~CuCuK AnGiN~
~Taukeh~
Cuti yang x seberapa ni guwa susuli dengan aktiviti lepak malam, kalau x pun guwa melepak je ar kat umah mengadap PC selama 24 jam tolak campur tido guwa , ada ar beberapa jam digunakan, yang lain hanya membuang masa..
Bulan Ramadhan yang mulia dah menjelma..
Malam yang indah disinggah meteor berterbangan berhampiran bumi sambil menjeling ke arah penduduk bumi yang rata-ratanye dah mula masuk ke bilik untuk tidur.Memandangkan esok pun mereka ada aktiviti yang perlu dilakukan untuk meneruskan kelangsungan hidup diri dan keluarga mereka.Tapi apa yang aku buat..
-1.58 am-
"Ermm, esok nak sahur pe ekk...Tadi dah berbuke ni..nanti nak sahur yang tu...makan ni..minum tu..."
Mata xnak jugak lelap asyik duk memikirkan apa yang perlu guwa buat waktu cuti macam ni. Bekas tin minuman tersusun rapi kat tepi meja komputer campur lak ngan cawan2 yang x dibasuh lebihan air minum semalam. Sekali pandang, bilik guwa xubah macam bilik serigala. Kalau ada makcik2 yang lalu depan bilik ni, comfirm dia akan kata
"Kotoqnye bilik ang ni...Pemalas sunggoh anak bujang sekoq nie!!"
Xsah kalau bilik bujang xbersepah ngan tin-tin, campur lak ada dumbell besi 10kg tertiarap kat atas lantai. Sebijik gitar berwarna coklat tersergam indah berhadapan dengan rak baju. Deodorant dan minyak wangi tersusun di para-para.
Baru la bujang bilik guwa camni..Muke bangga sambil sengih sorang-sorang...
Tu dia punye intro...
Bukan pasal bilik guwa yang guwa nak cter kat sini sebenarnye..Camni..Tadi disebabkan kebosanan dah mula melanda dan menerjah ke rongga fikiran guwa, tibe-tibe terdetik jugak guwa nak tanye kat member2. Mana la tau lu orang leh bagi guwa cadangan untuk update blog ni kan..Guwa pun tanpa segan silu menaip perenggan di bawah..
Dari perbualan di atas, ada member guwa Cik Efa Khairi bagi cadangan untuk guwa cter ar lebih lanjut pasal Latihan Industri , LI yang guwa dah jalani selama 12 minggu kat Ayamas Food Corporation Sdn. Bhd. AFCSB... Okeh guwa ingat guwa cter ar serba skit untuk korang tau apa keje guwa kat sane...
-9/5/2011-
Tengok jam kat dinding dah pukul 8.00 pagi..Kalau refer kat offer letter ni, dia suh daftar kul 9.00pg..Xpe ar..Guwa gerak awal skit xpe ar kot..Perjalanan pun setengah jam, tu pun kalau guwa tak drive kete cam Lewis Hamilton..
Baju kemeja putih bergosok rapi di sisip masuk ke dalam seluar slack hitam. Kemas dengan dilitupi tie berwarna hijau kehitaman..Namun penampilan xkan tersergam indah kalau rambut x mengikut perkembangan terkini..Dengan menggunakan Code10 biru disapu kemas ke arah rambut sambil dibentuk menjadi pacak-pacak bersama belahan tengah dengan harapan gaya ni mampu mencuit hati gadis-gadis yang ada di Ayamas kelak...Cewaah...
Tepat jam 9.00pg aku dah terpacak depan pejabat Sumber Manusia..
"Assalamualaikum cik..Sy datang nak daftar untuk praktikal" Sopan susun kata guwa terhadap warga human resources.
"Owh nak daftar praktikal..Kejap ekk..."
"Zarinaaaaa..." Jeritan akak lingkungan umo 30an menyentap lamunan guwa..
Xlama lepas tu seorang gadis lengkap berbaju kurung dah bertudung rapi keluar dan menyapa guwa..
"Eh, ni yang nak daftar praktikal kan..Nape datang lambat..?"
Kaget sekejap hati guwa dengan pertanyaan selamber tu...
"Saya lambat?" Guwa dengan muka hairan campur x bersalah..
"Erm xpe2..Adik isi borang ni..Pastu sain sini..Pastu..Bla bla bla..."
Sejak hari tu bermulalah guwa sebagai Practical student bahagian Maintenance di AFCSB..
Nanti guwa sambung cter...Time nk sahur nie...
Selamat untuk korang..
