~CuCuK AnGiN~
~Taukeh~
KEPUTUSANNYA :
Harap maaf di atas kelewatan menyiarkan keputusan.Ini adalah kerana terdapat kesulitan yg tidak dpt dielakkan..
Berikut adalah keputusan pada minggu ini :
1. Jejerz : 65.45 (JK) + 2.9 (JA) + 10 (JL)= 78.35
2. : Squall : 63.35 (JK) + 4.3 (JA) + 5 (JL)= 72.65
3. : Neo : 61.95 (JK) + 2.1(JA) + 10 (JL)= 74.05
4. : Lemon : 60.2 (JK) + 5.7 (JA) + 7.5 (JL)= 73.40
5. : Data : 53.9 (JK) + 7 (JA) + 8.5 (JL)= 69.40
Oleh kerana kelewatan peserta Neo_matrixx menghantar tugasan, sbyk 10 markah ditolak dr markah Neo_matrixx menjadikan jumlah keseluruhan ialah 64.05. Dgn ini di umumkan bahawa peserta ke-5 tersingkir dr JLBM 2008 ialah Neo_matrixx.
Sepanjang mengendalikan JLBM 2008 ini, saya rasa ini lah antara keputusan paling sukar bg saya utk menyingkirkan Neomatrixx. Dari mula penglibatan Neo saya dpt melihat ‘improvement’ Neo dlm menyiapkan tugasan dr satu minggu ke satu minggu. Antara ramai2 peserta Neo menunjukkan kemajuan yg agak bagus. Walau pun tugasan 3 diserahkan lewat, tp saya kira Neo cuma mengambil masa satu jam lebih sahaja utk menyiapkannya berdasarkan pada peninjauan saya. Saya akui ianya adalah tugasan yg agak bagus. Agak berat bg saya utk menyingkirkan peserta sebaik Neo. But, rules is rules, it is not made to be broken. Harap Neo boleh join lg utk musim akan dtg dan terima kasih di atas sokongan anda terhadap pertandingan ini.
-------------------------------------------
Ini adalah antara keputusan terbaru..Hhuhu..Akhirnya sampai di sini sahaja perjuangan aku dalam JLBM.Sudah bukan rezeki aku di sini..ahakz..Well aku nak ucapkan terima kasih pada pihak penganjur sebab sudi beri aku peluang menyertai pertandingan macam nie (Musim depan jemput lagi ekk)..Aku rasa hepy sgt bila join game nie.Apa apa pun gud luck untuk peserta-peserta yang lain..
Labels: Blogger Mania

Akhirnya sudah sampai minggu ketiga JLBM 2008 Blogger Mania dilangsungkan..Hanya 5 peserta yang tinggal untuk menyahut cabaran.Hanya 4 peserta yang akan berentap ke pusingan terakhir..Tapi, mungkin aku sudah dapat jangkakan siapakan peserta yang akan disingkirkan minggu ni..tapi aku tak kisah sangat..perjuangan tetap perjuangan..berjuang sampai ke titik penamat..
Jadi aku nak ceritakan lah serba sedikit pengalaman aku yang telah aku lalui selama aku menyertai pertandingan ni sampai la minggu terakhir ni..Sebenarnya sebelum tu peserta-peserta dah dinasihatkan dulu untuk menyiapkan item wajib sebagai markah bonus yang harus disertakan dalam blog setiap peserta.Setelah selesai barulah tugasan pertama dilancarkan.. Minggu pertama (10/02/2008):
Aku diberi tugasan untuk yang pertama..Tajuk tugasan tersebut adalah SAYA DAN BLOG.Untuk tugasan ni, aku rasa ok lah jugak.Sebab aku xrasa susah sangat pada tugasan pertama ni.aku cuma fokus pada template bagi mencantikkan lagi blog aku.Cuma aku diberi cabaran apabila dreamweaver aku xboleh pakai.Aku just bergantung pada dreamweaver untuk mengubah-ubah saiz atau kedudukan blog aku.Tapi aku tak dapat melaksanakannya.Jadi aku terpaksa menggunakan blog yang aku dah siapkan sebelum ni.Aku just berharap pada posting yang telah aku buat.
