~CuCuK AnGiN~

~Taukeh~

Berpindah kali ke 5

Masuk kali ni je dah kali ke 5 aku terpaksa berpindah walaupun didalam sama negeri. Beginilah padahnya kalau duduk di perantauan untuk mencari rezeki yang halal dan demi meneruskan kelangsungan hidup yang sementara ini..

Semuanya bermula bile aku dapat tawaran belajar dan melanjutkan pelajaran Sarjana Muda di Melaka. Sejak dari itu aku mula mengenali negeri bersejarah ini. Mule-mule bertapak kat sini memang la aku rasa xbest, even my honetown is the best. Tapi, lama kelamaan, aku da mula membiasakan diri hidup di bumi Melaka ni.

Penempatan pertama aku di hostel Universiti. Rumah flat tingkat 5. Feel kat hostel ni mmg terasa sangat awesome sampai aku hanya mampu duduk selama 1 semester dan mula mencari rumah sewa, dengan alasan xbleh blah duk hostel tu.

Penempatan kedua agak lama bile aku duk berkongsi ngan classmate guwa. Rumah teres 3blik setingkat yang dihuni seramai 4 orang. Harga sewa sebula RM500. Tapi disebabkan kami berempat, so xterasa sgt nilai tu bila dah dibahagikan.. banyak jugak kenangan pahit manis kat rumah tu.. susah aku nk lupakan.. damn..

Penempatan ketiga guwa mula berpindah bile dah berjaya menamatkan tempoh pembelajaran selama 3 tahun. Guwa mula berpindah ke rumah kongsi lain. Rumah berkonsepkan kekampungan, kejiranan kampung yang mesra.kawasan sekeliling yang dipenuhi dengan pokok-pokok dan ayam kampung yang berkeliaran. Suasana sangat awesome.. xlama jugak aku duduk sini, atas sebab sebab tertentu, selepas setahun aku berpindah ke rumah lain..

Penempatan ke 4 adalah sebuah rumah teres setingkat 3bilik. Kadar sewaan RM350 sebulan dan dihuni 3 orang termasuk aku. Housemate aku semuanya adalah officemate aku sendri. So senang nak berdiskusi. Rumah ni pun xlama aku duduk. Selepas beberapa bulan, sorang demi sorang housemate aku mula berpindah atas alasan berkahwin dan bertukar kerja.. pada mulanya memang plan aku untuk stay sorang, tapi disebabkan kejutan daripada tuan rumah untuk menjualkan rumah tu, so secara rela atau tidak aku pun perlu berpindah..

Penempatan ke 5 adalah sebuah rumah 2 tingkat dengan kadar sewaan RM350..Lokasi jarak rumah ke tempat kerja aku sangat dekat. Ada 2 bilik yang besar dan kawasan sederhana. Area kejiranan pun bole tahan la, cume nak park kereta yang susah skit. Biase la memasing jiran-jiran pun banyak kereta. So sabar jela..

Masih xtau lagi sampai bila aku akan stay kat rumah ni, atau adakah aku perlu mencari penempatan ke 6..

Da smpai masa utk aku pk beli rumah sendri..sampai bile nak menyewa..

Selamat untuk korang..

Life's tough

Aku selalu terfikir..

Kadang tu betul ke haluan pilihan hidup aku sekarang. Mesti ramai yang fikir hidup aku senang. Aku ada semua benda yang orang lain mahukan. Tapi tidak semudah yang korang fikirkan..

Tak semudah itu bro..

Malam dinihari, aku hanya bertemankan malam yang gelap dan desiran angin membuai laju. Terpandang aku kiri dan kanan, kosong..

Kosong bro...

Rutin harian, bangun je pagi dah bersiap-siap gerak pegi keje. Segala macam bende kene follow up, kene uruskan, kene buat decision, kne jawap soklan, prepare all the data..

I'm done..

Sometime aku cuba jugak lari dari masalah, tapi aku tau sume tu bukan jalan penyelesaian. Macam mana aku lari pun, suatu hari masalah tu akan datang pada aku semula. Even how bad I am, aku akan cube sedaya upaya untuk aku settlekan semuanya..