Pagi-pagi ahad camni kalau x berkrohh sampai tgh hari memang xsah ar..Korang pun aku rasa lebih kurang same cam guwa jugak cume beza skit ar kalau korang ni jenis yang gemilang dan cemerlang..Jenis tu kompom bangun pagi seawal mungkin, bersihkan muka dan seterusnya membersihkan diri, campur lak tachap sikit muka tang sini, tang situ..Barulah dengan tu boleh menjana kesihatan yang unggul demi kehidupan berkualiti..Tu diaa ayat..
Kalu nak difikirkan, kehidupan guwa ni xde ar mencapai tahap kegemilangan lagi.Mata mula serabut bila tgk barang bersepah-sepah lagi.Nak mandi plak, air paip yang mengalir melalui laluan paip getah oren tu hanya mampu capai kelajuan 1.2km/h. Kalau nak dibandingkan dengan air tapisan buah pinggang guwa lagi laju kot... Agak mencapai masa 30minit gak ar nak bagi habis mandi.. Ceitt... (aku hentam je pasal kelajuan tu)
Krookk...krekkk..kruukkk...
Ni xlain x bukan mesti sebab guwa xbuh lagi input kedalam ruang kosong yang ada dalam perut ni. Duk tercari-cari gak...Pegi luar rumah, bukak peti ais..Hmm...Nothing to eat.. Bukak lagi satu peti as...Ermm.. Banyak cecair je...Nak xnak terpaksa jugak guwa melantak Minumam Cincau dengan harapan jangan ar perut ni nyanyi lagu gurindam x pun Iron Maiden.. Please stop... I need something solid to be process.. Cakap omputeh plak..Aishh
Terpana jap mata guwa bile tgk kalendar yang dan nak sampai ke hujung bulan..Bermakna hanya tinggal seminggu je khidmat guwa sebagai practical student Maintenance FPA Ayamas Port Klang.. Bermakna lepas habis practical, guwa dah nak gerak balik ke Melaka menjalankan semula rutin sebagai seorang student..Sem baru dah nak bukak..Otak dah makin lembap.Camne nak lajukan..Aduhai...
Lambat jugak guwa nak dapat idea update blog...Arghh otak lembapp....!!!
Selamat untuk korang...
Labels: Diary
Allhamdulillah aku masih bernafas di bumi Allah ni...Aku pinjam laptop abg aku jap..
Rasa macam dah lama giler aku xupdate sini...Dulu aku sibuk dengan final exam campur lak ngan assignment yang dah dekat due date..Terpaksa ar terkejar-kejar menyiapkan sume keje yang ada..Masuk lak musim final exam, xbukak langsung aku ngan blog ni...Study dari pagi sampai malam..Penuh komited dan komitmen terhadap pelajaran (Ceh)..
Habis exam 7/5 yang lepas...Aku ada masa selama 2 hari je untuk berehat sebelum mendaftarkan diri menjalani Latihan Industri selama 3bulan..Ramai orang pk mesti aku pegi ke company gempak-gempak macam kilang robotik ke..Paling koman pun kalau ada main ngan PLC pun dah ok dah...Tapi jangan terkejut, aku masuk kilang AYAMAS..
Well jom aku citer pasal keje aku sebagai practical student di kilang AYAMAS ni,...
Memule aku masuk kilang aku berkenalan dulu ngan geng-geng maintenance yang stylo.. Disebabkan sebelum ni aku ada pengalaman sebagai technician kilang..So bagi aku xde masalah sangat ar kalau setakat nak pegang spanar ni..Small the pieces.. (Bongkak skit)..
Masuk je bilik maintenance..
"Ok..Kat sini mekanikal ngan electrical xsama..Kita asing-asing..Ko amik course apa?"
"Aku amik Mekatronik Engineering.."
"Ehh..Mekatronik? Banyak electrical kan.."
"Aah..Lebih kurang ar..."
"Ko boleh pegang spannar x"
"Lor..small the pieces ar bro.."
"Betul ke..." (Muke cam xcaye skill guwa)
Anyway hari ke hari aku meneruskan aktiviti maintenance..Sedar xsedar tau-tau je dah nak hampir 3 bulan aku menjalani latihan industri...Kalau setakat sosej, chicken ball,smoke wing,satay sume aku dah pelantak dah.. Badan pun makin besaq..Hari-hari tgk ayam naik muak aku ngan ayam...
Ayam...

*******************************************************************************
Baru-baru ni pun result exam baru kuar..Allhamdulillah rezki baik..Jatuh sikit la kalau nak banding sem lepas..Tapi berbaloi ar kalau nak dibandingkan ngan jumlah kredit maximum yang guwa angkut..
