~CuCuK AnGiN~
~Taukeh~
Tepat kul 12...4 Trade terakhir aku xdapat diselamatkan lagi.. Korang leh tgk ar graph bawah ni..

Aku start main daripada 22/1 sampai lah hari ni 16/2.. So pengalaman yang aku dapat daripada aku trade mmg priceless la..Cume pengakhirannya adalah Margin Call untuk aku..Last yang tinggal hanye lah $403.91.. Cukuplaqh nak guna beli tiket nak balik umah.. (Bapak aku cakap la)..

Well..walaupun aku rugi teruk, life must go on..Xpe usaha lagi..Esok start balik..Xkan nak putus asa kan..keep it up..Chaiyookk...
Labels: Forex
Seperti yang korang tau, aku memang tengah menjalani cuti selama seminggu ni kat rumah.. macam biase la..Kalau aku dah ada kat rumah ni, memang pemakanan aku akan dijaga dengan rapi..Semua keperluan aku akan diuruskan dengan sendirinya..Aku cuma perlu bangun pagi, makan sarapan..pastu buat apa aku suka..
Sarapan pagi..Macam biase, benda yang aku xsuke sangat2.... MINUM SUSU....
Aku: Ma..Xnak ar minum susu
Mak: Mana bleh xminum susu..Ko nak jadi apa xminum susu.
Aku: Isk mama ni.. Orang lain tu hidup je xminum susu. Dorang tu umo dah 20 lebih ni mana ada minum susu lagi, sume minum kopi ke, teh o ke..
Mak: Ahh!!.. Xde2..ko kene minum susu ni jugak..ni mama dah buat..minum kasi habis..
Mak: Ahh!!.. Xde2..ko kene minum susu ni jugak..ni mama dah buat..minum kasi habis..
(Cis xmenjadi plak..Nak xnak kene minum jugak)
Ni ar bende yang aku xsuke buat, kene paksa minum susu setiap pagi..Aku ingat bayi je yang kene minum susu, aku pun kene gak..Aduhai..Aku umo dah 23 nie wehh...Xkan minum susu lagi...
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Dulu kecik2..
Mak: Dik, minum susu ni ye
Aku: Yela ma..Nanti orang minum...
Aku ushar kiri kanan, tengok mak aku xde je..Aku pun curah susu kat pasu bunga..Haa.. (Bunga ni perlukan kalsium gak..bagi minum susu...hehe..
Akhirnya kantoi ngan bapak aku..bapak aku nampak plak aku buang susu tu..
Kantoi...
"Dik, minum susu nii..."
"...Yela...."
Selamat untuk korang..
Labels: Diary
Ingat dulu masa kecik...
Nakalnye...Anak sape la nie..
Tu aku la tu..Ngan muka bangganye...Baru balik dari skolah ugame..Petang la kot..mak bapak aku xde kat umah..Apa lagi..Aku jadi semakin nakal la..Lari2 depan umah pangsapuri tu..panjat pokok..Tggi giler panjat..Lepak atas pokok..Ushar2 awek..Ehh... tak tak...Dulu kecik2 xde ushar2 awek ni.. Mak aku balik umah je, bising tgk aku xsampai umah lagi. Duk merayau, panjat pokok..Dah nak senja baru nak balik..
Nak dekat maghrib gi ngaji kat tingkat 3.. kadang2 aku ponteng..Ngan alasan malas..Teruknye.. Malam nak gi tuisyen plak..tu xleh elak ar..Cikgu datang naik kete proton saga kate coklat gelap tu..Berhimpit2 naik kete..gi umah cikgu nak belajar..Rajin la pulok..Cis..
Biar betul, bile pk balik..Dulu kecik2 pack betul jadual aku..Pagi sampai malam belajar je..mentang2 aku dah nak membesar, banyak la input nak bg masuk dlm kepala aku ni..