Enough all.
Keje punye masalah bagi aku apa pun boleh diselesaikan. Aku masih ada upaya untuk handle lagi. But how bout my life..

Aku xnak hidup aku hanya bertumpu pada kerja sahaja. I need my own life..aku bukan boneka atau robot yang diciptakan untuk menjadi pekerja selamanya. Aku ada hati dan perasaan.. aku ada impian dan harapan. Aku ada cita-cita yang menginginkan kebahagiaan.

Tapi aku...

Sampai bile bro hidup aku nak macam ni..

*****************************

Kadang...

Aku cemburu melihat orang lain..korang dapat capai impian korang..korang dapat kecapi nikmat hidup same macam orang-orang lain.. senyum, gelak ketawa.

Tapi aku...

Malam, aku hanya bertemankan gelap malam. Cahaya bulan yang memancar menerangi gelap gelita malam. Angin yang x jemu membuai mimpi-mimpi kenangan dan harapan..

Bukan aku tak merancang, tapi Allah penentu segalanya, dan Allah sebaik-baik perancang.. Aku akui.. aku tidaklah sesempurna orang lain. Tapi aku punya pilihan.. Hakikatnye, aku xmampu membuat pilihan dalam arah tuju hidup aku.. I'm not a good decision maker...I'm such a loser..

Aku takut...

Break the sound of sepi..

Jeling mata belah kiri....

Jeling mata belah kanan....

Deruan kipas siling tetap mengharungi malam yang sunyi hari ni tanpa menghiraukan segala apa yang guwa cuba lakukan dari tadi. Letak punggung atas kerusi berlapikkan span empuk yang mampu menahan kapasiti berat badan guwa, kukuh keempat-emat batang kayu kerusi..Sinambungan senaman jari dari kanan ke kiri, balik semula ke kanan.

Krukk krukkk..

Penuh semangat bunyi letupan jari-jari menandakan gas-gas celahan sendi mula beralih arah seperti memberi signal kepada guwa bahawa set jari sudah bersedia untuk bertugas. Kembali semula mata guwa fokus ke arah keyboard laptop justeru sesekali memandang ke arah monitor bersaiz 17" yang mampu memberi kepuasan terhadap penggemar-pengemar filem tempatan mahupun luar negara. Tetapi semua itu tidak sama sekali mampu untuk membuatkan guwa kembali...


Arghhh...

Apa guwa nak buat nie..

P/s : skill menaip guwa hilang..Mane pegi sehhh...

Ceritera cita-cita..

Malam ni same je guwa rasa macam malam-malam yang lain..Sebab malam ni pun gelap gelita dengan hanya disinari lampu jalan raya tetapi tak same dengan malam dalam lawak ke der sebab dorang ada malam yang merah...Puas jugak la guwa duk termenung atas kerusi kayu berlapikkan kusyen span empuk berwarna hitam pemberian rakan taulan demi mencarik secebis perkataan untuk guwa memulakan mukadimah entry malam ni.. Tapi apakan daya, semua tu takdir Allah yang Maha Besar.. X kemana jugak perkataan yang guwa guna..

Petang tadi punya cerita..

Melihatkan jarum jam biru G-Shock kat tangan kiri guwa menunjukkan betul-betul dah pukul 6.40pm.. Dalam hati guwa terdetik gak rasa dah sampai masa untuk guwa pulang ke rumah..Dah agak lewat ni..Disebabkan memenuhi tanggungjawab guwa selaku Engineer yang berkaliber (aku trainee je), jadi guwa terus menyiapkan segala kerja yang tinggal..Walaupun sebenarnye laporan yang guwa nak siapkan, masih x setel lagi..Tapi biarkan lah,..Esok masih ada bukan...



Tapi guwa masih lagi duk tersandar..

Memikirkan apa sebenarnye yang akan berlaku pada masa depan.. Terbangun sikit guwa melihat keadaan opis, ada beberapa manager ngan Engineer yang masih lagi x balik duk sibuk menyiapkan kerja dorang. Kadang ada betul jugak bila orang kata Engineer ni selalunye takde life..Betul ke guwa bakal jadik mcm dorang satu hari nanti...

