ni..Layankan..

Selamat untuk korang..

Kalau Dahi tak Mencecah Sejadah Didunia

Assalam Mu'alaikum !

Sudah Bersediakah Anda Ketika Dipanggil Pulang Oleh Allah
SWT?!!!

Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan!
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan!
Bersolatlah kamu sebelum kamu disolatkan!
Tutuplah rambutmu sebelum rambutmu ditutupkan!
Dengan kain kafan yang serba putih!
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih....
Walaupun orang yang hadir itu merintih....

Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai....
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa....
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah

Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus....
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud....
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?

Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian....
Justeru ku menyeru sekelian Muslimin dan Muslimat....
Usunglah dirimu ke tikar Solat....
Sebelum kamu diusung ke liang lahad....
Menjadi makanan cacing dan mamahan ulat!

Iringilah dirimu ke masjid....
Sebelum kamu diiringi ke Pusara!
Tangisilah dosa-dosamu di dunia....
Kerana tangisan tidak berguna lagi di alam baqa'!

Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan!
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan.. ..
Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan!
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan!
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal....
Bukan yang pergi!

Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan!
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan!

Ingatlah di mana saja kamu berada....
Kamu tetap memijak bumi Tuhan!
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan!
Serta menikmati rezeki Tuhan!
Justeru bila Dia menyeru,....
Sambutlah seruan-Nya Sebelum Dia....
memanggilmu buat kali yang terakhirnya!
Ingatlah kamu dahulu hanya....
setitis air mani yang tidak bererti!

Lalu menjadi segumpal darah!
Lalu menjadi seketul daging!
Lalu daging itu membaluti tulang!
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti....

Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu....
Yang kalau jatuh ke tanah Ayam tak patuk itik tak sudu!
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu....
Yang lebih agung dari malaikat!

Lahirmu bukan untuk dunia....
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat!

Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'....
Dengan penuh rela dan bersedia!
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'....
Jalan kemenangan akhirat dan dunia!

Ingatlah yang kekal ialah amal....
Menjadi bekal sepanjang jalan!
Menjadi teman di perjalanan.. ..
Guna kembali ke pangkuan Tuhan!

Pada hari itu tiada berguna....
Harta, tahta dan putera....
Isteri, kad kredit dan kereta....
Kondominium, saham dan niaga....
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia!!!

Hikmah selawat

Pada setiap Sembahyang Jumaat menjelang tiba iaitu ketika mana sebelum khatib naik ke atas mimbar, kita selaku umat Islam pasti akan mendengar bilal membacakan kepada kita sepotong ayat al-Quran untuk kita ambil peringatan untuk sentiasa mengingati Nabi Muhammad saw dengan cara berselawat.

Allah swt berfirman di dalam surah al-Ahzab ayat 56 yang tafsirnya bermaksud, "Sesungguhnya Allah dan para Malaikatnya berselawat (memberi rahmat) kepada Nabi Muhammad saw oleh kerana itu wahai orang-orang yang beriman ucapkanlah selawat (meminta rahmat) untuk Nabi saw dan ucapkanlah salam dengan penuh kehormatan terhadapnya".