Apabila keputusan diumumkan, aku rasa agak terkejut jugak pada permarkahan yang diberi oleh pihak juri.Mungkin memang sudah rezeki aku dapat meneruskan ke pusingan seterusnya.Walaupun keputusan minggu pertama dipenuhi banyak kontroversi, tapi penganjur dapat mengawal keadaan tanpa mengganggu urusan pertandingan.Aku kagum dengan cara penganjur mengawal situasi. Minggu kedua (16/02/2008):
Pada minggu kedua pula, tugasan yang diberikan adalah CERITA DI SEBALIK GAMBAR.Aku pun tercari-cari gambar yang diberikan pada aku.Alangkah terkejutnya aku apabila gambar seekor kucing diberikan pada aku.Pada mulanya aku rasa tertekan sangat sebab aku tak tahu langsung apa nak diceritakan mengenai kucing tersebut.Banyak jugak aku lakukan pencarian fakta melalui internet, aku juga ada minta pendapat dari blogger-blogger lain dan juga dari rakan-rakan aku.
Keputusannya amatlah diluar sangkaan aku.Sebab tiada penyingkiran pada minggu tersebut.Ada 2 peserta yang telah menarik diri dari pertandingan.Aku fikir, mungkin peserta tersebut mempunyai tanggungjawab lain yang lebih penting untuk dilakukan. Perkara begini bagi aku adalah kejutan dari pihak penganjur.Sudah rezeki aku untuk meruskan ke peringkat seterusnya.Walaupun bagi aku, markah yang aku perolehi tidak mampu untuk menyaingi otai-otai yang lain, tapi bagi aku aku harus teruskan jugak. Minggu ketiga (24/02/2008):
Pada minggu ketiga ni, aku telah mendapat tugasan bertajuk SAYA DAN JL BLOGGER MANIA 2008. Tapi, aku tak dapat meneruskan pertandingan JLBM ni.Aku telah dibebani dengan macam-macam masalah tentang tugasan yang lebih penting sebagai seorang pelajar.Pada saat akhir untuk menyerahkan tugasan, aku gagal berbuat demikian.Bagi aku, mungkin ini adalah kesudahan bagi aku.Aku tak boleh lagi untuk meneruskan perjuangan aku dalam JLBM Blogger Mania. Agak sedih jugak bagi aku apabila mengenangkan Perjuangan aku dari awal hingga lah ke minggu ini. Aku telah minta untuk mengundurkan diri dari pertandingan kepada pihak penganjur.Tetapi penganjur masih memberi aku peluang untuk meneruskan perjuangan aku dengan bersyarat aku harus menyiapkan tugasan aku sebelum 3petang. Aku amat berterima kasih kepada kak tempe, sebab dengan begini dia secara tidak langsung memberi aku semangat semula apabila satu ketika aku telah jatuh, sampai aku berputus asa untuk meneruskan tugasan aku. Untuk tidak menghampakan sesiapa, aku lakukan juga tugasan terakhir aku ini. Perjuangan tetap perjuangan.Aku teruskan juga hingga saat akhir.
Pengalaman yang aku timba dalam aku menyertai pertandingan ni sangat bermakna bagi aku.Banyak ilmu aku perolehi daripada blogger-blogger lain.Selain tu, aku dapat juga beramah mesra dengan peserta-peserta lain.Ada jugak aku rasa semangat kerjasama antara peserta-peserta sebab mereka juga ada membantu aku dalam menyiapkan tugasan-tugasan yang diberikan kepada kami.Aku berterima kasih banyak kepada mereka sebab tanpa mereka, aku rasa aku tak dapat meneruskan sampai ke pusingan terakhir ni.
Pada pendapat aku, pertandingan ini amatlah bagus.Ia harus diteruskan lagi pada musim-musim akan datang.Sebabnya, banyak kebaikan yang aku perolehi melalui pertandingan JLBM nie.Selain tu ia dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara peserta-peserta,pihak juri dan juga pihak penganjur.
Aku tak nampak sebarang kelemahan pada JLBM yang dianjurkan nie, tapi mungkin sesetangah perkara boleh dibaikkan lagi.Mungkin pada segi permarkahan, masa ataupun apa-apa sahaja. aku rasa pihak penganjur lebih arif dalam menguruskan pertandingan sebegini.
Pada masa depan, aku harap lebih ramai lagi peserta akan menyertai pertandingan yang dianjurkan oleh JomLayan ni.hadiah pulak, kalau boleh dapatlah disertakan hadiah-hadiah yang lumayan (Ahakz).Kalau boleh, masa pertandingan dapat dilanjutkan sehingga 2 bulan mungkin bagus juga. Itu adalah pendapat peribadi aku.Mungkin bagi orang lain, tempoh masa tidak menjadi masalah bagi mereka.