Anyway thanks kat kawan-kawan yang study same-same..Ajar aku lagi..Otak lembap plak... Xlupe gak kat lecturerr sume..Thanks bebanyak...
nanti senang-senang aku update lagi..Laptop xde nih...Aduyai...
Jam dinding besar terpacak depan hall exam menunjukkan dah pukul 5.10pm.. Ramai dah yang aku tgk mula kuar meninggalkan dewan untuk exam yang terakhir ni...Mula niat hati aku nak jugak kuar awal, bukan sebab aku ni pro sangat paper dah siap jawab, cume rase cam memang aku dah siap jawab sume soklan dan tak tau nak tambah apa lagi..So baru terfikir nak bangun dari tempat duduk exam..Tetibe..Terpana aku memikirkan dalam hati...
"Ahh...Buat pe kuar awal2...Panas kot luar tu..Dalam lagi sejuk aircond..Lepak ar dulu.."
Terfikir aku dalam pale untuk melepakkan lagi diri dalam dewan exam ni sehingga masa tamat. Lagipun hari ni aku menumpang motor member aku, jadi kalau kuar awal pun xguna jugak..kang xpasal-pasal aku tersidai luar dewan ngan berpanaskan matahari petang yang agak terik..Kalau orang puteh ni syok ar dorang dapat berjemur, kalau aku berjemur comfirm time2 tu jugak bertukar kaler kulit...
Terbatal niat aku nak kuar, so menetap je aku kat tempat duduk asal tadi menunggu jarum jam berputar sampai angka 5.30pm..
"Semua pelajar berhenti menjawab..Masa dah cukup"
Dialog tu dah biasa kedengaran dalam mana-mana exam yang aku lalui, tapi kali ni dialog tu memang aku harap-harapkan..Dengan itu aku boleh isytiharkan bahawa aku dah bebas dari segala exam yang ada...
Setelah berpenat lelah selama 2minggu aku menghadapi 7subjek dengan diiringi jadual exam yang padat sehinggakan pada satu masa aku termuntah-muntah akibat terlebih belajar dan kekurangan rehat serta tidur..Cari bahana betul lah amik sampai 7 subjek..Terasa cam bebudak SPM plak exam banyak2..
Cukup lah...Aku dah bebas..Masa untuk aku enjoy...Yaribaa....
Selamat untuk korang...
Labels: Diary
Tengah hari yang damai disinari dengan cahaya matahari tepat terpacak ke atas bumbung-bumbung rumah kejiranan sambil menyedut wap-wap air ke udara. Guwa yang dari pagi tadi terbaring je dalam bilik ni dah macam menunggu matahari panas terik tu membakar bumbung kemudian bakar guwa sekali time tu baru guwa nak bangun agaknye..Pemalas punye penyakit...
Krukkkk..Krukk..
Ni xlain x bukan comfirm bunyik perut guwa menyanyikan lagu gurindam nak bagi signal supaya masukkan sesuatu ke dalam perut..Ni kalau aku biar lagi ni, bukan setakat lagu gurindam, pasni mau dia nyanyi lagu K-Pop,J-Pop,Indi,Mainstream, lagi dasyat kalau dia start nyanyi lagu black metal..mampuih aku nak tahan perut sakit...
"Ok ok perut..lek lu na... Sat gi kita pi makan na..." Sambil gosok-gosok bahagian perut..
Guwa pun terpaksa ar membangunkan diri daripada tilam sambil buat muke x puas hati ke arah perut guwa..Ceh.. Perlahan-lahan guwa bukak pintu bilik member guwa..Tgh kusyuk main game rupenye unte sekor ni...Haih..
"Bro jom gi makan...Lapo ar.." Ajak guwa x bermaya..
"Oh..Jom..Jap bagi aku habih game dulu..." Sambil klik-klik mouse main game seakan DOTA..
"Orait.."
Ada la selang beberapa minit, lepas siap-siap terus gerak gi kedai makan..
Keadaan kat kedai makan tepi tasik dipenuhi dengan manusia yang sedang manjamu selera. Duk sibuk melantak je sume orang sampai xsedaq guwa ada lalu tepi dorang. Xpe..
Ushar lauk jap...Ada ayam goreng, sambal ikan, asam pedas, sayur taugeh, telur masin dan bermacam-macam lagi.. Meriahnye lah Malaysia ngan makanan.. mata guwa terpana kat nenek tu yang masih sibuk lagi ngan kuali serta sudipnya menyiapkan lagi lauk tambahan..