Dah nak jadikan cter, aku ni darjah 3 dah xpegi skolah ugame..Dengan alasan yang munasabah, aku xmo masuk skolah tu..Nak gi skolah ugame len..Pastu mak aku pun xbagi, sebab jauh..Then dengan pujukan mesra, aku pun berjaya memberhentikan diri aku gi skolah ugame..Tapi ngaji wajib pegi hari2..Ahh tu small matter..
Boleh kata aku jahat, bile nak gi skolah agame je, dressing dah smart ngan songkok, sampin..baju melayu..pastu aku elok je jalan kaki macam nak gi skolah, tup tup..Aku merewang pat len..haa amik..X gi mana pun..Gi sebelah blok je..mak aku mcm biase, mmg xsyak wasangka la kan..Sebab muka aku ni suci je menipu.. Tapi nak jadikan klimaks cter ni, ada la pulok jiran aku terserempak nampak aku kantoi ponteng..
teng teng teng..
Dia dtg umah terus report kat mak aku..haa..Amik aku sebijik..Kantoi..
------------------------------------------------------------------------------------------------
Tutup bab skolah...Cter sambung lagi..
Xcukup jahat lagi..Ada lagi bende jahat aku buat..Duk lepak2 kat umah time cuti skolah ni..Xtau la pas tgh hari nak buat apa..nak gi main, kawan2 sume duk tidoq kat umah..lagipun tgh hari lagi.. Apa nak buat..
Aku pun gi la bukak peti ais rumah aku..Amik 2 biji telur ayam..Then terus gi beranda rumah..haa..Dua das balingan telur aku campakkan kat kete auntie cine block sebelah tu..dushh...

Haa..Amik..telur jatuh dari langit..melekat terus kat cermin depan kete dia..Punyela mengamuk auntie tu..Xpasal2 dia kene basuh kete dia..Terkekek kekek aku gelak..(hehehe)
citer x akhir camtu je..nakal tetap nakal..kejahatan diteruskan..Esoknye still buat lagi.. Dushh.. balingan kedua mengenai sasaran..hahaha... mengamuk lagi org tua tu...(hehehe)
Tapi benda jahat ni xlama..Untuk balingan aku yang ketiga pada hari yang seterusnya, telah dapat dikesan oleh autie tu..haa apa lagi..Aku telah diserang ngan panggilan telepon dan kunjungan rasmi ke rumah.. Apa lagi..Membebel terus ar mak aku..
Jahatnye aku...
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Pastu aku xmo nakal2 lagi...Aku banyak duk kat umah..Kalau kuar pun gi main gasing ke, layang-layang ke..Sebelum maghrib kene balik.X balik siap ar kene bebel.. Duk umah aku conteng-conteng..memang xde bakat ar nak melukis2 ni..kalau setakat tgk gambar dan buat tiruan melukis boleh la jugak.. So ada lah jugak aku lukis2 macam ni dulu2..lukis laluan berhalangan..Sendiri lukis sendiri main..(hiburkan hati sendiri)..macam cabaran Uchan dan Nachan..Cter Jepun dulu2..

Aku suke gak lukis permandangan..Tapi kalau bab2 kaler ni mmg buta kaler ar aku..xde bakat sedikit pun pada bidang seni ni.. Suke aku tgk, mcm mana org melukis gambar cantik..macam mana dorang boleh ada bakat sebegitu.. kalau setakat lukis2 macam bawah ni, budak kecik pun leh kot..haha..Memang x berbakat ar aku..Kalau bab2 nakal ni serah kat aku ar..
Cter pasal komik plak..
Dulu memang xleh berenggang la ngan komik2 ni..Serius beb..komik ni memang beri kesan ar pada life aku. Tiap2 bulan comfirm ar tggu kat kedai buku tu..kalau beli buku ilmiah xpe la jugak..Aku duk tggu buku Mutiara naga..ingat pasal komik tu? Punye la banyak koleksi..

