~CuCuK AnGiN~
~Taukeh~
JLBM 2009 #1 : Blog yang aku suka & Blog yang aku tidak suka
0 comments Sape tulis ni? ---> Neo_matrixzz at 21:45Assalamualaikum..
Tepanggil di dalam hati kecil ini untuk menyertai sekali lagi JomLayan Blogger mania musim ke-3. Walaupun tidak ada rezeki untuk aku pada musim ke dua disertakan dengan perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan, apa pun yang lepas telah berlalu. Lakukan dengan bersungguh-sungguh untuk akan datang.
Blog yang aku suka.....
Pertama sekali ingin aku nyatakan di sini blog yang paling aku suka dan sering aku kunjungi adalah blog aku sendiri. Pada pendapat aku, blog aku adalah blog yang amat menarik hati aku sendiri, kerana aku hiasinya dengan perkara-perkara yang aku suka. Kadang kala, bagi aku blog aku adalah teman aku.Ia juga menjadi tempat luahan perasaan aku dikala aku sedang bergembira mahupun bersedih. Aku akan berasa lega dan puas selepas meluahkan semua perasaan aku pada blog aku.
Diari aku, kesukaan aku, Manchester United dan kesemuanya mengenai aku ada di dalam blog aku sendiri.Jika bukan aku sendiri menyukai blog aku, siapa lagi yang ingin aku harapkan? Benar bukan. Biarlah hanya aku sendiri menyelami perasan aku sendiri melalui blog aku.
Blog kedua yang sering aku kunjungi adalah blog abang kandung aku. Erm, mungkin kamu semua akan berfikir aku gemar mengunjunginya kerana dia adalah abang aku. Tidak semata-mata kerana itu. Aku gemar membaca coretan dalam blog dia kerana kadang-kadang ianya mengajar aku bagaimana untuk berfikir secara lebih rasional dalam kehidupan. Sebabkan, dalam fikiran kita ada percanggahan dengan emosi. Adakah benar kita menurut emosi atau rasionalkah kita? Itu sering menjadi persoalan dalam fikiran aku.
Walaupun dia adalah Naib Juara JLBM 2008, itu tidak mempengaruhi fikiran aku sama sekali. Jika blog itu dapat menambah ilmu pengetahuan itu dah cukup bagi aku.
Diari seseorang yang dinyatakan dalam blog juga kadang kala mengajar kita erti kehidupan ini yang sebenarnya. Selalunya apa yang dialami oleh orang lain akan dialami oleh diri sendiri juga. Aku minat pada blog yang menyatakan perkara yang terjadi pada mereka seharian.Seperti juga apa yang dinyatakan dalam blog aku. Kehidapan Vs Aku.Bagaimana aku melawan onak dalam kehidupan kita ini.
Pada asasnya aku mengemari sesuatu blog itu adalah kerana kekuatan isi didalam coretan tersebut. Hiasan blog adalah perkara kedua. Susunan ayat yang betul dan mudah difahami dah cukup. Tetapi hiasan yang terlalu banyak atau disebut "link" kadang kala membuatkan fikiran menjadi kusut. Ringkas dan cantik dah cukup, tidak perlu diletakkan terlalu banyak hiasan sehingga menyukarkan pembaca blog lain berasa rimas dan tidak selesa.
Blog yang aku tidak suka......
Kebanyakkan blog yang aku kunjungi, mereka sering menggunakan bahasa yang terlalu singkat sehingga kadang-kala sukar untuk aku memahami coretan yang ingin disampaikan. Itu bermakna kekuatan sesuatu isi cerita itu tidak sampai kepada pembaca. Itu yang membuatkan aku tidak suka untuk membaca coretan sebegitu.
Mungkin itu hak mereka untuk menulis sebegitu, cuma pada pendapat aku memang tidak sesuai jika menulis sesuatu coretan dalam blog menggunakan ayat-ayat yang terlalu ringkas sehinggakan aku merasa meluat untuk meneruskan pembacaan.
Ada juga yang menggunakan blog sebagai tempat untuk meluahkan perasaan marah. Itu boleh dan dibenarkan, tetapi aku memang tidak suka jika sesuatu blog itu disertakan dengan ayat-ayat yang lucah ataupun mencarut. Benar mereka ingin menunjukkan kemarahan, tetapi begitukah amalan kita? Blog ini bukanlah satu "medium" untuk kita meluahkan perasaan amarah dengan perkataan yang tidak elok.
Bagi aku isi kandungan sesuatu blog amatlah penting sekali. Isi dalam coretan mereka yang menunjukkan kekuatan sesuatu blog tersebut. Itu yang membuatkan pembaca akan terus meneruskan pembacaan ataupun berhenti setakat itu sahaja. Semuanya terpulang kepada blogger dan pembaca itu sendiri.
Labels: JLBM 2009
Malam yang sunyi..Semua orang dah kembali ke kamar masing2 untuk berehat dan melelapkan mata..Tetapi aku masih berjaga..Memikirkan masa depan aku yang masih tidak menentu..Ke mana harus aku tuju..Kadangkala aku cuba untuk tidak memikirkan nye.. Cuba untuk melarikan diri dari semua ini..Tapi apakan daya aku..Ianya sering menghantui aku kembali..