*********************************************************

Bile fikirkan balik..

X pernah pun terlintas dalam hati dan sanubari guwa sejak dari kecik lagi yang guwa nak jadik seorang engineer. Even, xpernah pulak mak bapak guwa bagitau yang guwa besar nanti kene jadik engineer.. Lagi satu xde la pulak time memalam guwa mimpi yang ada orang tua pakai baju putih duk bagitau yang satu hari nanti guwa kene jugak jadik engineer... Setahu guwa xde pun..Xde la pulak bende-bende tu jadik kat hidup guwa..

Kalau dulu, cikgu-cikgu kat sekolah selalu duk sibuk menanye cita-cita memasing.Sampai terpaksa la jugak guwa menyiapkan satu karangan pasal cita-cita. Ramai la jugak bebudak duk bising-bising tertanye-tanye apa kita nak jadik besar nanti. Ada yang kata nak jadik bomba, nak jadik nelayan, doktor, dan tak kurang maha hebatnye nak jadik angkasawan (tinggi sangat cita-cita tu dik)..  X tercapai akal guwa nak ke angkasa.. Kalau ada sesape nak bawak guwa gi angkasa, guwa ON je...



Tapi guwa.. Guwa nak jadik apa...

Semalaman jugak guwa memikirkan profession terbaik yang sesuai untuk guwa jadik bile dah besar nanti..

Apa ye..

" Sesungguhnye guwa nak buat mak bapak guwa bangga dan boleh senyum je"

Selamat untuk korang...

Pejam celik..

Terpana guwa melihat pusingan kipas siling yang xjemu-jemu berputar untuk menyejukkan suasana senja bilik guwa. Teringat pulak dulu time guwa menetap kat penang. Area umah yang  betul-betul sebelah laut mengadap pancaran matahari terbenam. Pintu sliding door guwa sengaja bukak sedikit, derungan angin yang kuat bersiul-siul kedengaran menusuk kalbu..Tersidai guwa depan koridor melihat kekuasaan Allah mencipta matahari, air laut yang luas serta pasir pantai yang sentiasa berubah... Tapi hidup guwa masih belum berubah..



Apa guwa nak buat lepas SPM...

Dulu waktu guwa lepas SPM, selalu terfikir kemana lah arah tuju hidup guwa lepas nie.. Xkan guwa nak selambe pegi keje kilang, dengan berbekalkan keputusan SPM yang entah tak seberapa (bagi guwa x seberapa la), boleh ke guwa nak meneruskan hidup senang lenang macam orang lain. Mampu ke guwa nak bekerja membanting tulang mencari rezki..Mampu ke guwa nak menyara mak dan ayah..Dari kecik sampai ke besar camni, xpernah mak guwa biar guwa berlapar. Bagi dia, anak-anak dia mesti kenyang. Xkisah berapa susah pun hidup, xkisah mcm mana cara pun, x kisah berapa penat pun dia, guwa sentiasa kenyang. Sambil sengih riang.. Jadah..

Setelah guwa pejam celik, pejam celik beberapa kali..Eh 7 tahun dah blah camtu je.. Bukan main selambe lagi dia blah sambil kenyit mata kat guwa... X tinggal sikit pun untuk guwa..Masa berlalu sangat pantas bukan.. Kalau la mampu guwa cipta jam masa, teringin kembali guwa putar masa dulu. Supaya guwa masih boleh tersengih riang macam dulu..

Hidup ni sebenarnye terlalu singkat bukan..



Dalam 7 tahun ni, guwa dah habiskan banyak masa demi mengejar cita-cita mak dan ayah melihat guwa menyarung jubah sambil mengenggam segulung ijazah di tangan. Sambil tu guwa nak tengok mak ayah guwa senyum melihat anak dia naik ke pentas menerima scroll ijazah dan tersengih riang seperti dulu. Masa dulu yang jauh meninggalkan guwa..

" I hope one day u can be somebody "

Selamat untuk korang..

Related Posts with Thumbnails