Adapun antara ganjaran ataupun hikmah berselawat ini amat banyak sekali, berikut dicatatkan beberapa hikmah-hikmah berselawat yang bersumberkan daripada riwayat at-Taiyimi iaitu:
1. Satu kali berselawat Allah swt akan membalas dengan 10 kali selawat untuknya.
2. Satu kali berselawat Allah swt akan mengangkatnya baginya (orang yang berselawat) dengan 10 kali darjat.
3. Malaikat juga akan turut membaca selawat ke atas orang yang membaca selawat untuk Rasulullah saw.
4. Doa yang disertai dengan selawat akan diperkenankan oleh Allah swt, akan tetapi doa yang tidak disertai dengan selawat ianya akan tergantung di antara langit dan juga bumi.
5. Akan mendapat tempat yang dekat dengan Rasulullah saw di Hari Kiamat nanti (kepada mereka yang selalu berselawat kepada Nabi Muhammad saw).
6. Akan mendapat Syafa'at daripada Rasulullah saw di Hari Kiamat nanti.
7. Allah swt akan menggandakan limpah kurnia dan juga rahmat-Nya kepada mereka yang berselawat untuk Nabi Muhammad saw.
8. Selawat dapat membersihkan hati, jiwa dan roh yang kotor yang berselaput di dalam dada.
9. Selawat dapat membuktikan kecintaan dan juga rasa kasih sayang kita terhadap Rasulullah saw.
10. Selawat dapat mewariskan kecintaan Rasulullah saw terhadap umatnya.
11. Selawat dapat dijadikan sebagai penyelamat dan juga dapat memelihara daripada segala apa juga yang dapat mendukacitakan dari hal keduniaan mahupun akhirat.
12. Dengan membawa selawat akan dapat mengingatkan kembali apa-apa yang telah kita lupa.
13. Orang yang selalu berselawat akan mendapat nur (cahaya) yang bersinar di dalam hati dan ianya akan berlaku bilamana kita berselawat 100 kali dengan cara selawat yang bersungguh-sungguh dan juga ikhlas.
14. Mendapat ganjaran pahala seperti memerdekakan seorang hamba bilamana kita berselawat sebanyak 10 kali.
15. Allah swt akan meluaskan dan juga melapangkan rezekinya dan juga sumber-sumber rezeki yang lainnya yang tiada kita ketahui.
16. Allah swt akan memberatkan timbangan amalnya pada neraca timbangan di Hari Kiamat nanti.
17. Mendapat keberkatan dari Allah swt bagi dirinya dan juga untuk kaum kerabat dan juga keluargannya.
18. Keistimewaan berselawat dapat mendatangkan rasa kasih sayang dari hati-hati orang-orang mukmin lainnya terhadapnya.
19. Selawat akan dapat mendekatkan dirinya dengan 'Telaga Haudh' iaitu telaga Rasulullah saw serta akan dapat pula meminumnya di Hari Kiamat kelak.
20. Selawat dapat melepaskan diri seseorang itu daripada tergelincir semasa melalui titian sirat dan ia dengan selamat akan dapat menuju ke syurga.
Demikianlah dicatatkan beberapa hikmah berselawat kepada junjungan kita Nabi Muhammad saw dan juga antara ganjaran-ganjaranny a.
Adalah amat digalakkan bagi kita semua umat Islam untuk sentiasa berselawat kepada Nabi saw kerana amat banyak sekali manfaat dan juga ganjaran yang akan dilipat gandakan.
"Ketahuilah bahawa apabila mereka berselawat ke atas Nabi Muhammad saw, maka para Malaikat pun akan turut berselawat bersama-sama mereka sehinggalah mereka selesai berselawat."(at-Taiyimi)

I Love U

English - I love you
Afrikaans - Ek het jou lief
Albanian - Te dua
Arabic - Ana behibak (to male)
Arabic - Ana behibek (to female)
Armenian - Yes kez sirumen
Bambara - M'bi fe
Bangla - Aamee tuma ke bhalo aashi
Belarusian - Ya tabe kahayu
Bisaya - Nahigugma ako kanimo
Bulgarian - Obicham te
Cambodian - Soro lahn nhee ah
Cantonese Chinese - Ngo oiy ney a
Catalan - T'estimo
Cheyenne - Ne mohotatse
Chichewa - Ndimakukonda
Corsican - Ti tengu caru (to male)
Creol - Mi aime jou
Croatian - Volim te
Czech - Miluji te
Danish - Jeg Elsker Dig
Dutch - Ik hou van jou
Esperanto - Mi amas vin
Estonian - Ma armastan sind
Ethiopian - Afgreki'
Faroese - Eg elski teg
Farsi - Doset daram
Filipi no - Mahal kita
Finnish - Mina rakastan sinua
French - Je t'aime, Je t'adore
Gaelic - Ta gra agam ort
Georgian - Mikvarhar
German - Ich liebe dich
Greek - S'agapo
Gujarati - Hoo thunay prem karoo choo
Hiligaynon - Palangga ko ikaw
Hawaiian - Aloha wau ia oi
Hebrew - Ani ohev otah (to female)
Hebrew - Ani ohev et otha (to male)
Hiligaynon - Guina higugma ko ikaw
Hindi - Hum Tumhe Pyar Karte hae
Hmong - Kuv hlub koj
Hopi - Nu' umi unangwa'ta
Hungarian - Szeretlek
Icelandic - Eg elska tig
Ilonggo - Palangga ko ikaw
Indonesian - Saya cinta padamu
Inuit - Negligevapse
Irish - Taim i' ngra leat
Italian - Ti amo
Japanese - Aishiteru
Kannada - Naanu ninna preetisuttene
Kapampangan - Kaluguran daka
Kiswahili - Nakupenda
Konkani - Tu magel moga cho
Korean - Sarang Heyo
Latin - Te amo
Latvian - Es tevi miilu
Lebanese - Bahibak
Lithuanian - Tave myliu
Malay - Saya cintakan mu / Aku ci nta padamu
Malayalam - Njan Ninne Premikunnu
Mandarin Chinese - Wo ai ni
Marathi - Me tula prem karto
Mohawk - Kanbhik
Moroccan - Ana moajaba bik
Nahuatl - Ni mits neki
Navaho - Ayor anosh'ni
Norwegian - Jeg Elsker Deg
Pandacan - Syota na kita!!
Pangasinan - Inaru Taka
Papiamento - Mi ta stimabo
Persian - Doo-set daaram
Pig Latin - Iay ovlay ouyay
Polish - Kocham Ciebie
Portuguese - Eu te amo
Romanian - Te ubesk
Russian - Ya tebya liubliu
Scot Gaelic - Tha gra\dh agam ort
Serbian - Volim te
Setswana - Ke a go rata
Sign Language - ,\,,/ (represents position of fingers when signing'I Love You')
Sindhi - Maa tokhe pyar kendo ahyan
Sioux - Techihhila
Slovak - Lu`bim ta
Slovenian - Ljubim te
Spanish - Te quiero / Te amo
Swahili - Ninapenda wewe
Swedish - Jag alskar dig
Swiss-German - Ich lieb Di
Tagalog - Mahal kita
Taiwanese - Wa ga ei li
Tahitian - Ua Here Vau Ia Oe
Tamil - Nan unnai kathalikaraen
Telugu - Nenu ninnu premistunnanu
Thai - Chan rak khun (to male)
Thai - Phom rak khun (to female)
Turkish - Seni Seviyorum
Ukrainian - Ya tebe kahayu
Urdu - mai aap say pyaar karta hoo
Vietnamese - Anh ye^u em (to female)
Vietnamese - Em ye^u anh (to male)
Welsh - 'Rwy'n dy garu
Yiddish - Ikh hob dikh
Yoruba - Mo ni fe