Pertandingan sebegini harus dikekalkan oleh pihak penganjur.aku harap sangat pihak penganjur dapat meneruskan pertandingan sebegini.Aku rasa amat seronok apabila menyertai pertandingan sebegini. Mungkin sudah berakhir penyertaan aku pada musim ni, tapi aku akan berusaha sebaiknya pada musim akan datang.Aku harap pihak penganjur dapat anjurkan lagi pertandingan ini pada masam akan datang.Diharap, janganlah lupa untuk menjemput aku lagi..
Akhir kata, aku berterima kasih pada semua peserta-peserta blogger mania yang telah banyak membantu dan memberi semangat pada aku. Kepada semua peserta-peserta, teruskan usaha dan semoga maju jaya. Terima kasih kepada kak tempe, sebab memberi aku peluang untuk menyerahkan tugasan terakhir ni.Terima kasih banyak-banyak..
Aku nak pergi kelas, Assalamualaikum..
Labels: Blogger Mania

Seperti yang kita semua ketahui, kucing adalah binatang yang boleh dikatakan teman kepada manusia.Kita boleh sentiasa nampak kucing berkeliaran di tepi-tepi jalan, di restoran untuk mencari makanan. Kucing merupakan haiwan karnivor yang kecil dan adalah binatang yang pandai, ia boleh patuh pada arahan mudah dari manusia.Kucing juga bijak memburu dalam hidupnya. Itu adalah fakta..Tetapi tahukah kita bahawa, kucing mempunyai kegiatan lain pada zaman ini..Beginilah kisahnya...
Di pagi hari yang indah ini..Kelihatan cuaca cerah..Tiada tanda-tanda akan hujan..Mendung sahaja keadaannya..Angin berhembus menyelinap ke ruang angkasa.. Anak-anak berlari di taman..Meneruskan rutin harian mereka.Kedengaran suara riuh kanak-kanak bermain.Termundar-mandir seekor kucing tanpa hala tuju.Bergerak ke arah angin berhembus.Bulunya halus bak permaidani..Warnanya lembut menghiasi taman.Parasnya comel dikagumi ramai..Bergerak lincah ke sana ke mari.Tetapi.....
Itu semua kisah lama..Tidak lagi hari ini..
Mengapa?Apa sudah berlaku?
Persoalan yang sering menjadi perbualan ramai..Mengapa begini? Apa yang sudah terjadi kepada Si BOBO.. (bukan nama sebenar).. Dahulunya, Ia adalah juara..Disegani ramai..Di gilai Sang Betina..Tetapi tidak kini... Semuanya bermula disini....
Suatu hari BOBO berjumpe rakan baiknye COMOT(pun bukan nama sebenar)
BOBO : Hai COMOT..banyak kau dapat ikan hari nie..
COMOT : Tak ar..gua skang dah layan bende lain..Lu nak cube ker? Layannn woo..(Dengan nada khayal)
BOBO : Bende apa tu?
COMOT : Meh ikut gua..
BOBO pun mengekori COMOT ke sebuah rumah..
BOBO: Waa..Cantik rumah nie..
COMOT: Biasa lah..tengoklah tuan sapa....
BOBO: Rumah tuan kau ke?
COMOT: A'ah..Kau lepak ar dulu..
BOBO pun merehat-rehatkan badannya..Tiba2 BOBO ternampak sepasang kasut yang cantik dan berkilat..Kasut kulit yang mahal dan berjenama..
BOBO: Waa..Ni kasut branded nie..Kaya nye tuan kau..
COMOT: Haa..Ni yang aku nak tunjuk dekat kau ni..
BOBO: Perghh..Mesti mahal kan...
COMOT: Alaa..kau jangan malu-malu..Cuba kau masuk tengok kasut tu.
BOBO: Boleh ke..Tuan kau tak marah ke?
COMOT: Tak apa..Aku selalu dah layan benda ni..ok jer..tak ada apa-apa..Tuan aku tak ada dekat rumah sekarang.
BOBO pun mencuba memasukkan kepalanya kedalam kasut tersebut..
COMOT: Amacam..Layan x? Boleh feel x?
BOBO: Aaaa (Dalam keadaan pening kepala)
COMOT: Ko cube sedut pelan pelan..
BOBO: Uhuk uhuk.. (Batuk)
COMOT: Cuba lah lagi..Kau pasti akan sukakanya..
BOBO: Fuhh.. Feelnya..
COMOT: Aku tau kau pasti sukakannya..
