~CuCuK AnGiN~

~Taukeh~

Puasa , Latihan Industri?


Cuti yang x seberapa ni guwa susuli dengan aktiviti lepak malam, kalau x pun guwa melepak je ar kat umah mengadap PC selama 24 jam tolak campur tido guwa , ada ar beberapa jam digunakan, yang lain hanya membuang masa..

Bulan Ramadhan yang mulia dah menjelma..

Malam yang indah disinggah meteor berterbangan berhampiran bumi sambil menjeling ke arah penduduk bumi yang rata-ratanye dah mula masuk ke bilik untuk tidur.Memandangkan esok pun mereka ada aktiviti yang perlu dilakukan untuk meneruskan kelangsungan hidup diri dan keluarga mereka.Tapi apa yang aku buat..

-1.58 am-

"Ermm, esok nak sahur pe ekk...Tadi dah berbuke ni..nanti nak sahur yang tu...makan ni..minum tu..."


Mata xnak jugak lelap asyik duk memikirkan apa yang perlu guwa buat waktu cuti macam ni. Bekas tin minuman tersusun rapi kat tepi meja komputer campur lak ngan cawan2 yang x dibasuh lebihan air minum semalam. Sekali pandang, bilik guwa xubah macam bilik serigala. Kalau ada makcik2 yang lalu depan bilik ni, comfirm dia akan kata

"Kotoqnye bilik ang ni...Pemalas sunggoh anak bujang sekoq nie!!"



Xsah kalau bilik bujang xbersepah ngan tin-tin, campur lak ada dumbell besi 10kg tertiarap kat atas lantai. Sebijik gitar berwarna coklat tersergam indah berhadapan dengan rak baju. Deodorant dan minyak wangi tersusun di para-para.

Baru la bujang bilik guwa camni..Muke bangga sambil sengih sorang-sorang...

****************************************************************************

Tu dia punye intro...

Bukan pasal bilik guwa yang guwa nak cter kat sini sebenarnye..Camni..Tadi disebabkan kebosanan dah mula melanda dan menerjah ke rongga fikiran guwa, tibe-tibe terdetik jugak guwa nak tanye kat member2. Mana la tau lu orang leh bagi guwa cadangan untuk update blog ni kan..Guwa pun tanpa segan silu menaip perenggan di bawah..


Dari perbualan di atas, ada member guwa Cik Efa Khairi bagi cadangan untuk guwa cter ar lebih lanjut pasal Latihan Industri , LI yang guwa dah jalani selama 12 minggu kat Ayamas Food Corporation Sdn. Bhd. AFCSB... Okeh guwa ingat guwa cter ar serba skit untuk korang tau apa keje guwa kat sane...

-9/5/2011-

Tengok jam kat dinding dah pukul 8.00 pagi..Kalau refer kat offer letter ni, dia suh daftar kul 9.00pg..Xpe ar..Guwa gerak awal skit xpe ar kot..Perjalanan pun setengah jam, tu pun kalau guwa tak drive kete cam Lewis Hamilton..

Baju kemeja putih bergosok rapi di sisip masuk ke dalam seluar slack hitam. Kemas dengan dilitupi tie berwarna hijau kehitaman..Namun penampilan xkan tersergam indah kalau rambut x mengikut perkembangan terkini..Dengan menggunakan Code10 biru disapu kemas ke arah rambut sambil dibentuk menjadi pacak-pacak bersama belahan tengah dengan harapan gaya ni mampu mencuit hati gadis-gadis yang ada di Ayamas kelak...Cewaah...


Tepat jam 9.00pg aku dah terpacak depan pejabat Sumber Manusia..

"Assalamualaikum cik..Sy datang nak daftar untuk praktikal"
Sopan susun kata guwa terhadap warga human resources.

"Owh nak daftar praktikal..Kejap ekk..."


"Zarinaaaaa..."
Jeritan akak lingkungan umo 30an menyentap lamunan guwa..

Xlama lepas tu seorang gadis lengkap berbaju kurung dah bertudung rapi keluar dan menyapa guwa..

"Eh, ni yang nak daftar praktikal kan..Nape datang lambat..?"


Kaget sekejap hati guwa dengan pertanyaan selamber tu...

"Saya lambat?"
Guwa dengan muka hairan campur x bersalah..

"Erm xpe2..Adik isi borang ni..Pastu sain sini..Pastu..Bla bla bla..."


Sejak hari tu bermulalah guwa sebagai Practical student bahagian Maintenance di AFCSB..

Nanti guwa sambung cter...Time nk sahur nie...

Selamat untuk korang..

*******************************************************************


1 Response for the "Puasa , Latihan Industri?"

  1. dwen says:

    sampai situ je? saspen gle weh...hahaha

     
Related Posts with Thumbnails