Sambil aku memutarkan lagu yang sering bermain dalam kotak fikiran aku..Nyanyian 6ixth sense lagunye bermain2 di telinga aku..Kadang kala lirik nye menyentuh hati yang sayu menyentuh hati.. Cinta itu racun..Cinta itu penawar...
Kasih sayang terlalu indah untuk dikenang..
Semuanya xkan pernah ku buang..
Kasih sayang tiada pernah kenal usia tua muda akan menikmatinya..
Namun jangan engkau lupa
akan artinya masa nanti
Engkau akan menderita
Karena terlena rasa cinta
kasih sayang terlalu pahit dan menyakitkan
dan membuat remaja patah hati..
Kasih sayang dan cinta semua orang perlukan..Tapi di kala saat menyeksakan, dimanakah kebahagiaannya??
Labels: Diary
" Tell me WHY this can be happen again???????????How both of your manage production???? "I want full reason about correction, corrective action and preventive action about this problem"
Bodoh ke apa bos aku nie..tetibe bagi email macam nie..Kalau dia bagus sangat turun ar jaga kilang ni sendiri...
Aku xbalas email dia..Buat bodo je..Esoknye paginye dia bagi lagi..
"ANY UPDATE???"
Nasib baik ar dia bos..So kene ar ikutkan je apa dia nak..
kalau ikutkan hati, aku dah meluat sebenarnye nak keje kat sini lagi..Kalau boleh nak je blah.. Tapi ada sesuatu yang aku rasa susah sgt nak kuar..
Aku sayangkan kakak2 yang ada kat sini..Dorang sume baik dgn aku..Well setiap perjumpaan akan ada perpisahan..
Aku xpernah mempunyai kakak..So bile keje kat sini, ramai akak aku dapat..Ahakz.. Terasa ar seronok jugak ar..Cume tekanan keje tu...Apa boleh buat..
Sume orang yang bekerja tertekan...
Masih bermain2 kat dalam kotak pikiran aku pasal ayat Bos aku nie...
Dia x puas hati ar tu..
Aku xsuke ar bile bos xpuas hati dgn keje aku padahal aku dah buat sedaya upaya..
Aku xpuas hati kalau dia marah tapi masalah tu bukan sebab aku..
Labels: Diary
Isnin 26 jan 2009. Lima orang rakan menaiki sebuah van dan 4 orang selainnye manaiki sebuah kancil menuju ke hulu Yam Selangor dengan bertujuan untuk bermandi manda telah selamat menunaikan hajat mereka.
Di sana mereka telah menemui satu kawasan strategik untuk melakukan aktiviti terjunan (diving) melalui batu yang agak tinggi mencecah 8kaki. Pelbagai aksi telah ditunjukkan oleh mereka di sana. Ada yang berani melakukan terjunan pusingan (summersault) tetiba ada juga yang kurang beraniNi pic waktu kitorang mula2 sampai kat sana..Masing2 tak pernah sampai kat sini lagi.So xtau ar kat mana nak mandi..Ramai jugak orang yang datang. So masih mencarik tempat yang sesuai nak mandi..Nak letak barang lagi..Perut dah berbunyik da..Ahakz...
Ni Epin ngan Anas..Berposing sebelum ke tempat mandi..
Well..Ni abang aku.>Sempat gak dia fllow kitorang..nak join sekali katanye..Ahakz..
Epin orang pertama yang masuk merasmikan kesejukan air sungai tu..Mentang2 la dia dah siap2 pakai baju tu...
Ni waktu kitorang masih belum menemui kawasan strategik untuk diving tu..Air pun cetek je..Bosan gler..
Ni selepas kitorang menjumpai kawasan strategik tersebut..Best gler..Air dia dalam.. Tu pic aku selepas buat summersault..(perghh..Sakit beb badan)..
Aktiviti bergambar selepas penat membuat aksi2 berbahaya..
Atas dari kiri (Aku,Abang aku Suhaimi,Maatz,Epin,Pejal)
Bawah dari kiri (Epul,Zariff,Ayer aka Azam)
Anas yang sedang memegang camera..(Takut masuk air)Ni waktu nak balik..Ayer terjatuh, justeru selepas itu dia memaki batu tersebut..Jangan ikut perangai dia..Haha..
Seronok betul bile bersama2 rakan2..Ntah bile kami dapat bersama2 lagi...
....................................................................................................................................................
Labels: Diary
Setiap kali cuti je aku jadi bosan sangatt...Mana orang2lain nie..Sume orang ada aktiviti dorang..
Semua kawan2 aku sms..Ye laa.. Da bosan gler kan..
Well ada yg xbalas sms aku..
Ada yang sibuk pegi dating..
Ciss..
Bosan gler aku duk kat umah jer..
Ada kawan2, tapi kawan2 sibuk...
Ada siDia, tapi...Asyik sibuk ngan hal dia je...
Arghh..Tekanan jugak bila aku cuti nie..
Labels: Diary