"Rajinnya orang tua ni" Terdetik dalam hati aku tgk kegigihan nenek cari rezki.
Bile pk balik, waste jugak hidup aku hari ni.Tido je memanjang.Orang lain awal pagi dah bangun, siap-siap apa yang patut..Barulah terbuka luas pintu rezki..Cam aku kalau straight hidup camni, mau jadi orang xgune dalam masyarakat atau leh diklasifikasikan sebagai sampah masyarakat... Ceh!..Xnak-xnak...Aku kene berubah..
"Makan dulu."
Baru je sekejap aku amik lauk pauk, pastu menghenyakkan buntut ke kerusi plastik berhadapan dengan pandangan tasik yang menarik terus membuka selera untuk makan ,datang sekumpulan keluarga, seorang bapa bersama 3 orang anak lelaki nya yang montel2 belaka..Lengkap berbaju sekolah, seorang berbaju pengawas berseluar coklat. dan sorang lagi berbaju t-shirt sukan.
Encik bapa pun bersuara...
"Hah duduk..Ayah nak gi amik lauk eh..Nak makan pe..?"
"Nak ayam..Nak daging.."
"Ok-ok ayah gi amik jap.."
Encik bapa pun bergerak ke dalam kedai mencari lauk pauk yang diingini oleh tiga orang anak-anaknya itu. Sempat dia menjengah sekejap jumpe nenek yang sibuk sedang memasak, mungkin menyuruh nenek mengambil order minuman untuk anak-anaknye..
Mata aku dari tadi xputus2 memandang gelagat anak2 kepada Encik bapa tersebut...kelihatan seorang daripada anaknye bermuka monyok macam kucing hilang anak... Duk letak pale atas meja buat muke sedih, mata bersinar-sinar menahan air mata.. Nenek tu pun datang ke meja mereka..
"Nak, nak minum apa..Meh nenek buatkan.." Tanye nenek ngan muke tersenyum.
"Saya nak air fresh oren.."
"Saya nak jugak..!!" Sampuk budak yang berbaju t-shirt sukan.
"Yang ni pulak nak minum apa...?" tanye nenek sambil buat muke pelik..
"Huuu...Air koo..ko...kosong je..." Jawab ngan muke monyok.
"Kenape muka monyok ni...?..Sedih je ni.." Sambung nenek nak kepastian..
"Mmm..." senyap tanpa jawapan..
Dengan xsemena-mena adik nye lantas menjawab bagi pihak abangnye...
"Nek, Dia xnak makan kat sini...Tu pasal sedih.." Senyum tanda sinis..
"OOoo..."
Nenek pun beredar jauh dari meja makan untuk menyiapkan air yang diorder.. Dalam hati aku terdetik jugak, bebudak ni xfikir langsung ke pasal duit.Xtau ke dorang air fresh oren tu dah mahal..mentang-mentang la bapak dorang yang bayar..Aku ni yang duk sebelah ni minum air kosong je..
"Xpayah la cter kat nenek tuh..." Marah abang nye pada adik dia..
"..." Adiknye buat bodo sambil mengemik muke
********************************************************
Encik bapa datang membawa 2 pinggan nasik penuh lauk ayam dan daging dalam setiap satu hidangan..Mewah nye makan... Aku rasa kapasiti lauk dan nasik yang bebudak ni makan same cam yang aku amik tadi...Aik...Ni dah lawan tokey camni..Aku stok brader2 leh sama makan cam dorang..Tapi dorang siap ada lauk lebih lagi..Air fresh oren plak tu...Cis..
Encik bapa masuk semula ke kedai untuk mengambil lagi sepinggan nasik untuk anak nya yang lagi sorang..Terfikir pulak dalam pale otak aku...Aphal la bebudak ni xreti nak gi amik lauk tu sendiri..Bapak dorang ni dah macam khadam la. Pegi amik lauk sendiri pun payah ke...Pelik aku..Syg sgt bapak dorang kat anak dia ni...
Selesai sudah sume lauk pauk yang diambil oleh Encik bapak untuk anak-anak nya... Dorang makan berselera sambil gelak-gelak tengok permandangan tasik.. Bile aku tengok meja dorang, compare ngan meja aku...Haih..Mewahnye bile bapak belanje makan...
Lepas je habis makan, bapak dorang basuhkan tangan sorang2...
Kasih bapak kat anak...Haih..
Ada sape2 nak blanje aku makan x??
Selamat untuk korang...
Labels: Diary