ni antara komik mutiara naga yang bukan aku punye..Aku punye dah ranap dah..Mana ada susun smart2 camne..Aku sedok je gambar ni kat google..Haa..Ni satu lagi masalah aku.>Xreti nak jaga harta sendiri..Sorila beb.Kalau ahrta aku ni, aku men pakai je.Dah ranap kang cari lain..Bukan susah...
lagi satu bukan komik ni je yang aku bace, campur lagi satu komik.komik penyiasat remaja..ni kisah penyiasatan la ni..pasal Perjalanan hidup Hajime Kindaichi ngan Miyuki Nanase menyelesaikan kes pembunuhan di kalang mereka yang penuh dengan cabaran dan penipuan. Cewah..
Kalau penyiasat remaja ni aku ter influence sebab abg aku. Dia yang mula2 meresap otak aku untuk mebace komik2 macam ni..tapi ada kebaikan jugak, banyak ar kes2 pembunuhan yang berjaya bukak mata aku ni selaku budak kecik hingusan lagi..
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Apapun aku still bersyukur..Bile aku dah semakin dewasa ni, aku dah sedar..Sume tu pengalaman aku waktu kecik.Sekurang2nya aku still jadi seseorang..Bukan lah org yang sgt2 jahat yang menyusahkan org lain..mungkin aku bukan orang baik, tapi aku still berusaha ke arah tu kan..Sekurang2 nye aku masih berusaha untuk majukan diri aku..
Doa kan aku..
Selamat untuk korang..
Labels: Diary
Salam buat semua...Well..Seperti yang korang nampak..Aku dah tukar layout aku..Maybe lebih kurang je ngan yang lama..Cuma aku ada beberapa masalah ngan layout lama apabila aku xde Live Feed untuk GB..Apa pun.Now dah Ok..
Selamat untuk korang..
Labels: Diary
Esok kawan2 aku sume dah nak balik dah...So malam ni perjalanan ke Jonker Walk..Saje2 nak buang mase, tgk2 awek ke..Mana tau ada yang cun2... Sementara malam masih muda ni, dan hati remaja belia muda ni membara2..So kitorang pun bergerak ke Jonker Walk...
Jonker Walk
Sampai gak kat Jonker walk..Parking punye lah susah nak cari..Kene charge RM3.00 nak parking punye pasal..Xkisah ar..bukan selalu pun kene kan.. So aku ada gak la amik skit gambar buat kenangan..nak beli kamera mahal, mmg xmampu la..So pakai je apa yang aku ada skang..HP Sony Erricsson W910 2.0MegaPixel.. meh gelak reramai..(Kahkahkah)..
Ok berbalik cter Jonker Walk td.. masuk ke kat sini, aku dah rasa macam bukan ada kat msia dah..Rasa macam aku dah sampai ke Shanghai, xpun aku dah sampai Beijing..Cuma cuaca je, cuaca Malaysia..Banyak amoi2 kat sini..Layan..
Ramai gak orang kat sini..Sume sibuk berjalan2 bersesak sesak mencari barang2 yang hendak dibeli..Tapi untuk aku, nope..Aku xbeli pape..Xde pape pun yang menarik perhatian aku..Sume bende nampak macam biase je..Ada la certain certain bende yang aku nak beli (tipu la kalau aku xnak kan)..Tapi aku still xbeli jugak memandangkan poket ku yang kering dan tangki kerete ku kne isi, dia xleh kering..nanti aku susah xbergerak dia..So aku batalkan ar niat..So skang aku cube amalkan pembelian barang keperluan sahaja..Kehendak sume aku tolak tepi.. So beli mne perlu je..
Wow..Dalam ramai2 orang terushar plak aku awek org..Hot jugak dia...Tapi balak dia simple je..Bende ni kadang buat minda aku terbuka untuk berfikir, bagi aku pompuan ni xkisah sgt rupa lelaki agaknye..Ke dorang terdesak kot..Xtaula..Susah untuk aku berfikir macam kaum hawa berfikir..Dorang mesti ada pandangan dorang sendiri terhadap lelaki..Xsume orang mempunyai rasa yang same kan..
Sume barang jualan kat sini banyak yang murah2...tapi sendiri mau ingat la kan..Biasenya harga menunjukkan mutu..So kalau murah, pandai2 la kan..Aku teruskan perjalanan lagi.. then ternampak satu kedai ni..
----------------------------------------------------------------------------------------------
Penat berjalan2 lagi..Akhirnya sampai ke hujung Jonker Walk..lebih kurang je tempat ni ngan Petaling Street kat KL tu, xpun Uptown ke..Downtown ke..Sume lebih kurang je.. Still berlaku proses jual beli..Cume barangan jualan kat sini mungkin xsama ngan tempat2 lain..nama pun Jonker walk..So mesti ada barang jenama dorang sendiri...
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Banyak bende yang aku fikir.. banyak ragam yang aku jumpa..Sume bende ni buat minda aku berfikir..Dalam dunia ni macam2 org ada.. Ada yang kaya ada yang miskin.. Yang miskin sibuk ngan urusan mencari duit walaupun sedikit..Tapi yang kaya aku tgk poket tebal, dompet penuh note Rm50.. X habis2 berbelanje.. Xkurang pula ngan ragam org yang mabuk, orang yang selalu njoy je.. Dunia ni macam2..
Yang baik korang ambik..Yang jahat ko abaikan ok..
Selamat untuk korang..
Labels: Diary
Subscribe to:
Posts (Atom)