Tanpa berfikir panjang BOBO telah terikut hasutan rakannya COMOT itu..BOBO pun terus menerus menjalankan aktiviti tersebut tanpa rasa gusar dan bimbang..
BOBO memasukkan kepalanya ke dalam kasut berjenama tersebut berulang kali..Untuk mendapat rasa yang lebih khayal, BOBO memasukkan lagi kepalanya kelubuk dalam kasut tersebut.. Akhirnye kegiatan tersebut telah memberi kesan yang mendalam dalam hidup BOBO.. Dia telah terlebih layan bau kasut tersebut..Kepalanya tidak dapat lagi menahan bau kasut itu..Akhirnye BOBO pergi meninggalkan dunia yang fana ni..Ia terkulai layu tanpa bantuan sesiapa..
Akhirnye pergilah BOBO meninggalkan kita semua..Tidak di nafikan dalam kita mengejar kemewahan dalam dunia yang fana ini, masih ada segelintir "kucing" yang masih meneruskan kegiatan terkutuk tersebut tanpa memikirkan kesan yang bakal dihadapinya.. Apakah peranan kita sebagai masyarakat? tepuk dada..tanye selera..
Adakah ini yang kita mahukan??
Janganlah kita terjebak ke dalam lembah yang hina ok..Paham2 je la..
Cerita ini rekaan semata-mata.Tiada kene mengena dengan mana-mana kucing pun.
Labels: Blogger Mania

Assalamualaikum kepada sume pembaca blog aku nie..Well ni tugasan Pertama aku untuk Jom Layan Blogger Mania 2008.Mungkin aku agak nervous la skit, sebab aku ni bukan nye pandai dlm bab2 blog nie..saje la aku nak mencuba nasib dlm pertandingan ni.Walaupun ramai otai2 yg join, so aku kene yakinkan diri sendiri untuk bersaing ngan dorg jugak la…Jadi, Tugasan kali ni adalah pasal “SAYA DAN BLOG”Kenapa anda menjadi blogger?
Well…Kenape aku jadi blogger..kenape aku jadi blogger..haha..Actually dulu aku xkenal apa itu blog sebenarnye..then, aku ternampak abang aku sedang mengedit2 blog..so aku tanye dia, “Apa tu? Ko buat laman web ke apa”... then dia terangkan kat aku apa itu blog..so aku pun menjadi Blogger sampai skang..
Actually first sekali aku buat blog adalah sebab aku nak jadikan ia sebagai satu medium untuk aku nyatakan perasaan aku, hasrat, harapan and yg paling penting sekali aku jugak boleh jadikan blog aku ni macam diari untuk aku..bagi aku blog ni tempat yg sesuai untuk aku bersosial, get or give knowledge pasal religion ke, tunjukkan interest aku (contoh : Man Utd), lagi kalau aku ada masalah ke, boleh jugak aku nyatakan kat blog aku..so bile ada pembaca yg melawat blog aku boleh jugak bg cadangan or komen pada aku.
That’s means blog ni dah jadi mcm tempat untuk aku berkomunikasi, selain boleh dapat meramaikan lagi kawan2..Disebabkan blog ni la aku join JomLayan..n dah kenal ramai kawan2 contoh mcm (kak tempe,jejerz, Blackpurple,Diablo,lemon,fiq, n ramai lagi la..)..Blog adalah suatu medium yg jujur bg aku..
Blog ni dah mcm ada hubungan yg rapat dgn aku..kadang tu boleh jadi mcm kawan baik plak..sebab aku boleh buat apa saje pada blog aku, sebab ia adalah blog aku..aku punye suke la kan..Ada jugak org buat Blog untuk duit..diorang mendatangkan pendapatan dari blog..tu aku xtau sgt..mungkin sebab kuasa pengiklanan..so aku pun ada gak letak iklan kat blog aku..(just cube2 je..)Sudah berapa lama bergelar blogger?
Erm actually aku xberape ingat la bile aku buat blog nie…maybe bulan 10 tahun lepas kot..Time2 situ jugak la..sebab time tu aku baru habis practical kat penang..so baru 4bulan je ar aku bergelar Blogger..Kira baru lagi la kan..Banyak lagi ilmu aku kene timba lagi..Siapakah pendorong anda?
Well x lain xbukan pendorong terkuat aku adalah abg aku (aka Squall)..Dialah org yg banyak sgt sumbangan dlm penciptaan blog aku nie..dia jugaklah yg ajar aku coding, cara nak ubah template, and mcm2 ilmu blog dia bg kat aku..pada mulanye mmg aku rase susah sgt nak buat blog nie..Atas dorongan abg aku la, aku dapat buat sume nie..thanx byk2 kat abg aku..