Makan..



Mcm biase la cuti2 ni kan..dah bgun pukul 11.40 pg..at least pg jugak la..walaupun late morning dah nak masuk afternoon dah..mana xnye semalam je aku tido dah nak dekat pkul 4.30 pg...so apa lagi terlajak ar tido...huhu..Banyak sangat makan limau ar baru2 nie..pegi beli sekotak limau kat tesco semalam..lagipun elok mkn buah..untuk kesihatan jugak kan..Limau ni ramai org tau kan..selain dia adalah simbol kekayaan untuk org cine..(Betul ke? Aku main ckap je).. limau ni pun byk jugak khasiat dia..dia ada vitamin c..bagus untuk usus..
Ni ada ar fakta skit aku jumpe pasal limau mandarin nie..

Pokok limau mandarin ialah sejenis tumbuhan buah-buahan. Nama sainsnya termasuk Citrus reticulata dan Citrus suhuiensis Hort. Citrus suhuiensis Hort digelar "limau langkat" dan "limau madu" di Malaysia.

Bagi masyarakat orang Cina, limau adalah lambang kegembiraan.Mengikut kepercayaan mereka, limau yang masih mempunyai daun terlekat padanya membawa maksud hubungan seseorang dengan yang lain akan terjalin erat.Manakala bagi yang baru berkahwin pula, ini melambangkan hubungan perkahwinan yang terjalin akan kekal utuh sehingga ke anak cucu.Agaknye la kot...Tu pasal setiap kali CNY ada la buah limau nie..


Pastu time tgh panas2 nie..minum lak air Sparkle la kot..made in Belgium aku rase..ntah ar..Tapi ok ar rase jus dia..Dia air jus yg berkarbonat..grape la tuh..time panas2 ni kire ok jugak la minum air nie..cume mahal la skit kan..tapi apa salahnye..sekali sekala..So perut pun penuh la ngan buah limau..air lagi...
Pastu minum la air 7up revive...perghh..mengisi perut je dari td...Makan mkan mkn..haha..
Actually aku pun xpasti lg apa plan nak buat hari nie...Som aku dari td melepak je dalam bilik ni, menghadap computer aku nie..ushar2 blog org...Tgk2 kat JL..
Pastu xtau nak buat apa...makan limau dan limau lagi..ada lagi limau dlm peti ais..xtau la camne nak habiskan tu...meh la dtg umah mkn limau...

Related Posts with Thumbnails