Selain tu, bile aku join Jom layan mcm2 ilmu pasal blog aku leh timba kat situ..Blogger2 lain pun byk bg tunjuk ajar, especially kat tempe sebab mcm2 advice and cadangan dia bg kat aku..So kalau aku ada masalah pasal blog nie, dorang jugak lah yg byk bg dorongan pada aku dlm pembikinan blog nie…Blog anda adalah mengenai apa?
So aku nak terangkan kat sini Blog aku ni tajuknya “Kehidupan Vs Aku”.. Well, pada asasnye blog aku adalah mengenai kisah Kehidupan aku ataupun diari aku seharian..Macam mane aku menempuhi dugaan hari ni..Kadang kalau ada peristiwa menarik yg berlaku pada diri aku, aku boleh tulis kat blog aku..aku xkisah lah walaupun cerite aku dipaparkan pada sume org, well aku just nak berkongsi kisah hidup aku pada sume org..x salahkan..
Blog aku ni jugak aku ada paparkan untuk Man Utd FC..aku ni peminat setia man utd..so kalau fan man utd kat luar yang nak berkongsi apa2 pasal club ni, bleh ar bace kat blog aku nie..aku akan update setiap kali perlawanan melibatkan man utd..
Selain tu kalau aku dapat fakta2 menarik ke, aku akan selitkan jugak pada posting blog aku nie…Untuk rujukan sape2 saje..aku harap dgn buat mcm tu dpt lah aku kongsi2 fakta ngan kawan2 yg lain…(Cewahh..)Siapa yg telah berjaya dipengaruhi utk membuat blog selama anda begelar blogger?
Disebabkan aku ni masih baru dlm blog nie, so aku xrase aku dapat mempengaruhi sape2 untuk buat blog..maybe selepas ni akan ada..sebab ada jugak kawan2 rumah aku yg teringin nak buat blog sebab dorg ternampak aku edit2 blog aku nie..Actually kalau dorg perlukan pertolongan aku, aku akan tolg…Sharing is caring betul x..ahakz…Apa harapan anda terhadap blog anda?
Harapan aku, untuk jangka masa panjang, aku harap aku dapat memeriahkan lagi blog aku nie..Aku nak buat posting2 yang berkualiti dan harap sgt bertambah2 lagi pelawat ke blog aku..
Untuk jangka masa pendek, aku harap blog aku ni boleh la menang dan menjadi JL Blogger mania.Walaupun sukar and saingan hebat tapi aku kene yakin pada blog aku sendri..Sebab kalau aku sendiri x yakin, mcm mana juri nak yakin pada blog aku nie..So aku amat berharap la kan, juri2 yakin pada posting n template aku supaya aku dapat bertahan hingga ke akhir..Betul x..…Pada pendapat anda bagaimanakah blog anda sekarang?
Pada pendapat aku blog aku sekarang ni dah cukup ok..Xtau lah nak letak apa2 lagi..kalau tgk pada templatenye simple je..sebab bagi aku, hidup aku simple..So aku just letak background hitam..Yang penting aku selesa dan rasa puas hati pada apa yg telah aku lakukan..Bila aku puas hati aku harap org lain pun akan puas hati.. Aku terima pendapat sape2 pun untuk aku merperbaiki lagi blog aku nie..
Dari segi posting plak maybe boleh diperbaiki lagi..
link plak aku rase aku dah letak banyak link kat side bar aku..korang just perlu tekan mane2 link untuk terus ke destinasi link tersebut..So secare keseluruhannye aku amat berpuas hati pada blog yang aku usahakn selama nie..Aku terima sebarang nasihat dan cadangan..
-------------------------------------------------------------Adakah aku layak menjadi JUARA
Jomlayan Blogger Mania 2008?
Jawapan di tangan ANDA..
Undilah sekarang..
-------------------------------------------------------------
Labels: Blogger Mania

Aku baru je mendaftar untuk join JL Blogger Mania nie..walaupun aku ni bukanlah pandai sgt bab2 blog nie..decoration apa sume..tapi xkisahlah..just for fun..Sape2 yg otai2 pasal blog kat luar sane tu harap korang dapat ar join skali..Aku pun firsttime je ni..apa2 hal kalau korang xphm ke nak daftarke , korang leh ar tekan link nie pendaftaran
Labels: Blogger Mania